X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Isteri Dari Syurga Ikhlas Jaga Suami Strok Separuh Badan, Makin Sembuh Hanya Dalam 3 Bulan!

20 Oct, 2021
Isteri Dari Syurga Ikhlas Jaga Suami Strok Separuh Badan, Makin Sembuh Hanya Dalam 3 Bulan!

Lelaki ini dikatakan tiba-tiba alami strok separuh badan. Berkat isterinya ikhlas menjaganya, dalam masa 3 bulan dia sudah boleh mula berjalan.

Isteri dari syurga. Mungkin inilah yang boleh dikaitkan dengan wanita ini yang ikhlas menjaga suaminya yang tiba-tiba diserang strok separuh badan hingga tidak boleh bercakap dan bersuara.

Pada permulaan diserang strok, lelaki itu juga langsung tidak boleh makan dan hanya minum susu khas daripada tiub.

Perkongsian di TikTok sya.adnan, membuka mata ramai pihak terutama suami isteri di luar sana yang mana jika kita ikhlas menerima pasangan dalam keadana apa sekalipun pasangan itu tidak akan ditinggalkan.

Suami tiba-tiba strok sepatuh badan, isteri tetap setia di sisi

strok

Benarlah, sokongan daripada keluarga amat penting jika seseorang itu diserang penyakit atau sebagainya. Buktinya, suami wanita ini menunjukkan perkembangan yang sangat positif dalam masa hanya sebulan selepas diserang strok.

Keikhlasan isteri yang sentiasa bersemangat menjaga suaminya mungkin antara faktor penyembuhan cepat dan positif suaminya. Bayangkan daripada terlantar hingga tidak boleh bercakap dan bersuara ditambah pula dengan makan susu khas melalui tiub, lelaki itu kini sudah mula boleh berjalan.

“Tak malu ke dapat suami macam ni?”

strok

Wanita itu turut berkongsi, suaminya pernah bertanyakan adakah dia malu mempunyai suami yang strok. Akui terkejut dengan pertanyaan itu, namun jawapan wanita itu, “takda maknanya Sya nak rasa malu, Sya bersyukur Sya masih boleh bawa suami ke mana saja Sya pergi, dan sentiasa di sisi Sya. Sya sentiasa berpimpin tangan dengan suami dan suap suami makan.”

Semoga suami kepada wanita ini cepat sembuh seperti sediakala!

Pemulihan pesakit strok

strok

Menurut protal myhealth, strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan berubah.

Fisioterapi bantu pemulihan

Fisioterapi antara rawatan yang wajib dilakukan kepada pesakit yang mengalami strok. 

Ia membantu mempercepatkan kadar pemulihan sistem neuromuscular yang terlibat dari segi pergerakan voluntari, keseimbangan badan, koordinasi pergerakan, mobiliti dan keupayaan berjalan.

Mengembalikan fungsi harian dengan cepat dan kebolehan bergerak yang optima dan berdikari. Ia juga mencegah  dan mengurangkan komplikasi seperti:

  1. Kudis tekanan
  2. Foot drop
  3. Komplikasi respiratori

Gejala, tanda awal strok

Strok tidak terjadi tanpa amaran. Selalunya, ada tanda-tanda amaran. Dengan mengenali tanda-tanda ini dan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, anda boleh mengelakkan strok yang mendatang atau mengurangkan kesannya. Gejala-gejala utamanya termasuklah:

  1. Lemah atau merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini mungkin muka yang meluyut, meleleh air liur, merasa lemah pada tangan atau kaki.
  2. Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba
  3. Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas
  4. Pening, kehilangan imbangan, kekeliruan
  5. Sakit kepala yang teruk yang mengejut
  6. Rasa mual atau muntah

Langkah mencegah strok

Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mencegah strok. Ia termasuklah:

  1. Lebihkan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah dan sayuran.
  2. Memeriksa tekanan darah secara berterusan.
  3. Mengekalkan berat badan yang ideal kerana obesiti adalah salah satu penyebab kepada penyakit strok.
  4. Aktif dalam melakukan aktiviti fizikal iaitu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Contohnya : brisk walk, Tai Chi, senaman regangan dan senaman aktif

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: sya.adnan

Stories Rakan Kongsi
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
Jadi Lebih Bijak Dalam Kewangan Dengan Menambah Ilmu Kewangan
Jadi Lebih Bijak Dalam Kewangan Dengan Menambah Ilmu Kewangan
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines

Baca juga: Gara-Gara Dipaksa Buat Gerakan Split, Budak 6 Tahun Ini Cacat Sebelah Anggota Kiri!

Baca juga: Sindrom Guillain-Barre menyebabkan ibu ini lumpuh selepas bersalin c-sec!

Baca juga: Kerana Sengkenit Di Rambutnya, Kanak-Kanak Ini Hampir Lumpuh!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Isteri Dari Syurga Ikhlas Jaga Suami Strok Separuh Badan, Makin Sembuh Hanya Dalam 3 Bulan!
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.