Risaunya Bila Bayi Sawan Tangis, Ibu Cuba 5 Petua Ini Bantu Si Manja Lebih Tenang

Sawan tangis yang terjadi menyebabkan bayi kerap menangis melebihi tempoh 3 jam sehari. Ia adalah keadaan biasa berlaku sewaktu ibu masih berpantang

Ya Tuhan, apa nak buat bila berdepan bayi mengalami sawan tangis? Bila tidur baru keadaan sunyi, tapi kalau dia bangun saja dari tidur, pasti sambung menangis semula. Ini antara dilema mak-mak yang ada anak kecil di rumah. Sebab itu kadang-kadang ia boleh menyebabkan ibu tak cukup tidur sebab kena berjaga malam supaya bayi tidak berterusan menangis.

Benar, menangis merupakan alat komunikasi utama bayi untuk memberitahu dan meluahkan sesuatu. Adalah sangat penting untuk ibu dan ayah tahu dan memahami isyarat tangisan itu supaya anda boleh menghentikan bayi menangis dengan berterusan.

Apa itu Sawan Tangis Atau Colic

Bayi kerap menangis antara usia tiga ke usia 16 minggu. Kemudian, ia memuncak sekitar dua bulan. Biasanya keadaan ini lebih dikenali sebagai colic atau sawan tangis. Sawan tangis menyebabkan bayi berhenti bernafas hampir seminit. Ia menyebabkan bayi pengsan dan tidak sedarkan diri. Bagaimana ia boleh terjadi? Biasanya ia terjadi kerana bayi terlalu marah, takut atau bayi dalam kesakitan. Colic adalah sawan tangis yang terjadi tanpa sengaja.

Terdapat 2 jenis sawan tangis yang ibu dan ayah perlu tahu. Antaranya ialah  Cyanotic spell, biasanya terjadi apabila bayi dalam keadaan marah sehingga menyebabkan berlaku perubahan dalam pernafasan mereka. Selain itu, Pallid spell, sejenis sawan terjadi apabila bayi dalam kesakitan menyebabkan kadar denyutan jantung bayi menjadi perlahan.

Untuk pengetahuan ibu dan ayah, bayi atau kanak-kanak boleh mengalami kedua-dua jenis sawan tangis ini dalam satu masa. Kebiasaannya, masalah ini terjadi pada usia 6 bulan hingga 6 tahun namun lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun.

Nota: Sawan tangis tidak serius dan tidak membawa kerosakan kekal. Apabila mereka besar sawan tangis akan hilang dengan sendirinya.

Punca Sawan Tangis Atau Colic

Sawan tangis terjadi apabila berlaku perubahan dalam rentak pernafasan atau rentak jantung bayi. Atau mungkin terjadi apabila emosi terganggu dan bayi berada dalam kesakitan. Ada juga yang berpendapat sawan tangis terjadi disebabkan oleh masalah ketidak hadaman, sembelit dan perut kembung yang biasa dialami oleh bayi.

Berikut adalah ciri-ciri yang ibu dan ayah perlu mengenal pasti sawan tangis kepada bayi anda:

  • Kerap menangis dengan teruk sehingga beberapa jam
  • Pengsan atau tidak sedarkan diri terlalu lama lebih dari seminit
  • Otot kekejangan, badan menjadi keras dan mengigil
  • Bernafas laju, tercungap-cungap dan dada berombak. kadar denyuntan jantung menjadi perlahan
  • Perubahan warna kulit. Menjadi pucat dan kelihatan seperti tidak bermaya. Jika dibiarkan ia akan berubah menjadi kebiruan terutama di bahagian bibir

Menurut pakar pediatrik dan kardiologi kanak-kanak, Dr Ihsan Musa, menangis berterusan adalah masalah yang biasa terjadi terhadap bayi berusia kurang setahun dan ia sebab paling utama ibu bapa datang bertemu doktor untuk mendapatkan pemeriksaan.

“Hakikatnya sukar untuk ditafsirkan dalam sudut perubatan yang tepat namun jika dilihat, bayi yang mengalami sawan tangis mempunyai tangisan luar biasa kuatnya,” katanya.

credit to sources

Menurutnya, tanda paling jelas boleh dikesan ketika bayi menangis, tangan akan tergenggam erat, kaki mengerekot, badan berpeluh-peluh serta muka bertukar kemerah-merahan seolah-olah dalam kesakitan.

“Pelbagai usaha boleh dilakukan ketika sawan tangis terjadi seperti memberi bayi susu badan, puting tiruan, mendodoi, bedung bayi, namun lazimnya masih gagal mententeramkan bayi.

“Sawan tangis boleh menyebabkan perut bayi menjadi kembung kerana tertelan angin akibat menangis terlalu lama dan sekaligus membuatkan bayi tidak selesa,” katanya.

Katanya, punca terjadinya sawan tangis atau colic ini sebenarnya masih tidak diketahui, namun doktor dan saintis mengandaikan ia berlaku disebabkan masalah tidak hadam, angin atau usus terlalu sensitif kepada protein tertentu yang terkandung di dalam susu formula atau susu ibu.

