TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Suami Tolak Isteri Ke Gaung Sedalam 10 Meter, Rupanya Pernah Ditahan Cederakan Abangnya

8 Aug, 2024
Suami Tolak Isteri Ke Gaung Sedalam 10 Meter, Rupanya Pernah Ditahan Cederakan Abangnya

Suami tolak isteri dalam gaung di lebuhraya Gerik-Jeli selepas mencekik dan mengugut untuk membunuh mangsa dengan sebilah pisau

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila bukan sahaja dicekik, malah cuba dibunuh oleh suaminya dan ditolak ke dalam gaung di Lebuh Raya Timur Barat (JRTB) Gerik dalam kejadian 27 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata kejadian berlaku apabila suami mangsa berumur 39 tahun telah membawa mangsa, 32, dari tempat kerja di Kuala Lumpur menuju ke Perak melalui lebuh raya utama atas alasan mahu pulang ke kampung pada 5.30 petang, 26 Julai.

Isi Kandungan

  • Suami Tolak Isteri Gaung Selepas Bertengkar
  • Mangsa Merangkak Naik Ke Bahu Jalan
  • Suspek Direman 7 Hari
  • Pernah Ditahan Polis Sebelum Kejadian

Suami Tolak Isteri Gaung Selepas Bertengkar

“Sepanjang perjalanan berlaku pertengkaran mulut antara mereka, setibanya di satu tempat suspek telah memberhentikan kereta dan bertindak mengugut mahu membunuh mangsa dengan sebilah pisau, mangsa merayu namun suspek mencekik leher mangsa.

“Mangsa bertindak terjun dari kereta tetapi telah dimasukkan semula oleh suspek dan terus memecut sehingga tiba di kawasan KM31.2 JRTB Gerik kira-kira pukul 4 hingga 5 pagi,” katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.

Zulkifli berkata setibanya di kawasan terbabit, berlaku lagi pertengkaran dan suspek telah menarik mangsa keluar dari kereta dan terjadi pergaduhan serta pergelutan di bahu jalan, sebelum suspek menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam gaung.

Beliau berkata polis menerima panggilan daripada orang awam yang menjumpai mangsa keseorangan di tepi jalan pada 2 petang, 27 Julai dan mangsa yang mengalami kesan calar, luka serta lebam pada tubuh badan telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Gerik untuk menerima rawatan awal.

Mangsa Merangkak Naik Ke Bahu Jalan

“Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa telah bertindak merangkak naik ke bahu jalan untuk menyelamatkan diri sebelum dijumpai orang awam. Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Daerah Taiping,” katanya.

Zulkifli berkata kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan suspek mempunyai beberapa rekod lampau kesalahan berkaitan dadah.

“Suspek telah ditangkap oleh pihak IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Baling, Kedah kerana terdapat penglibatan kes di daerah berkenaan pada 31 Julai lepas. Sejurus selesai siasatan, suspek akan ditangkap semula oleh IPD Gerik untuk melengkapkan siasatan,” katanya. – Bernama

suami tolak isteri gaung, wanita merangkak jatuh gaung, suami tolak isteri jatuh gaung di gerik jeli, suami tolak isteri

Suspek Direman 7 Hari

Lelaki yang ditahan selepas disyaki memukul, mencekik dan menolak isterinya ke dalam gaung di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada 27 Julai lalu direman tujuh hari.

Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dibenarkan oleh Majistret, Savinder Singh terhadap suspek yang bekerja sebagai peniaga.Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Terdahulu, lelaki berusia 39 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa dengan memakai baju T berlengan panjang diiringi pegawai dan anggota polis pada jam 8.50 pagi.

suami tolak isteri gaung, wanita merangkak jatuh gaung, suami tolak isteri jatuh gaung di gerik jeli, suami tolak isteri

Pernah Ditahan Polis Sebelum Kejadian

Difahamkan, suspek yang sebelum ini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Kedah, Rabu lalu direman selama enam hari untuk disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas disyaki mencederakan abang kandungnya.

Suspek ditangkap semula oleh IPD Gerik selepas tempoh tahanan remannya itu berakhir pada Isnin.

Bernama, Sinar Harian

Stories Rakan Kongsi
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
Bayi PKP Bakal Lahir? Ini Senarai Persiapan Untuk Anda Menyambut Si Kecil!
Bayi PKP Bakal Lahir? Ini Senarai Persiapan Untuk Anda Menyambut Si Kecil!
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Suami Tolak Isteri Ke Gaung Sedalam 10 Meter, Rupanya Pernah Ditahan Cederakan Abangnya
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham