Ini Sebab Pentingnya Ambil Suntikan Ubat Cair Darah Selepas Bersalin, Ibu-Ibu Jangan Takut Ya!

Ubat cair darah merupakan salah satu jenis ubat yang digunakan untuk menghalang darah daripada membeku dengan cepat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ubat cair darah adalah salah satu jenis ubat yang digunakan untuk menghalang darah daripada membeku dengan cepat.

Walau bagaimanapun, jika seseorang itu terlebih dos yang sepatutnya dalam pengambilannya, ada juga kesan sampingan ubat cair darah yang akan diterima. Contohnya seperti, pendarahan pendalaman yang teruk.

Ramai ibu lepas bersalin terutama yang caesar perlu menerima suntikan ubat cair darah selepas bersalin. Ada yang takut nak cucuk sendiri dan rela untuk tidak mengambilnya. Kenapa sebenarnya suntikan ini diperlukan oleh ibu-ibu lepas bersalin terutama sekali yang bersalin secara pembedahan?

Walaupun waktu mengandung dah puas kena cucuk, lepas bersalin pun tetap kena cucuk juga? Jangan risau ya ibu-ibu, ia demi keselamatan nyawa anda juga. Suntikan ini boleh dicucuk di lengan, peha ataupun perut.

Apa Itu Ubat Cair Darah?

Untuk pengetahuan umum, ubat cair darah adalah salah satu jenis ubat yang selalunya digunakan untuk individu yang mengalami serangan sakit jantung. Malah, ia juga digunakan untuk mereka yang memiliki sejarah angin ahmar serta beberapa kegunaan lain.

Dalam dunia perubatan, ubat cair darah ini bukanlah bermaksud kepekatan darah akan berkurangan apabila seseorang itu mengambil ubat ini. Tapi, fungsi sebenarnya adalah bagi mengurangkan kemampuan atau menjadi punca darah beku (blood clotted).

Walau bagaimanapun, individu yang mengambil ubat ini berisiko untuk mengalami pendarahan teruk jika ianya tidak dipantau secara berkala oleh doktor pakar.

Ubat cair darah ini mengurangkan potensi darah beku, maka kebarangkalian untuk darah beku menyumbati saluran darah juga akan berkurangan.

Oleh demikian, serangan sakit jantung mahupun strok yang disebabkan oleh penyumbatan darah juga boleh dielakkan dan berkurangan.

Mengapa Perlu Cucuk Ubat Cair Darah Selepas Bersalin?

Menurut pakar perunding obstetrik dan ginekologi, Dr Imelda Balchin, dalam 100 kematian ibu bersalin di Malaysia, 60 adalah disebabkan oleh darah beku di dalam saluran darah paru-paru, iaitu Pulmonary Embolism

Tujuh dalam sepuluh (73%) daripada kematian ibu disebabkan pulmonary embolism ini berlaku selepas bersalin dan hanya tiga dalam sepuluh berlaku sebelum bersalin.

Sembilan dalam sepuluh (90%) daripada kematian ibu disebabkan pulmonary embolism ini berlaku selepas bersalin czer, sejurus pulang ke rumah.

Antara fungsi atau kegunaan lain penggunaan ubat cair darah ini adalah:

  • Serangan sakit jantung.
  • Angin Ahmar.
  • Masalah dengan peredaraan darah, terutamanya di bahagian kaki.
  • Denyutan jantung yang tidak normal.
  • Kecacatan jantung sejak kecil.
  • Masalah pada injap jantung.

Risiko Tidak Mengambil Suntikan Ubat Cair Darah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa ibu yang hamil dan baru bersalin mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil?

Pertama sekali, semua ibu patut tahu yang kepekatan darah akan meningkat di dalam saluran darah ibu yang hamil, sebab hormon ibu yang hamil akan merangsangkan badan membuat lebih protein yang memekatkan darah. Tujuannya memekatkan darah ialah untuk melindungi ibu bersalin daripada pertumpahan darah yang berlebihan selepas bersalin.

Kepekatan darah inilah puncanya kenapa risiko ibu yang hamil mendapat pembekuan darah menjadi 6 kali ganda lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil. Selepas bersalin kepekatan darah ini masih tinggi pada 6 minggu berpantang.

Masalah mendapat pembekuan darah ini adalah 5 kali ganda lebih tinggi selepas bersalin bila dibandingkan dengan sebelum bersalin. Terdapat perubahan kandungan air dari dalam saluran darah selepas bersalin yang menyebabkan darah menjadi lebih pekat.

Risiko yang paling tinggi sekali ialah pada tiga minggu pertama selepas bersalin.

Ubat Cair Darah: Risiko Darah Beku Menjadi Lebih Tinggi Apabila:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada beberapa perkara lain yang juga menyebabkan risiko darah beku menjadi lebih tinggi lagi ia terutama bagi:

  1. Usia ibu yang semakin tua (>35 tahun)
  2. Berat badan yang obes
  3. Merokok
  4. Kehamilan kembar
  5. Terdapatnya masalah yang lain (seperti pre-eclampsia, penyakit jantung lemah)
  6. Kekurangan pergerakan badan (seperti selepas pembedahan Caesarean)
  7. Kekurangan meminum air (dehydration)
  8. Tumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin

Ubat Cair Darah: Tanda Terdapat Pembekuan Darah

Disebabkan itu pentingnya untuk jururawat klinik kesihatan melakukan lawatan ke rumah ibu yang baru bersalin. Ada yang kata rasa tak selesa kan? Sebenarnya perkara inilah yang penting untuk memastikan kesihatan ibu sentiasa dipantau.

Ia juga bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku kepada ibu lepas bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pernafasan terganggu atau sesak nafas.
  2. Nadi denyutan jantung ibu menjadi lebih laju daripada biasa.
  3. Suhu badan mungkin naik.
  4. Batuk darah.

Pembekuan darah di dalam saluran darah mengganggu pengaliran darah ke paru-paru dan menghalang kemasukan oksigen yang secukupnya ke dalam darah.

Tekanan darah di dalam paru-paru menjadi tinggi dan meninggikan beban ke atas jantung di sebelah kanan. Ini boleh menyebabkan air masuk ke dalam paru-paru dan kematian secara mengejut.

Bagaimana Cara Mengelakkan Pembekuan Darah

  1. Menjaga berat badan. Biasakan diri dengan cara hidup yang sihat dan menurunkan berat badan yang berlebihan sebelum hamil.
  2. Semasa hamil, bersenam 20-30 minit setiap hari untuk mengawal kenaikan berat badan.
  3. Berhenti merokok.
  4. Elakkan pembedahan Caesarean section jika tidak diperlukan.
  5. Jika terpaksa menjalani pembedahan Caesarean section – Doktor akan memberi suntikan untuk mencairkan darah sekali sehari untuk 7 hari, sebagai ubat pencegah kemudaratan pulmonary embolism.
  6. Minum air yang secukupnya selepas bersalin, terutamanya ibu yang menyusukan bayi (Keperluannya ialah 3L sehari/12-13 gelas sehari), walaupun di dalam pantang.
  7. Berjalan-jalan selepas bersalin untuk membantu pengaliran darah walaupun di dalam pantang.

Cara Cucuk Ubat Cair Darah

Di bawah merupakan cara cucuk ubat cair darah yang perlu diketahui:

#1. Penyediaan Ubat Dalam Picagari.

