X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kena Sampai Hati Kejut Anak Sahur & Pergi Sekolah, Kalau Asyik Rasa Kesian Buruk Kesannya Nanti

4 min bacaan
Kena Sampai Hati Kejut Anak Sahur & Pergi Sekolah, Kalau Asyik Rasa Kesian Buruk Kesannya Nanti

Kena sampai hati nak bangunkan anak sahur dan ke sekolah, jika anda tak sampai hati memang anak sedap menarik selimut lagi, banyak cara nak melatih anak!

Sebagai ibu ayah yang baru nak train anak berpuasa tentu setiap pagi mempunyai dilema tak sampai hati nak kejutkan anak bangun sahur bukan? 

Kesian tengok anak tidur lena, sudahlah lepas itu kena bersiap terus ke sekolah. Sekolah pula ada dua sesi, sehingga petang. Aduh, membayangkannya pun sudah penat. 

“Tak sampai hati rasanya nak kejutkan, dahla semalam balik tuisyen lambat.”

Jika diikutkan kehendak anak, dia mungkin mahu terus tidur. Namun, anda perlu sampai hati, latih anak-anak pada usia ini memang cukup sempurna. 

Kemudian tiba pula waktu ke sekolah, menggeraknya dan menyuruh dia mandi atau memandikannya, agar dia boleh ke sekolah.

Ibu ayah kena sampai hati!

sampai hati, kejut anak bangun

Foto: Cloudfront

Anda perlu sampai hati mendengar bentakannya. Anda perlu sampai hati lihat dia menggesek-gesek mata dalam pemandangan yang masih kabur menyuap nasi. 

Dan anda kena sampai hati untuk menghantarnya ke sekolah, walaupun mukanya masam.

Kerana anak masih kecil, dia belum tahu apa yang di hadapannya. Dia belum lagi tahu kesan kemalasan atau ketakutannya bagi masa hadapannya. Ibu bapalah yang bijak perlu sampai hati memimpin penuh sabar, kasih-sayang dan tegas. Kerana anak perlu tahu tiada kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan.

Sebenarnya bangun dari tidur dan kemudiannya bersahur, solat subuh kemudian mandi untuk bersedia ke sekolah itu juga satu perjuangan. Jika anak-anak tidak dididik dengan mindset begitu, bagaimana mereka boleh meraih kejayaan yang lebih besar.

Bak kata pepatah Melayu; Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Dan melentur buluh biar dari rebungnya. 

Penting untuk anak-anak belajar sesuatu dari awal lagi, memang ramai ibu ayah mempunyai rasa kesian dan berfikir “tak mengapalah, dia kecil lagi, dah besar nanti padai-pandailah dia.” Salah ya mindset sebegitu. 

Sebagai ibu bapa itu adalah tugas anda, untuk menjelaskan pada anak mengenai sesuatu tanggungjawab, jangan harapkan anak belajar sendiri, itu bukan tugas mereka. Melainkan anda berasa malas, malas untuk berdepan dengan dengusan anak, rengekannya bila kena bangun pagi. Itu lagi tidak boleh dijadikan alasan ya. 

Jadilah ibu bapa yang sampai hati untuk melakukan sesuatu demi kebaikan anak-anak dunia dan akhirat. Dan lakukanlah dengan penuh hormat, kasih-sayang dan sedar diri.

Ibu ayah kena sampai hati: Tips untuk memudahkan anak bersahur

sampai hati, kejut anak bangun

Foto: Free Malaysia Today

#1. Hidangkan makanan kegemarannya

Kalau anak suka ayam goreng hidangkanlah ayam goreng bersama nasi suam. Kalau dia sukakan kek, hidangkan sedikit kek dan makanan lain untuk dia mendapat nutrien yang cukup sepanjang hari. Biasanya budak-budak tengok telur kicap dan nasi pun dah boleh jalan. 

#2. Jadikan waktu sahur itu waktu berkongsi cerita

Bangun tidur memang tiada mood bercakap, tapi kalau anda galakkan anak bercerita apa yang mereka mimpi sewaktu tidur tentu mereka teruja. Jangan jadikan waktu sahur suram, semua senyap saja dan tak bercakap. Memang anak mesti punyai rancangan untuk tidur semula selepas sahur, lengahkan dengan menonton rancangan menarik usai sahur. 

#3. Sebelum tidur janjikan sesuatu yang menarik

Sebelum tidur lagi anda dah beritahu anak mereka perlu bangun sahur dan lakukan aktiviti menarik dalam penyediaan sahur. Contohnya nak buat pancake atau waffle untuk sahur, dan mereka boleh hias apa yang mereka mahu. Kalau tak bangun sahur nanti terlepas sesi menyeronokkan itu. 

#4. Jadikan waktu sahur saja anak boleh buat sesuatu perkara

sampai hati, kejut anak bangun

Foto: Google

Jika anak sukakan susu strawberry atau susu coklat, katakan pada mereka waktu sahur saja mereka boleh nikmati susu tersebut yang baru dibeli (atau tidak kisah apa-apa makanan, biskut atau coklat). 

#5. Jika ini kali pertama mereka berpuasa, lakukan selang sehari

Anda boleh cuba kaedah puasa separuh hari atau, puasa selang sehari. Katakan pada mereka hari yang mereka kena bangun sahur itu wajib agar keesokan hari bila tak perlu bangun sahur mereka dapat tidur lebih lama. 

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Banyak sebenarnya idea lain yang ibu ayah boleh gunakan. Anda hanya perlu menjadi kreatif dan cuba pelbagai cara sehingga berjaya. Kesabaran itu penting, percayalah habuannya cukup berbaloi. Seperti kata Sheikh Muszaphar, anak-anak kita sebenarnya kuat daripada yang kita sangkakan. Anak-anak Sheikh Muszaphar juga dilatih berpuasa seawal usia 6 tahun tau! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ibu Rose

Baca juga: Jangan Gopoh Melatih Anak Puasa, Ini Tips Yang Anda Perlu Ikuti

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Kena Sampai Hati Kejut Anak Sahur & Pergi Sekolah, Kalau Asyik Rasa Kesian Buruk Kesannya Nanti
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham