Dalam keadaan tertekan kadangkala orang sanggup buat apa saja. Apatah lagi selepas keguguran bayi yang menjadi pengikat kasih suami isteri.
Seperti kisah di China ini, seorang wanita nekad menyamar jadi jururawat untuk mencuri bayi orang lain di hospital kerana tidak mahu berita kegugurannya diketahui kekasih.
Nampak sangat pentingkan diri bukan? Tapi pasti ada sebab kenapa wanita itu nekad bertindak demikian sedangkan dia tahu bagaimana perasaan kehilangan bayi!
Selepas keguguran bayi sendiri, wanita nekad curi anak orang lain
Kejadian berlaku di Hospital Liangjiang, China yang mana wanita berkenaan melarikan bayi perempuan yang baru lahir dari sisi ibunya yang sedang tidur.
Ketika disoal dalam perbicaraan di mahkamah, dia mengaku dia terpaksa melakukannya kerana sudah keguguran tetapi perlu berpura-pura masih dalam kehamilan.
Wanita berkenaan mendakwa dia sudah keguguran tetapi terus berpura-pura dia hamil kerana percaya kekasihnya akan meninggalkannya jika tahu dia telah keguguran.
Dia kemudiannya berpura-pura hamil dan bercadang untuk mencuri bayi baru lahir apabila tarikh bersalinnya semakin hampir.
Ditahan selepas 56 jam loloskan diri bersama bayi
Wanita berkenaan ditahan selepas 56 jam berjaya meloloskan diri dari wad bersalin hospital itu dengan mengendong bayi perempuan berkenaan.
Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) menunjukkan, wanita itu mencuri baju seragam jururawat dan memakainya sebelum mengambil bayi berkenaan dari ibunya yang sedang tidur.
Bayi yang baru lahir itu dijumpai di bilik yang disewa wanita berkenaan berhampiran dengan hospital itu.
Adakah normal bersedih selepas gugur?
Ya, ini adalah normal. Tidak kira bagaimana ia berlaku, keguguran boleh jadi sangat mendukacitakan. Suami anda dan orang yang anda sayangi juga mungkin merasa sukar untuk menghadapinya. Tetapi anda mungkin lebih lagi.
Adalah normal untuk melalui proses berkabung seperti yang berlaku jika kehilangan saudara atau rakan yang rapat.
Biarkan diri anda merasa apa yang anda rasa. Pengalaman keguguran setiap orang adalah berbeza dan tiada tindak balas yang betul ataupun salah.
Tiada tempoh tertentu bagi kesedihan itu untuk berakhir, dan ia mungkin berlangsung lebih lama daripada yang anda dan orang lain jangkakan. Ramai ibu-ibu yang kehilangan terus merasa ikatan dengan bayi itu dan rasa tenang begitu berbanding dengan mencuba untuk melupakannya.
Cuma jangan ‘tenggelam’ terlalu lama dengan perasaan anda kerana ia akan memakan diri.
Kesedihan akibat kehilangan boleh membuatkan anda rasa terasing dan keseorangan. Selain daripada bercakap dengan orang yang tersayang, anda boleh cuba berkongsi pengalaman anda dengan orang lain. Ramai yang mendapati perkara ini membantu, namun sesetengahnya rasa ia terlalu sukar dilakukan.
Faktor keguguran
Keguguran berlaku kepada 8 hingga 20 peratus ibu mengandung. Kebanyakan kes (80 peratus) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala 20 peratus berlaku pada ibu yang kurang dari 22 minggu mengandung.
#1. Masalah genetik
30 peratus keguguran berlaku sebelum minggu kelapan dan penyebab utama adalah masalah genetik. Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin. Masalah genetik merangkumi 40 hingga 45 peratus dari sebab keguguran.
#2. Masalah penyakit si ibu
Ia termasuk kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid.
#3. Usia ibu
Ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda.
#4. Pernah keguguran sebelumnya
Jika pernah keguguran sekali, risiko untuk gugur lagi adalah 20 peratus, dan jika pernah dua kali gugur, risiko adalah 30 peratus. Risiko meningkat kepada 43 peratus kalau pernah tiga kali gugur atau lebih.
#5. Merokok
Merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko keguguran. Jadi jauhkan diri dari perokok atau rokok sekiranya anda hamil.
#6. Alkohol
Pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran, salah satunya adalah kerana faktornya yang panas.
#7. Demam panas
Demam panas melebihi 37.8 darjah selsius atau lebih boleh menyebabkan keguguran.
#8. Trauma
Trauma (kemalangan) di bahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko.
#9. Pengambilan kafein berlebihan
Pengambilan kopi atau bahan berkafein seperti cola dan sebagainya secara berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran. Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300 mg sehari.
Sumber: mirror.co, babycenter, myhealth
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcara-menangani-dan-mengatasi-keguguran
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!