Tidak lama lagi kita bakal disapa oleh bulan mulia, bulan Ramadhan iaitu waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam sekalian alam. Tapi, kadang-kadang pening fikir nak masak apa untuk bulan puasa, kan? Jadi, kami kongsikan kepada anda senarai barang dapur untuk sebulan yang boleh disediakan jika hendak ‘berperang’ di dapur Ramadhan kali ini.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Ramadhan bakal tiba lagi! Ini senarai barang dapur untuk sebulan untuk kemudahan anda
- 2 bahagian senarai barang dapur yang boleh anda sediakan
- Gunakan cara ini untuk pastikan barang dapur tahan lebih lama
- Mengapa perlu membeli barangan dapur untuk sebulan, tidak membazir ke?
Sudahkah anda bersiap sedia untuk menempuh bulan Ramadhan ini? Moga-moga Ramadhan kali ini lebih mudah, lagi-lagi dengan persediaan awal dengan membeli barangan yang mencukupi untuk sebulan.
Ramadhan bakal tiba lagi! Ini senarai barang dapur untuk sebulan untuk kemudahan anda
Keperluan dapur bagi setiap rumah pasti berbeza; ada yang tidak gemar membeli makanan laut kerana alergi, ada yang lebih cenderung untuk membeli sayuran dek kerana had pemakanan.
Sebelum membeli barang dapur, senaraikan barangan kepada dua bahagian iaitu bahan dapur kering dan bahan dapur basah. Seperti kita ketahui, bahan dapur kering boleh tahan lebih lama berbanding bahan dapur basah, dan ini boleh menentukan kuantiti barangan yang perlu dibeli agar dapat mengelakkan pembaziran.
Jenis barang dapur yang wajib ada untuk memasak
Antara bahan dapur kering yang boleh disimpan untuk durasi yang lama termasuklah:
- Gas dapur
- Minyak masak
- Sardin dalam tin
- Rempah kari
- Garam
- Gula
- Tepung
- Ajinamoto
- Bawang
- Lada
- Susu pekat
- Sup bunjut
- Mi segera
- Telur
- Biskut
- Milo
- Sos cili
- Sos tomato
- Kicap
- Sos tiram
- Kulit kayu manis
- Buah pelaga
- Bihun
- Beras
- Cili kering
- Teh
- Bunga cengkih
Manakala, bahan dapur basah pula, iaitu bahan yang tidak boleh disimpan lama dan perlu dimasak segera.
- Ayam
- Ikan
- Daging
- Udang
- Sotong
- Makanan sejuk beku
- Sayur-sayuran
- Buah-buahan
Anda pasti lebih tahu kuantiti yang sering dimasak dan dimakan oleh seisi keluarga, Jadi, bagi barang basah, belilah mengikut kuantiti yang mencukupi bagi seisi rumah supaya dapat mengelakkan pembaziran makanan rosak.
Walaupun begitu, kini ramai yang berkongsi tips-tips untuk menyimpan makanan basah supaya tahan lebih lama. Anda juga bolehlah mencuba tips-tips ini untuk bulan hadapan!
Gunakan cara ini untuk pastikan barang basah tahan lebih lama
Perkongsian ini sangat bermanfaat kerana ia bukan sahaja menjimatkan kos membeli barang dapur, tetapi ia juga dapat menjimatkan ruang kerana kebanyakan barang basah sebenarnya boleh disimpan dalam satu bekas yang sama. Jadi, mudahlah untuk anda susun dalam peti nanti!
- Semua jenis lauk, termasuklah makanan laut, seperti ayam, ikan, daging, sotong, udang dan sebagainya perlulah dicuci bersih terlebih dahulu dan kemudian letakkanlah dalam bekas-bekas plastik yang anda hendaki.
- Sebelum memasukkan bekas ke dalam peti sejuk, masukkanlah air kosong ke dalam bekas plastik tersbebut agar ia akan beku apabila masuk ke dalam peti.
- Sekiranya hendak menggunakan lauk tersebut, cuma perlu alirkan air hinggalah ais cair dan bahan basah anda tadi masih kekal segar.
- Bagi sayuran pula, anda boleh mengalas tisu kering dalam bekas sayuran disimpan agar tisu tersebut dapat menyerap sebarang cecair dari sayur agar sayuran akan tahan lebih lama.
Mengapa perlu membeli barangan dapur untuk sebulan, tidak membazir ke?
Sebenarnya, membeli barangan dapur selama sebulan terus lebih menjimatkan dari membeli barangan dapur 2 minggu sekali. Bukan sahaja jimat dari segi masa, tapi anda juga akan jimat secara kewangan.
Dari segi masa, anda tidak perlulah sentiasa keluar rumah untuk mencari barangan yang tidak cukup dan anda juga tidak perlu beratur panjang ketika hendak membayar kos barang dapur anda.
Kewangan anda juga akan terjaga apabila anda membeli barang dapur secara bulanan kerana segala perkara yang kita lakukan perlulah ada perancangan, kan?
Jadi, jika anda hendak membeli barang dapur bulanan, anda pasti tidak akan membeli lebih dari yang diperlukan dengan adanya rancangan kewangan yang tip-top.
Kami harap bulan Ramadhan anda kali ini akan dipenuhi dengan penuh keberkatan, dan semoga perkongsian kami hari ini bermanfaat untuk anda!
Kredit foto: aku sis lin
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Puasa Di Bulan Ramadan, Ini Cara Nak Menggalakkan Mereka
Baca juga: 5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah
Baca juga: Ramai Suami Keliru Bila Beli Barang Dapur, Sebab Itulah Isteri Kena Tulis Lengkap & Jelas!