Ibu, Sayangi Diri Sendiri Dulu, Jangan Lupa Kita Juga Memerlukan Rehat...

Menjadi seorang ibu dan isteri bukanlah satu tugas yang mudah kerana anda adalah tulang belakang yang paling kuat dalam rumah tangga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum mencintai orang lain, adalah lebih baik jika kita tahu cara sayangi diri sendiri dulu kerana kadang kala kita terlupa untuk memberi reward pada diri hingga mengabaikan segalanya.

Sebagai isteri dan juga ibu, tentunya kita pernah mengalami situasi “tiada langsung istilah rehat”. Tapi, ibu yang tidak mampu untuk merasa bahagia tentunya menemui kesukaran untuk membahagiakan keluarganya juga. 

Mengapa ibu lupa sayangi diri sendiri dulu

Memori menjadi ibu dimulai saat kita mengetahui ada janin yang sedang berkembang di dalam rahim sehingga sembilan bulan. Kemudian, kita dapat mendakap erat tubuh kecil itu.

Seterusnya menyentuh jari-jemarinya yang halus dan mencium aroma bau seorang bayi. Ini antara momen indah yang tidak akan dilupakan. 

Hari berikutnya, sebagai ibu bapa kita akan rasa seronok melihat perkembangan anak yang kian pesat. Dimulai dengan langkahan pertama si kecil hinggalah dia masuk ke fasa persekolahan.

Kemudian, setelah umurnya meningkat dewasa mereka mula membina hidup baru dengan berkahwin dan suatu saat kita pun dapat melihat kelahiran cucu sulung. 

Berapa banyak rasa sayang dan cinta yang kita curahkan untuk segala-galanya ini tapi tanpa sedar kita terlupa untuk menghargai diri sendiri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cinta seorang ibu adalah yang paling murni 

Sebagai ibu dan bapa, kita tidak pernah berhenti mencintai anak-anak, meskipun saat itu kita sedang bersedih. Seorang ibu akan terus memberikan cintanya supaya anak melihat ibunya seorang yang kuat, berani dan boleh melakukan apa sahaja. 

Disebabkan cinta pada anak-anak itulah, hingga ibu lupa kepentingan menyayangi diri sendiri dan sentiasa mendahulukan anak-anak dari segalanya hingga kadang-kadang masa untuk diri juga tiada walau sesaat. 

Rasa sayang dan cinta yang diberikan saban hari ini memang tidak akan pernah habis meskipun ibu penat dari segi fizikal dan emosional. Sampai satu saat kita lupa untuk mencintai diri sendiri. 

Belajar menyayangi diri sendiri dulu tidak semestinya kita ibu bapa yang egois 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh kerana sibuk mencintai anak dan suami hingga kita lupa mencintai diri sendiri. Lupa untuk menjaga kesihatan dan sering mengabaikan rasa sakit. 

Namun, jika kita memberikan sedikit masa untuk bersosial dengan rakan-rakan dan ada masa untuk bersendirian, itu adalah tidak salah kerana anda juga manusia biasa yang memerlukan ruang dan waktu untuk berseronok dengan kehidupan ini. 

Malah itu tidak bermakna anda ibu yang mementingkan diri sendiri atau bersikap egois. Makanya suami dan orang sekeliling perlu faham kehendak anda itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8 cara menghargai diri sendiri

  • Meninggalkan anak-anak di bawah jagaan pasangan terutama jika suami cuti atau di waktu hujung minggu. 
  • Menghabiskan masa selama sekurang-kurangnya dua jam untuk melakukan apa saja keinginan diri. 
  • Melakukan aktiviti yang mungkin pernah anda rindu pada zaman bujang dahulu seperti menonton wayang, berkaraoke dan sebagainya.
  • Mengunjungi spa dan membuat rawatan wajah
  • Mengurut badan
  • Medicure atau pedicure.
  • Mencuci rambut di salun.
  • Membeli pakaian 
  • Makan di restoran mewah tanpa gangguan 
  • Belajar membuat kek 
  • Belajar agama

Percayalah, hal ini sangat baik untuk kesihatan mental anda dan jangan terlalu membebankan diri dengan hal rumah tangga hingga anda merasakan tidak lagi menyayangi diri sendiri. 

Apa yang pasti, seorang ibu berhak untuk turut merasai kebahagiaan. 

Jika kita sentiasa mencintai diri maka cinta yang anak dan suami dapat akan turut bertambah setiap hari. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga maklumat ini bermanfaat dan jangan lupa like Facebook page kami theAsianparent Malaysia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Adisty Titania. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comrahsia-seorang-ibu