X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Salun Rambut & Kecantikan Dibuka Semula 15 Jun, Ketahui Risiko Yang Bakal Anda Alami

4 min bacaan
Salun Rambut & Kecantikan Dibuka Semula 15 Jun, Ketahui Risiko Yang Bakal Anda Alami

Setelah beberapa bulan kedai salun rambut dan kuku tutup kerana penularan Covid-19, bermula 15 Jun ini kerajaan telah membenarkan untuk beroperasi semula.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa kedai gunting rambut dan salun kecantikan akan dibenarkan dibuka semula bermula 10 Jun.

Di bawah peraturan baru itu, aktiviti yang dibenarkan termasuk potongan rambut asas dan mencuci rambut, mencukur janggut dan misai, rawatan rambut, manikur dan pedikur serta mencuci dan rawatan muka.

Perkhidmatan salun rambut dan kuku

perkhidmatan salun rambut dan kuku

Tidak seperti kebanyakan perniagaan, perkhidmatan salun memerlukan sentuhan peribadi serta proses tatap muka dalam memuaskan hati pelanggan.

Melalui kajian yang dilakukan, ramai responden mengatakan bahawa mereka cuba memotong rambut, manikur atau pedikur di rumah. Hampir 25% mengakui mereka lebih suka mendapatkan servis stylist kerana hasilnya sangat berbeza.

Menurut profesor epidemiologi klinikal di New York University’s School of Global Public Health,  Robyn Gershon,  mengatakan apabila salun dibuka semula, pemilik dan bakal pelanggan akan melalui pengalaman yang berbeza dengan sebelum ini bagi mencegah penyebaran Covid-19.

Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit telah mengeluarkan beberapa panduan baharu dalam membantu perniagaan kembali beroperasi seperti restoran, sekolah dan penyedia transit.

Sebenarnya, berada di salun rambut atau kecantikan berupaya menimbulkan risiko bahaya terhadap pekerja dan pelanggan. Antaranya ialah:

#1. Hubungan dengan jarak dekat

Gershon mengatakan terdapat risiko tinggi bagi seorang profesional yang bekerja menguruskan kulit kepala, tangan, atau kaki kerana mereka akan selalu berada dalam jarak dekat dengan pelanggan untuk jangka masa yang lama.

Khususnya untuk pendandan rambut, mereka tidak akan dapat bekerja dalam jarak sosial kerana proses seperti menggunting rambut, pewarnaan atau rebonding perlu dilakukan secara lebih dekat. Situasi ini secara tidak langsung akan memanjangkan tempoh untuk pekerja bernafas secara langsung di atas wajah anda.

#2. Bekalan udara yang sama

kedai gunting rambut

Kebanyakan salun rambut atau kuku akan menggunakan penyaman udara bagi memberikan keselesaan kepada para pelanngan. Ia sekaligus berkemungkinan mampu menyebarkan zarah virus melalui ruang tertutup atau pengering rambut.

Pelanggan dan tukang gunting rambut akan bernafas dalam udara yang sama dan berkemungkinan titisan atau aerosol berjangkit berlaku dalam jarak dekat antara anda berdua.

#3. Alatan dan permukaan yang dikongsi antara pelanggan

Sebilangan besar negeri mengarahkan para profesional salon untuk meningkatkan aspek kebersihan diri dan kedai sepanjang ia beroperasi secara dramatik. Ini adalah untuk mengurangkan risiko pencemaran silang berdasarkan permukaan bersama.

Tetapi sebilangan jurusolek bergantung pada satu set alat untuk menggayakan rambut, kuku, atau kuku kaki yang perlu dikongsi semua pelanggan. Bukan itu sahaja, perabot juga boleh menjadi masalah kerana setiap permukaan berpori tidak dapat dibasmi kuman dengan berkesan.

Cara mengurangkan risiko semasa kerja memotong rambut atau mewarna

#1. Pakai topeng atau penutup muka setiap masa

Mungkin sudah disyaratkan oleh undang-undang, tetapi jika tidak, anda harus melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga kepada stylist anda dan juga pelanggan lain.

Penutup atau topeng muka tidak menghalang anda bernafas dalam zarah-zarah udara di persekitaran. Tetapi ia akan menghalang diri daripada menerima jangkitan SARS-CoV-2, iaitu virus yang membawa kepada Covid-19.

#2. Bersihkan tangan ketika memasuki salun

risiko kedai gunting rambut

Sebelum duduk di kerusi, pastikan anda mencuci tangan atau membersihkannya terlebih dahulu. Untuk lebih selamat, pakai sepasang sarung tangan sebelum anda duduk.

Gershon mengatakan bahawa dengan berbuat demikian dapat menghalang dari menyebarkan kuman ke tempat duduk atau alat yang mungkin anda sentuh.

#3. Pakai pakaian yang boleh tanggalkan dan basuh selepas pulang

Anda mungkin sudah melakukan ini semasa keluar membeli barangan keperluan harian atau terpaksa berada dalam  tempat yang sesak. Oleh kerana stylist mungkin berada di atas bahu selama berjam-jam, penting untuk anda mencuci bahagian ini dengan teliti untuk mengurangkan risiko kuman dari berkumpul.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

#4. Minta perkhidmatan dengan pengaliran udara baik

Sebagai pelanggan, anda memiliki hak untuk membuat permintaan terhadap kedai yang dikunjungi. Gershon mengatakan risiko paling jelas di dalam salun adalah pergerakan udara yang terhad, terutamanya ketika stylists melakukan sesi memotong rambut, mewarna atau rebonding.

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh meminta profesional perkhidmatan untuk membuka tingkap atau pintu bagi membolehkan udara luar memasuki premis agar risiko penularan Covid-19 dapat dikurangkan.

Sumber: Goodhousekeeping

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenularan-penyakit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Salun Rambut & Kecantikan Dibuka Semula 15 Jun, Ketahui Risiko Yang Bakal Anda Alami
Kongsikan:
  • Salon Potong Rambut Mesra Kanak-Kanak Sekitar Lembah Klang - Sesuai Untuk Anak Sukar Duduk Diam!

    Salon Potong Rambut Mesra Kanak-Kanak Sekitar Lembah Klang - Sesuai Untuk Anak Sukar Duduk Diam!

  • Amalkan Makanan Ini Ketika Hamil Jika Ibu Ingin Bayi Lahir Dengan Rambut Lebat & Sihat!

    Amalkan Makanan Ini Ketika Hamil Jika Ibu Ingin Bayi Lahir Dengan Rambut Lebat & Sihat!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Salon Potong Rambut Mesra Kanak-Kanak Sekitar Lembah Klang - Sesuai Untuk Anak Sukar Duduk Diam!

    Salon Potong Rambut Mesra Kanak-Kanak Sekitar Lembah Klang - Sesuai Untuk Anak Sukar Duduk Diam!

  • Amalkan Makanan Ini Ketika Hamil Jika Ibu Ingin Bayi Lahir Dengan Rambut Lebat & Sihat!

    Amalkan Makanan Ini Ketika Hamil Jika Ibu Ingin Bayi Lahir Dengan Rambut Lebat & Sihat!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.