Salahkah Pakai Seluar Ketika Berpantang, Boleh Ganggu Jahitan Episiotomi? Ini Penjelasan Doktor

Bila ibu sedang dalam pantang pakai seluar, pasti ada saja yang tidak puas hati. Adakah ia memang berbahaya atau sekadar mitos?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Heboh di media sosial baru-baru ini seorang artis memakai seluar walaupun masih dalam pantang ketika membawa anaknya check up

Boleh dikatakan ramai yang mempersoalkan tindakan artis berkenaan sedangkan seluar yang dipakainya longgar dan nampak selesa saja.

Adakah benar pakai seluar ketika berpantang akan membahayakan malah boleh ganggu penyembuhan jahitan episiotomi? Sejauh manakah benar penyataan ini?

Seluar boleh buat jahitan episiotomi lambat sembuh?

Kredit: pa&ma

Sebenarnya tiada garis panduan pemakaian berpantang pun. Apa yang penting selesa dan tidak membawa kemudaratan kepada bahagian luka yang dialami ibu akibat bersalin tidak kiralah jahitan episiotomi atau jahitan ceasar.

Apa yang penting pastikan seluar atau sebarang pakaian yang anda pakai adalah selesa dan sejuk serta tidak menyebabkan berpeluh di kawasan luka yang dialami. 

Adalah penting untuk memastikan kawasan jahitan sentiasa kering bagi membantu penyembuhan yang berkesan. 

5 komponen utama pemulihan lepas bersalin

Kredit: ummikusuper

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan & Fertiliti, Dr Maiza, lima komponen utama pemulihan selepas bersalin adalah:

#1. Rehat mencukupi

Ibu selepas bersalin hendaklah mendapatkan rehat yang mencukupi. Semua tahu bahawa memang sukar untuk berehat terutama bagi ibu yang pertama kali bersalin kerana masih berusaha menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baharu.

Tetapi and perlu cuba dapatkan rehat secukupnya dengan mengambil giliran dengan suami dan sebagainya. Selain itu, cuba tidur apabila bayi anda tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi apabila dia terjaga, anda sudah dapatkan rehat sebelumnya. Jadi tidaklah terlalu penat

#2. Pemakanan seimbang

Minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari jika tiada penyakit yang perlu hadkan pengambilan air. Ia penting untuk kekalkan hidrasi dan suhu badan. 

Selain itu ia juga mengurangkan risiko darah beku (Pulmonari Embolism), menyebabkan penghasilan susu yang banyak serta mempercepatkan pemulihan.

Minum air banyak tidak menyebabkan urat kembang  atau faraj berair. Sayur dan buah pembekal serat yang tinggi dan mengandungi banyak vitamin yang diperlukan untuk penyembuhan yang lebih cepat. Ia juga melawaskan pembuangan air besar.

Sayur kangkung /petola/terung tidak 'sejuk' dan tidak menyebabkan demam dalam pantang, kembang urat, atau sengal badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ikan, ayam dan telur adalah sumber protein yang baik dan bertindak sebagai 'bahan asas' pembentukan tisu baru semasa proses pemulihan selepas bersalin.

#3. Penjagaan luka bersalin

Sama ada di faraj akibat jahitan episiotomi atau luka pembedahan, anda perlu pastikan kebersihannya dijaga supaya tiada jangkitan. Pastikan ia sentiasa kering dan jika terdapat bau tidak enak dan sebagainya segeralah merujuk kepada doktor. 

Luka menjadi gatal atau bernanah bukan disebabkan makanan tetapi disebabkan oleh jangkitan kuman dan ini memerlukan rawatan lanjut di klinik atau hospital.

Penyediaan makanan pantang yang sihat

Penyediaan makanan pantang yang sihat adalah secara :

  1.  Panggang - ayam, ikan
  2. Kukus - ikan
  3.  Mereneh - sup ayam, sup lobak putih
  4.  Goreng tanpa minyak atau air fryer

Perlukah bertungku selepas bersalin?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: urutbersalin

Bertungku antara amalan selepas bersalin yang sangat popular. Tetapi adakah ia wajib?

Menurut Dr Maiza, rahim akan kecut dan akan kembali kepada bentuk asal selewat-lewatnya pada minggu kedua pantang dan tindakan hormon oksitosin yang dirembeskan ketika menyusukan bayi mempercepatkan proses ini.

Walaupun tidak bertungku, rahim masih mampu mengecut dan kembali kepada saiz asal kerana itu fisiologi tubuh yang normal dan ia akan kembali seperti sediakala. 

Jadi jangan risau ya ibu jika anda tiada peralatan untuk bertungku. Rahim anda boleh mengecut. Tidak semua ibu berkemampuan untuk menyediakan segalanya, jadi tidak perlulah mereka ini dipandang serong jika tidak mengikut beberapa amalan berpantang yang biasa dibuat oleh masyarakat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: dr.maiza

kredit foto: kakakadekconfinementtherapy

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 5 Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Oleh Wanita Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!

Baca juga: Faktor Penting Dalam Berpantang, Ini Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu, Elak Bentan!

Penulis

Lala Annuar