  • Basuh tangan menggunakan sabun dan keringkan dengan tuala yang bersih.
  • Buka penutup plastik ubat yang berwarna biru. Gunakan kapas beralkohol untuk membersihkan getah penutup ubat.
  • Tanggalkan penutup jarum dan masukkan udara ke dalam picagari dengan menarik omboh sehingga 1mL.
  • Kemudiannya, masukkan jarum ke dalam botol menerusi getah penutup. Tekan omboh untuk memasukkan udara ke dalam botol ubat.
  • Terbalikkan botol ubat dengan jarum yang masih berada di dalamnya. Pastikan hujung jarum menyentuh ubat cair darah itu. Tarik omboh sehingga 1mL (dos ubat).
  • Keluarkan picagari dan jarum daripada botol ubat dengan menarik botol ubat ke atas.
  • Periksa jika ada gelembung udara dalam picagari. Jentik picagari sehingga gelembung udara bergerak ke arah jarum.
  • Tekan omboh dengan perlahan untuk mengeluarkan gelembung udara itu.

#2. Cara Suntikan.

  • Sapu tapak suntikan dengan menggunakan kapas beralkohol.
  • Cubit kulit di tempat suntikan.
  • Masukkan jarum secara condong 45 darjah ke dalam kulit yang masih dicubit itu.
  • Tekan omboh picagari dengan perlahan-lahan sehingga picagari itu kosong.
  • Keluarkan jarum dan lepaskan cubitan.
  • Tekan tempat suntikan dengan lembut menggunakan kapas beralkohol selama 1 minit untuk mengelakkan lebam.
  • Jangan memasang semula penutup jarum. Buang jarum ke dalam tin dan tutup rapat untuk dilupuskan.

Nota: Anda harus memastikan bahawa tempat suntikan ditukar secara bergilir-gilir dan jangan menyuntik tempat sama pada setiap hari.

Kesan Ubat Cair Darah

Kesan ubat cair darah yang mungkin akan dialami adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mudah lebam.
  • Buang air besar berdarah.
  • Darah haid keluar dalam jumlah lebih banyak daripada kebiasaannya.
  • Batuk atau muntah darah.
  • Serangan gastrik.
  • Air kencing berdarah.

Individu yang mengambil ubat cair darah ini juga disarankan untuk berhati-hati dan mengelakkan melakukan aktiviti yang boleh mendedahkan diri daripada kecederaan fizikal. Ini kerana kecederaan itu akan menyebabkan pendarahan yang teruk.

Jenis-jenis Ubat Cair Darah

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua (2) jenis ubat cair darah iaitu:

#1. Anti-coagulant.

Ubat jenis ini berfungsi dengan cara merencat fungsi protein pembekuan darah. Beberapa jenis ubat anti-coagulant yang sering digunakan di Malaysia ialah:

  • Heparin.
  • Warfarin.
  • Enoxaparin (Lovenox).
  • Fondaparinox (Arixtra).
  • Dabigatran (Pradaxa).

#2. Ubat Antiplatlet.

Ubat jenis ini akan merencat fungsi platlet yang memulakan darah beku. Beberapa jenis ubat anti-coagulant yang sering digunakan di Malaysia ialah:

  • Aspirin.
  • Clopidogrel (Plavix).
  • Ticlopidine (Ticlid).

Walau bagaimanapun, bagi setiap individu yang mengambil ubat cair darah ini, pastikan anda beritahu doktor perubatan yang anda sedang mengambil ubat cair darah berserta dengan ubatan lain (jika ada). Ia penting supaya ubat yang bakal diberikan oleh doktor seterusnya tidak menganggu fungsi ibu sedia ada.

Paling penting, elakkan bersukan dan beritahu doktor terlebih dahulu jika anda ingin melakukan pembedahan ataupun apa-apa jenis prosedur yang melibatkan gigi.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.

Baca juga: Pentingnya Suntikan Kancing Gigi Ketika Mengandung, Ia Membentuk Antibodi Bayi

Baca juga: Terima Suntikan Vaksin Ketika Hamil, Wanita Lahirkan Bayi Dengan Antibodi Covid-19

Baca juga: Ibu Hamil Digalak Ambil Suntikan TDaP, Cegah Penyakit Batuk Kokol Yang Boleh Bahayakan Bayi!

Penulis

Lala Annuar