Seks Ketika Hamil: Posisi Apa Anda Boleh Cuba & Apa Yang Anda Patut Elak?

lead image

Apa posisi seks ketika hamil yang selamat dan apa pula yang tak selamat? Ini panduan lengkap tentang melakukan seks ketika hamil yang anda patut tahu.

Panduan lengkap seks ketika hamil

Kalau doktor telah bagi “lampu hijau” untuk anda melakukan seks ketika hamil, jangan risau sama ada berintiman semasa hamil selamat atau tidak.

Seks sewaktu anda hamil adalah selamat, selagi ia dilakukan sepertimana yang anda mahu dan ia memberi keselesaan kepada anda,” kata Dr Lauren Streicher, seorang pakar ob-gyn di Chicago.

Tapi untuk kekal selesa semasa berasmara ketika hamil mungkin agak mencabar, lebih-lebih lagi kalau ibu mengandung cepat rasa penat, tidak yakin dengan badan sendiri (sebab perut makin besar) dan “pembawakan anak” yang mengganggu hormon.

seks ketika hamil

Kredit: Jac & Heath Photography

Oleh sebab itu kami di theAsianparent Malaysia akan memberi panduan lengkap untuk ibu-ibu hamil di luar sana agar kalian masih boleh melakukan seks walaupun ketika hamil.

Panduan lengkap ini akan menyenaraikan apa posisi seks yang anda patut cuba bagi setiap trimester kehamilan, sambil memberitahu tentang posisi seks apa yang anda patut elak.

Semoga ia bermanfaat untuk anda dan pasangan!

1. Posisi seks ketika trimester pertama

Biasanya pada trimester pertama kandungan, ibu hamil akan cepat rasa penat dan mengalami morning sickness.

Tapi yang seronoknya, ketika ini, ibu hamil biasanya akan ada pelincir semulajadi yang dirembes dari vagina.

Malah, perut juga masih belum besar dan hormon mengandung menyebabkan anggota intim anda lebih sensitif. Jadi, jangan skip seks pada trimester pertama kerana anda akan mengalami pengalaman yang sungguh ummppp!

Posisi seks anda patut cuba: Semua posisi seks selamat untuk dicuba ketika ini. Anda boleh cuba 6 posisi yang paling selamat dan selesa ini sambil berbaring atau bermalas-malasan.

Seks Ketika Hamil: Posisi Apa Anda Boleh Cuba & Apa Yang Anda Patut Elak?

Posisi seks anda patut elak: Berita baik untuk anda, tiada posisi seks yang anda patut elak pada trimester pertama. Kalau anda risau tentang kes keguguran akibat seks ketika hamil, buang segala kerisauan itu.

Menurut Dr. Streicher, tiada hubungan antara kes keguguran ketika awal kehamilan dan seks. Tapi jika anda masih risau, cuba cakap dengan doktor pakar, ya!

2. Posisi seks ketika trimester kedua

Trimester kedua adalah trimester “honeymoon”. Tiada lagi morning sickness atau keletihan yang melampau. Ketika ini, anda akan rasa lebih seksi dari biasa. 

Posisi seks anda patut cuba: Anda patut cuba segala-galanya sekarang sebab nanti masuk trimester ketiga, perut anda akan makin besar.

Cuba teknik duduk atas kerusi sambil berhadapan pasangan, atau doggy style, atau reverse spooning. Yang penting anda selesa!

Seks Ketika Hamil: Posisi Apa Anda Boleh Cuba & Apa Yang Anda Patut Elak?

Posisi seks anda patut elak: Apabila kandungan anda sudah masuk usia 20 minggu, cuba elak posisi berbaring terlentang seperti dalam posisi missionary.

Ini kerana apabila anda terlentang, rahim yang semakin membesar akan memberi tekanan pada aorta anda.

Ia akan menjejaskan pengaliran darah ke plasenta. Kalau anda masih mahu melakukan gaya missionary, cuba letak bantal di bawah punggung. 

3. Posisi seks ketika trimester ketiga

Aksi di ranjang masih boleh kekal panas walaupun perut anda makin membesar ketika trimester ketiga. Kunci di sini adalah jadi kreatif.

Posisi seks anda patut cuba: Ketika ini, cuba elak posisi yang memberi tekanan pada perut anda. Anda boleh mencuba gaya spooning, gaya masuk dari tepi, anda duduk di atas, masuk dari belakang atau cuba duduk atas kerusi.

Seks Ketika Hamil: Posisi Apa Anda Boleh Cuba & Apa Yang Anda Patut Elak?

Posisi seks anda patut elak: Walaupun tiada posisi seks yang tidak selamat (melainkan anda baring terlentang), tapi ada sesetengah wanita hamil tidak suka tujahan yang terlalu dalam. Ini mungkin kerana mereka rasa “tidak selamat” apabila suami berdayung dan melakukan tujahan.

Walau apapun alasannya, bawa berbincang bersama pasangan. Dr Ari Brown, seorang pakar dari Parent.com menyarankan suami isteri untuk lebih berhati-hati dengan posisi “masuk dari belakang” seperti doggy ketika trimester ketiga.

Sekarang selepas anda tahu panduan lengkap untuk melakukan seks ketika hamil, kami harap agar kehamilan anda itu sentiasa sihat dan semoga segalanya berjalan lancar untuk anda kelak. 

Selamat menjadi ibu bapa baru, wahai semua pasangan!

 

Sumber rujukan: Parents

Kredit gambar: NetDoctor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris