Hentikan Tabiat Sidai Baju Dalam Rumah, Wanita Ini Kongsi 5 Kesan Bahaya Pada Kesihatan

Sidai baju dalam rumah tidak digalakkan kerana ia boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan kepada seisi keluarga seperti alahan dan asma

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan sahaja wanita bekerjaya malah suri rumah pasti akan ada ketikanya memilih untuk sidai baju di dalam rumah sahaja. Salah satu faktornya adalah memudahkan urusan dan tidak perlu risau jika hujan turun secara tiba-tiba

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kesan bahaya sidai baju dalam rumah
  • Ada 5 kesan berbahaya untuk kesihatan seisi rumah
  • Boleh dapat penyakit untuk jangka masa panjang

Alasan utama sidai pakaian dalam rumah adalah untuk menggelakkan diri dari terkejar-kejar mengangkat pakaian saat hujan turun. Tak perlu lagi mereka berlari ke ampaian. Tinggalkan sahaja dalam ruang di rumah yang terlindung.

Kesan bahaya sidai baju dalam ruang tertutup

Ia turut menjadi penyelesaian mudah buat mereka yang perlu bekerja di pagi hari dan pulang pada waktu petang. Kadang-kala mereka akan tiba di rumah ketika langit sudah pun gelap.

Jenis-jenis kediaman seperti kondominium, flat atau rumah tanpa ruang ampaian juga turut menjadi faktor pemilihan sidai baju dalam rumah.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 Tapi, tahukah anda sidai baju di dalam rumah yang mana ruangnya tertutup ada kesan bahayanya?

 

Menurut perkongsian aplikasi TikTok dari @dyamohamad90 ada 5 kesan berbahaya untuk mereka yang suka sidai baju di dalam rumah. Kesan-kesan ini lebih fokus pada masalah kesihatan yang bakal dihadapi di kemudian hari.

#1. Haba lembap sebabkan alahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertama, ia boleh menyebabkan alahan pada badan disebabkan haba lembap yang terkumpul. Keadaan ini amat berbahaya untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti eczema.

#2. Pakaian boleh jadi bahan beracun

Dia turut memberitahu bahawa sidai baju dalam rumah bakal menjadikan pakaian tersebut beracun. Ini terjadi apabila pakaian tersebut masih lembap. Bauan kepam atau busuk akan terhasil. Bauan inilah yang akan memberikan kesan pada kesihatan anda.

#3. Terhasilnya kanser dalam badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seterusnya, sidai baju dalam ruang tertutup boleh menyebabkan kanser. Ia berlaku akibat penggunaan soflan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. Jika dihidu setiap hari maka tubuh anda bakal menghasilkan kanser.

#4. Risiko untuk mendapat penyakit asma/lelah

Selain itu, ia juga menjadi salah satu penyebab untuk penyakit asma/lelah.  Kadar kelembapan dari aktiviti sidai baju akan meningkat. Secara tak langsung ia akan menyebabkan kewujudan debu-debu yang banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Sistem ketahanan badan akan menjadi lemah

Akhir sekali, kemungkinan badan seisi rumah akan menjadi lemah. Ketahanan badan warga rumah menjadi lemah maka tak hairanlah jika ada dalam kalangan keluarga anda kerap demam dan selsema.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tali Pakaian Kanak-Kanak Membahayakan?

Baca juga: Nak Cari Nursing Dress Terkini Yang Selesa? Nah, Beberapa Pilihan Baju Yang Bergaya Dan Selesa Untuk Ibu!

Baca juga: Baju Anak Terkena Dakwat @ Cat Air? Ini 7 Cara Tanggalkannya Guna Bahan Dari Dapur!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ain Yusof