Masalah Sawan Tangis Pada Bayi

credit to sources

Bayi kerap menangis antara usia tiga ke usia 16 minggu. Kemudian, ia memuncak sekitar dua bulan. Biasanya keadaan ini lebih dikenali sebagai colic atau sawan tangis. Perkara pertama yang boleh anda lakukan adalah memahami kenapa bayi menangis.

Hal ini kerana, ada ketikanya, mendengar suara anda boleh membantunya untuk bertenang.

Kemudian tengok sama ada dia sakit, lapar atau lampin sudah penuh. Atau pun, sebab paling biasa ialah kerana ketidakselesaan perut seperti masuk angin atau sembelit.

Atau mungkin dia mahu dibelai dan didodoikan sekejap di atas bahu ibunya. Lama kelamaan, anda akan dapat belajar dan mengenali tangisan bayi itu.

Baca juga: 7 Titik Urutan Bagi Menenangkan Bayi Yang Kerap Meragam Dengan Serta-Merta

5 Tips Bantu Meredakan Sawan Tangis Atau Colic Pada Bayi

  • Peluk dan pegang bayi menghadap anda. Kemudian, perlahan-lahan letak dagunya di atas bahu anda sambil bergoyang sedikit. Bacalah zikir, doa atau nyanyian yang berentak perlahan.
  • Sesetengah bayi suka diletakkan di tempat yang selamat untuk bertenang dan mungkin membuatnya tertidur. Oleh itu, anda boleh meletakkan bayi atas katilnya sampil menepuk lembut punggung atau mengusap rambutnya.
  • Sapukan minyak telon di bahagian perut, belakang dan keting bayi bagi menenangkan mereka.

Jika anda mencari minyak telon yang diperkaya dengan bahan semulajadi yang selamat untuk kulit sensitif si manja, kami syorkan Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil. Ianya terbukti mampu mengurangkan simptom colic sekaligus melegakan kembung perut pada bayi dengan menggunakan formulasi vegan yang lembut. 

  • Jika bayi kerap menangis, cuba beri bayi menghisap sesuatu seperti menyusukannya. Secara tak langsung berat badannya juga akan bertambah.
  • Cuba tenangkan si kecil itu dengan mandian atau urutan lembut.
  • Bedung juga adalah salah satu cara membantu tenangkan bayi yang menangis. Malah dia merasakan seolah masih berada dalam rahim ibunya.
  • Cuba dukung anak anda , mungkin ini dapat menenangkan bayi. Sesetengah bayi berasa lebih tenang apabila anda membawa mereka berjalan-jalan
  • Tanya pakar pediatrik atau doktor anda untuk mendapatkan nasihat. Mereka akan dapat meyakinkan anda tentang kesihatan bayi anda, serta memeriksa teknik pemakanan anda dan memberikan petua dan nasihat berharga untuk menguruskan keadaan anda.

Walau bagaimanapun, jangan pula anda mencuba semua tips di atas dalam satu masa.

Sesetengah bayi akan teriak lebih teruk jika ibu bapa mereka mencuba perkara yang berbeza dalam masa yang sama. Tengok yang mana buat bayi henti menangis, mungkin itu yang terbaik buatnya.

Namun begitu, memang sedikit letih jika terpaksa berhadapan dan menjaga bayi kerap menangis ini.

Akan tetapi, kesihatan dan penjagaan diri anda juga adalah penting bagi mendapat rehat yang mencukupi dan kongsilah saat sukar ini bersama suami.

Sekiranya anda mendapati diri sangat kecewa dengan keadaan yang berlaku (bayi tetap menangis walaupun puas dipujuk), adalah lebih baik anda meletakkannya perlahan-lahan atas katil dan kemudian anda masuk ke bilik lain selama lima minit untuk tenangkan diri.

Ambil sedikit masa itu untuk bernafas dan menangis dengan baik. Ingatkan diri anda bahawa bayi kecil itu memerlukan anda di sampingnya. Kemudian jika hati anda sudah kembali tenteram, terus dakapnya semula. InsyaAllah, semuanya akan baik.

Kesan Sawan Tangis

  • Memberi kesan pada urat saraf
  • Masalah pada otak bila dewasa seperti lembab
  • Menyebabkan kecacatan jika dibiarkan berlarutan

Bila Patut Risau?

Berikut adalah simptom yang ibu ayah perlu risau dan dapatkan rawatan segera sekiranya:

  • Menangis lebih kuat dan semakin kerap *Demam
  • Sukar bernafas
  • Sawan yang menyebabkan kekejangan otot
  • Muka kelihatan pucat atau biru
  • Tidak mahu menyusu
  • Muntah berterusan
  • Berak berdarah

Walaupun sawan tangis atau colic ini perkara biasa dan akan hilang dengan sendiri dapatkan juga rawatan dan nasihat doktor yang dipercayai. Jangan ambil mudah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Baby Centre, Harian Metro

Baca juga: Sekali Sekala Anak Perlu Diberi Peluang Menangis Agar Lebih Bijak Menguruskan Emosi

Baca juga: Bayi Menangis Tanpa Henti? Itu Mungkin Colic Atau Sawan Tangis