Sakit kepala sebelah kiri boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Jika tidak serius, anda tidak perlu risau kerana ia boleh pulih hanya dalam masa beberapa jam sahaja setelah berehat atau mengambil ubat.
Apa Itu Sakit Kepala?
Sakit kepala adalah gejala yang dapat dirasakan di satu atau kedua belah bahagian kepala. Gejala ini boleh datang secara perlahan atau secara tiba-tiba. Sakit kepala biasanya dapat dirasakan sebagai rasa mencucuk, berdenyut atau rasa sengal. Kadang-kadang, sakit kepala juga tersebar bahagian tengkuk, belakang mata atau gusi.
Sebahagian besar sakit kepala akan surut dengan sendirinya dalam beberapa jam tanpa perlu ubat-ubatan. Namun, jika sakit kepala ini mengganggu aktiviti harian anda secara konsisten atau tidak beransur pulih, ini mungkin menjadi petanda bahawa ada masalah serius yang perlu ditangani.
Apakah Penyebab Sakit Kepala Sebelah Kiri?
Sakit kepala di sebelah kiri ada banyak penyebab termasuklah:
1.Sakit Kepala Disebabkan Oleh Ketegangan (Tension headache)
Biasanya terasa seperti tali yang mengikat di sekitar kepala atau tekanan menyeluruh di kedua sisi kepala. Hal ini sering terkait dengan stres, kecemasan, atau postur tubuh yang buruk.
2.Migrain
Migrain adalah sakit kepala yang berdenyut dan parah, sering kali terjadi di satu sisi kepala dan disertai dengan gejala seperti mual, muntah, serta sensitif terhadap cahaya dan bunyi.
3.Sakit Kepala Kluster
Jarang terjadi tetapi sangat menyakitkan, sakit kepala kluster datang dalam serangan yang disebut kluster, dengan masa singkat tetapi kadar kesakitan yang tinggi.
4.Sakit Kepala Harian Yang Kronik
Sakit kepala berlangsung sekurang-kurangnya 15 hari atau selama enam bulan atau lebih. Ia seperti migrain kronik atau sakit kepala ketegangan kronik.
5.Penyalahgunaan Ubat
Penggunaan berlebihan ubat meredakan sakit kepala boleh menyebabkan rebound headache, di mana sakit kepala kembali apabila kesan ubat mulai berkurang.
6.Sakit Kepala Kerana Masalah Berkaitan Gigi Atau Gusi
Jangkitan gigi atau masalah dengan gigi bongsu boleh menyebabkan sakit kepala di sebelah kiri atau kanan.
7.Sakit Kepala Disebabkan Kafein
Pengambilan kafein yang tidak konsisten boleh menyebabkan sakit kepala.
8.Sakit Kepala Kerana Sinus
Sakit kepala yang terjadi akibat jangkitan atau peradangan sinus, sering disertai dengan gejala hidung tersumbat atau keluarnya lendir.
9.Sakit Kepala Semasa Haid
Wanita sering mengalami sakit kepala sebelum atau sepanjang menstruasi akibat perubahan hormon estrogen.
credit to sources
Cara Mengatasi Sakit Kepala Sebelah Kiri?
- Yoga atau Terapi Relaxing: Yoga dan terapi relaxing boleh membantu melegakan tubuh dan fikiran. Terapi ini membantu mengurangkan ketegangan otot yang dapat mengurangkan sakit kepala dan migrain.
- Menghindari Pencetus Sakit Kepala: Beberapa makanan dan minuman seperti kafein, alkohol dan keju dapat mencetuskan sakit kepala. Menghindarinya dapat membantu mengurangkan frekuensi dan tahap sakit kepala.
- Urus Stres Dengan Baik: Sakit kepala akibat ketegangan sering disebabkan oleh beberapa faktor seperti ketegangan leher, tekanan dan kecemasan. Pengurusan stres, rehat yang cukup, perbaiki postur tubuh dan melakukan senaman dapat membantu mengurangkan sakit kepala akibat ketegangan.
- Pembetulan Tulang Belakang (Chiropractic): Beberapa penelitian menunjukkan pembetulan tulang belakang oleh chiropractor dapat membantu mengurangkan sakit kepala yang berpunca dari masalah leher.
- Terapi Oksigen: Terapi oksigen terbukti berkesan dalam merawat sakit kepala kluster. Terapi ini biasanya digunakan bersama ubat lain.
Ubat Yang Menyembuhkan Sakit Kepala?
- Ubat Untuk Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi: Jika sakit kepala disebabkan oleh tekanan darah tinggi, doktor mungkin mencadangkan ubat untuk menurunkan tekanan darah, seperti beta-blocker, ACE inhibitor, atau calcium channel blocker.
- Ubat Tahan Sakit: Untuk sakit kepala ketegangan atau migrain ringan, doktor boleh mencadangkan analgesik seperti paracetamol, ibuprofen, atau aspirin. Analgesik ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala.
- Antibiotik: Jika sakit kepala disebabkan oleh jangkitan sinus atau gigi doktor mungkin mencadangkan antibiotik untuk mengatasi jangkitan tersebut.
- Rawatan Pergigian: Sakit kepala yang disebabkan oleh masalah gigi seperti gigi reput atau karies dapat dikurangi dengan melakukan rawatan seperti mencabut gigi yang bermasalah.
- Ubat Khusus Untuk Migrain: Untuk migrain yang teruk doktor boleh mencadangkan ubat khusus untuk menangani atau mencegah serangan migrain. Contohnya triptan (seperti sumatriptan), ergotamine, atau ubat-ubatan profilaksis migrain.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sakit Kepala Ketika Hamil: Punca Kerap Sakit Kepala, Jenis Sakit Kepala & Cara Mengatasi
Baca juga: Cara Hilangkan Sakit Kepala Dengan Mudah Tanpa Ambil Sebarang Ubat Tahan Sakit
Baca juga: Kekurangan Iodin Boleh Menyebabkan Keguguran? Ini 7 Sebab Ibu Hamil Perlu Mengambilnya!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!