9 Jenis Sup Untuk Ibu Berpantang Mudah & Penuh Khasiat, Bantu Banyakkan Susu Ibu

Resepi sup dalam pantang bukan saja membantu menyihatkan tubuh, malah bahan-bahan yang digunakan berupaya menggalakkan penghasilan susu ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemakanan selepas bersalin amat penting bagi mengembalikan semula tenaga ibu dan membantu percepatkan proses pemulihan luka disebabkan kelahiran. Justeru ada beberapa resepi sup yang sesuai untuk dijadikan hidangan berpantang anda lebih sedap dan berkhasiat.

Jika orang-orang tua dahulu, mereka berpantang hanya makan nasi putih bersama ikan bakar sahaja. Namun kini anda boleh pelbagaikan lagi hidangan selepas bersalin dengan mencuba beberapa hidangan berkuah ini.

Resepi sup yang mudah dan sedap untuk ibu berpantang

#1. Resepi sup lobak putih

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • 1 batang lobak putih
  • 2-3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 paket perencah sup sayur
  • 1 kiub pati ayam

Cara penyediaan

  1. Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis dengan sedikit minyak
  2. Isi 3 cawan air, isi ayam dan perencah sup
  3. Setelah mendidih, masukkan kiub ayam dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam
  4. Masukkan sayur lobak putih yang dihiris bulat. Boleh hias dengan bawang goreng atau daun sup sebelum dihidang

Lobak putih sesuai dihidang sebagai menu berpantang kerana membantu menambahkan kuantiti susu badan. Ia turut merawat masalah penghadaman, kencing tidak lawas dan darah tinggi.

#2. Sup sawi bertauhu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan

  • 2 ikat sayur sawi
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih 
  • 2 cawan air
  • 2 ketul tauhu

Cara penyediaan

  1. Tumis bawang putih dan merah dengan sedikit minyak
  2. Kemudian masukkan air dan tauhu. Biarkan sehingga mendidih
  3. Masukkan sayur sawi dan perasakan dengan garam serta sedikit serbuk lada hitam

#3. Resepi sup ikan mudah

Bahan-bahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ikan merah/ jenahak/ tenggiri/siakap- lumur ikan dengan garam. Goreng dan ketepikan
  • Bawang putih kisar
  • Bawang merah kisar
  • Halia kisar
  • Sup bunjut ikan
  • Air 
  • Sayur (lobak, bunga kubis)
  • Lada hitam 
  • Daun

Cara penyediaan

  1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk
  2. Tambahkan ikan, biarkan sup mendidih. Kemudian tambah sayur lobak dan bunga kubis
  3. Masukkan garam dan lada hitam. Apabila ikan sudah masak, boleh tutup api.
  4. Taburkan daun sup sebelum hidang

#4. Sup ayam kampung

Bahan-bahan

  • Beberapa keping ayam kampung
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 biji ubi kentang yang dibelah empat
  • Sup bunjut
  • Garam
  • Bawang goreng dan daun sup (untuk hiasan)

Cara penyediaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk. Tambahkan air agak-agak tenggelam ayam. Masukkan sekali sup bunjut tulang
  2. Biarkan mendidih, kemudian masukkan ayam
  3. Biarkan sehingga ayam empuk. Biasanya ia perlukan masa yang lebih lama. Jika air berkurangan, boleh tambah air lagi.
  4. Bila ayam sudah agak empuk, masukkan sekali kentang yang dibelah empat. Tambahkan garam dan sesuaikan rasa
  5. Masa dihidangkan boleh tambah daun sup dan bawang goreng

#5. Sup untuk ibu berpantang- sup herba kacang hitam 

Bahan-bahan:

  • 600 g ayam hitam
  • 50 g kacang hitam yang disangai
  • 15g Wai San (Keladi Cina)
  • 15g Kei Chee (Wolf-berry Cina)
  • 15g Tong Sum (sejenis ginseng)
  • 15g Pak Kay (Akar Astragalus)
  • 10g isi longan kering
  • 6 kurma merah dibuang biji
  • 600 ml air panas

Cara penyediaan

  1. Bersihkan semua herba, longan, kurma dan tapis.  
  2. Potong dan bersihkan ayam
  3. Masukkan semua bahan dalam periuk ‘double boiler‘.
  4. Tambahkan air panas
  5. Tutup dan reneh selama 2 1/2 hingga 3 jam.
  6. Tambah garam jika mahu, kemudian hidangkan.

#6. Resipi sup akar teratai dengan kacang merah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan

  • 1/2 akar teratai dengan 2 atau 3 bahagian
  • 100g kacang merah
  • 2 kurma madu
  • 1 liter stok ayam
  • garam dan lada sulah secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Basuh dan rendam kacang merah semalaman. Tapis sebelum guna.
  2. Bersihkan akar teratai. Potong dan biar di tepi (rendamkan dalam air dengan sedikit cuka untuk elak ia berubah warna).
  3. Reneh stok ayam hingga mendidih; tambah kacang merah dan masak dengan suhu tinggi selama 15 minit.
  4. Turunkan suhu dan renehkan selama satu jam.
  5. Tambah akar teratai dan kurma madu. Teruskan reneh selama dua jam.
  6. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa sebelum hidang.

#7. Sup ikan dengan betik

Bahan yang diperlu:

  • 1 kg isi ikan
  • 100g kacang mentah
  • 1 betik separa masak (dipotong menegak)
  • 1 keping kulit limau mandarin
  • 2 hiris halia tua
  • ½ sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1.5 liter air mendidih

Cara-cara memasak:

  1. Randam kacang semalaman. Tapis sebelum guna.
  2. Kupas kulit betik dan potong separuh. Buang kulit dan potong memanjang.
  3. Panaskan minyak dan goreng hirisan halia. Kemudian goreng ikan hingga bertukar warna.
  4. Masukkan semua bahan di dalam periuk masak perlahan dan reneh selama 2 ½ jam.
  5. Rasa dan tambah garam jika perlu.

#8. Menu berpantang- sup kentang mudah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan

  • 4 biji kentang dibelah empat
  • Sedikit fucuk dan suhun
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 kiub pati ikan bilis Maggi
  • Serbuk lada hitam
  • Hirisan daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Cara penyediaan

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. Masukkan ubi kentang, biarkan masak sekejap.
  2. Tuang air secukupnya, masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan fucuk dan biarkan ia masak
  3. Tambah suhun dan masukkan garam secukup rasa. Bila fucuk dan suhun sudah lembut, boleh matikan api.
  4. Boleh dihidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng

#9. Resepi sup fish ball bersama sayur sawi

Bahan-bahan

  • 15 biji bebola ikan
  • 2 keping fish cake
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3/4 lobak merah
  • 2 tangkai sawi
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu minyak
  • Sedikit lada putih
  • Air dan garam secukupnya

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah sehingga naik bau
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih. Renehkan sekejap
  3. Masukkan bebola ikan, fish cake, lobak merah dan batang sawi
  4. Tambahkan kiub ayam, lada putih dan perasakan sedikit garam
  5. Akhir sekali masukkan sawi

Selamat mencuba ibu-ibu berpantang semua!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 5 Menu Pantang Yang Sedap Ikut Resepi Bonda Rozita, Bantu Buang Angin & Kuruskan Badan! 

Baca juga: Selain Ikan Haruan & Bawal Putih, Ini Jenis Ikan Yang SELAMAT & Berkhasiat Untuk Dimakan Ketika Ibu Dalam Pantang

Baca juga: Resepi Berpantang 44 Hari Yang Sedap & Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin