Sukatan Susu Bayi & Air Kena Betul, Barulah Si Manja Dapat Khasiat Yang Cukup

Sukatan susu bayi amat penting dalam proses penyusuan formula. Ia dapat memastikan si manja memperoleh nutrisi mencukupi bagi membesar sihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada sesetengah ibu memilih untuk menyusukan bayi dengan susu badan dan ada juga memberikan susu formula. Walau apa pun jenis susu yang anda pilih, perkara paling utama ialah memastikan sukatan susu bayi betul agar si manja mendapat manfaat secukupnya.

Bagi ibu ayah baru, anda mungkin rasa keliru dalam menentukan banyak mana jumlah susu yang diperlukan oleh bayi. Tiada jawapan khusus untuk menjelaskan permasalahan ini kerana ia bergantung kepada usia dan berat badan si manja.

Panduan mengenai sukatan susu bayi

Sekiranya bayi belum berusia 6 bulan dan tidak diberikan makanan pejal, panduan ringkas ini boleh anda ikuti dalam mengira jumlah sukatan susu bayi yang diperlukan.

Sebenarnya bayi memerlukan antara 150ml dan 200ml susu formula bagi setiap kilogram berat badannya setiap hari.

Justeru, sekiranya si manja anda memiliki berat lebih kurang 3kg, dia memerlukan antara 450ml dan 600ml susu formula untuk memastikannya kenyang dalam tempoh 24 jam.

Walau pun begitu, bayi yang lebih kecil atau baru berusia beberapa minggu mungkin hanya mahukan susu kurang daripada kuantiti tersebut kerana perutnya masih kecil.

Hakikatnya ibu perlu tahu. Jumlah ini hanyalah panduan ringkas sahaja kerana selera bayi mungkin berubah-ubah atau dia tidak akan menyusu dalam kuantiti yang sama setiap hari.

Jadi, usahlah memaksa si manja anda menghabiskan susu botol hanya kerana alasan tidak mahu membazir. Tidak mengapa masih tinggal sedikit baki di dalam botol, lama-kelamaan dia akan belajar untuk menghabiskannya.

Bagaimana sukatan susu bayi berubah usianya bertambah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Untuk usia dua minggu yang pertama: ibu boleh cuba berikan si manja sebanyak 60ml dan 70ml setiap penyusuan. Si manja mungkin tidak akan dapat minum melebihi kuantiti ini sekaligus.

#2. Dari usia 2 minggu hingga dua bulan: Si manja mungkin perlukan antara 75ml dan 105ml setiap kali menyusu.

Si manja akan minum mana-mana jumlah dari 450ml hingga 735ml dalam 1 hari. Seiring pertambahan masa dan usia, anda akan mendapati bayi memerlukan lebih lagi dengan segera menghabiskan susu dan mungkin meminta botol kedua.

#3. Sewaktu bayi anda mencecah usia 2 hingga 6 bulan: Si manja mahukan antara 105ml dan 210ml setiap kali menyusu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Ketika bayi mencecah usia 6 bulan: Anggaran kuantiti susu yang diperlukan adalah 210ml dan 240ml setiap kali penyusuan. Jumlah pengambilan formula sehari mungkin sekitar 900ml.

#5. Semasa bayi mula mengambil makanan pejal, jumlah susu formula yang diambilnya mungkin berkurang sehingga 600ml.

Walau bagaimanapun tidak semua bayi adalah sama. Ibu usahlah risau sekiranya bayi sudah mula kurang menyusu. Anda juga boleh pelbagaikan menu dengan produk tenusu seperti bijirin beras dicampur dengan susu atau yogurt.

#6. Setelah bayi melangkah usia 1 tahun, si manja boleh bertukar dari formula kepada susu lembu penuh krim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda-tanda bayi mula berasa lapar

Tidak dinafikan seperti orang dewasa, bayi juga mengalami perubahan selera makan hari ke hari. Justeru ibu berikanlah kelonggaran agar dia menentukannya sedniri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi juga akan menyusu sekerap diinginkannya. Adalah lebih baik jika ibu ayah mengenal pasti isyarat lapar yang dirasakannya iaitu:

  • Apabila bayi berasa lapar, dia mula menunjukkan rasa resah gelisah seperti mencari-cari. Sesetengahnya akan memusingkan kepala ke arah dada dan membuka mulut. Dia juga mungkin melakukan pergerakan seperti menghisap jari.
  • Tunjukkan botol susu sebaik sahaja anda melihat tanda di atas. Sekiranya bayi mula meragam dan menangis, dia mungkin berasa sedih kerana lapar. Dengan memahami isyarat ini, waktu menyusu bayi menjadi lebih mudah dan pembaziran mungkin tidak terjadi.
  • Setelah bayi minum susu, perhatikan beberapa tanda bahawa si manja sudah mula kenyang seperti mula menghisap botol secara lebih perlahan atau berhenti berehat sebentar.

Kesimpulannya, ibu kena ingatlah bahawa ini hanya merupakan garis panduan umum sahaja. Anda mungkin menyedari dengan sendiri banyak mana sukatan susu bayi yang diperlukan melalui reaksi si manja sendiri. Jika tidak benar-benar pasti, pastikan anda berbincang dengan doktor atau pakar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan Atau Botol, Keliru Puting Salah Satu Puncanya

Baca juga: Bayi Alah Susu Lembu? Susu Soya Baby Adalah Alternatif Terbaik Sebagai Pengganti, Banyak Juga Khasiatnya!

Baca juga: “Bolehkah Saya Campur Susu Ibu & Susu Formula Dalam Satu Botol?” Ini Jawapannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan