Bayi Tidak Cukup Bulan Perlu Susu Formula Khusus Untuk Tumbesaran Mereka, Ini Pilihan Susu Bayi Pramatang Terbaik

Ini antara beberapa pilihan susu untuk bayi pramatang yang dirumus khas untuk menaikkan berat badan bayi supaya jadi lebih sihat dan cergas.

Banyak perkara dan cabaran perlu dihadapi ibu bapa apabila melahirkan bayi pramatang. Salah satu cabarannya adalah untuk memastikan si kecil bertambah berat badan secara seimbang dengan menyediakan susu untuk bayi pramatang yang terbaik.

Secara umumnya, bayi yang dilahirkan sebelum usia minggu kehamilan ke-37 dianggap sebagai tidak cukup bulan atau pramatang. Di Malaysia lebih kurang 8 peratus bayi dilahirkan pramatang.

Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500 gram untuk usia kandungan 22 minggu hingga 1000 gram untuk 28 minggu dan 1500 gram untuk 32 minggu dan 2.5 kilogram untuk 37 minggu.

Tips Pemilihan Susu Untuk Bayi Pramatang Terbaik

Memilih susu yang betul adalah penting untuk tumbesaran dan perkembangan mereka. Bayi tidak cukup bulan mempunyai keperluan nutrisi yang unik, dan ia penting untuk ibu berunding denagn pakar kanak-kanak atau neonatologi untuk mengenalpasti formula yang paling sesuai untuk bayi. Berikut adalah antara tip untuk dipertimbangkan apabila memilih formula untuk bayi pramatang:

1. Berunding dengan pakar kesihatan

Pakar kesihatan anak anda adalah tempat rujukan terbaik untuk panduan dalam memilih susu formula untuk bayi pramatang yang tepat. Mereka akan membantu keperluan spesifik bayi anda dan menyediakan cadangan yang sesuai mengikut keadaan anak.

2. Pilih formula preemie

Sesetengah jenama susu formula menawarkan formula khusus untuk bayi pramatang direka untuk mencapai nutrisi yang bayi pramatang perlukan. Formula ini biasanya sarat dengan kalori tambahan, protein, vitamin dan mineral.

3. Pilih formula diperkaya

Jika susu ibu tidak tersedia, pilih susu formula yang direka khusus untuk bayi pramatang. Formula ini selalunya diperkaya dengan nutrisi tambahan dan kalori untuk menyokong tumbesaran.

 4. Pilih kandungan protein dan kalori

Bayi pramatang memerlukan kandungan susu yang tinggi protein dan kalori berbanding bayi cukup bulan. Cari susu formula dengan kandungan protein dan kalori yang seimbang sesuai. Pakar kesihatan boleh membantu anda untuk mengenalpasti tahap yang betul.

5. Pilihan yang mudah cerna

Sesetengah bayi pramatang mungkin mempunyai masalah pencernaan pada sesetengah susu formula untuk bayi pramatang. Dalam kes sebegini, pakar kesihatan mungkin akan mencadangkan satu jenama susu formula yang direka istimewa lembut untuk sistem pencernaan bayi.

6. Peka pada alergi atau sensitiviti bayi

Bayi pramatang mungkin boleh jadi lebih terdedah pada alergi makanan atau sensitiviti. Jika bayi anda mempunyai diet keperluan yang spesifik atau alergi, pastikan formula anda pilih adalah hipoalergenik atau yang mencapai keperluan spesifik tersebut.

7. Lebih bagus untuk pertimbang jenis konsentrasi cecair atau sedia untuk diminum

Konsentrasi cecair atau formula sedia untuk diminum adalah selalunya lebih mudah dan kurang terdedah kepada pencemaran berbanding formula serbuk. Ia mungkin lebih sesuai untuk bayi pramatang yang mempunyai tinggi risiko pada jangkitan.

8. Pantau dan selaraskan

Nutrisi yang bayi anda perlukan mungkin berubah mengikut tumbesaran mereka. Selalunya berbincang dengan pakar kesihatan anda untuk memantau perkembangan bayi anda dan buat sebarang pelarasan yang diperlukan pada susu formula mereka.

9. Ikut panduan campuran

Jika anda memilih susu formula bentuk serbuk, pastikan untuk ikut panduan campuran dengan berhati-hati untuk memastikan yang formula tersebut disediakan dengan cara yang betul dan selamat.

6 Jenama Susu Untuk Bayi Pramatang Terbaik

Terdapat banyak jenama susu formula bayi di pasar raya dan ia mungkin membuatkan ibu-ibu baru keliru mengenai produk terbaik untuk bayi pramatang.

Namun demikian, memilih susu formula untuk bayi pramatang perlu dibuat dengan doktor pediatrik bayi anda. Walau bagaimanapun, ilmu mengenai pelbagai jenis susu yang ada dapat membantu anda berbincang dengan doktor.

Dibawah ini, kami sediakan senarai yang dapat memberi panduan buat ibu bapa memilih susu terbaik buat bayi pramatang mereka.

Susu Untuk Bayi Pramatang Terbaik
Similac Neosure Rumusan Khas
Terbaik untuk tambah berat badan bayi
Beli di Shopee
Nutricia Neocate LCP
Terbaik untuk bayi alergi susu lembu
Beli di Shopee
Enfalac A+ Rumusan Khas Pramatang
Terbaik untuk tulang yang kuat
Beli di Lazada
Nestle Pre Nan Rumusan Khas Bayi Pramatang
Terbaik untuk membantu masalah cirit birit
Beli di Shopee
Dumex Dupro Preterm
Terbaik untuk kualiti dan harga yang murah
Beli di Shopee
Enfamil Neuro Pro Enfacare
Terbaik menawarkan nutrisi istimewa untuk bayi pramatang
Beli di Shopee

Similac Neosure Rumusan Khas

Susu Untuk Bayi Pramatang Terbaik Untuk Tambah Berat Badan Bayi

Kebanyakan bayi pramatang lahir dengan berat badan yang kecil dan ringan kerana mereka lahir awal dari yang dijangkakan. Susu tambahan pastinya membantu perkembangan bayi untuk membesar dengan sihat.

Susu untuk bayi pramatang dari Similac ini antara yang terbaik dilengkapi dengan formulasi DHA, Lutein dan Nukleotida bagi membantu tumbesaran bayi. Kandungan protein, tenaga, vitamin dan mineral di dalam susu ini lebih banyak berbanding susu bayi yang lain. 

Apa yang kami suka :

  • Memiliki OptiGro untuk perkembangan otak dan mata bayi
  • Mempunyai kalori yang lebih untuk pertumbuhan.
  • Kaya dengan kalsium dan fosforus untuk pertumbuhan tulang bayi
  • Membantu pertambahan berat badan, panjang, dan lilitan kepala untuk bayi pramatang yang lebih baik jika dibandingkan dengan susu formula bayi biasa.

Nutricia Neocate LCP

Susu Untuk Bayi Pramatang Terbaik Untuk Bayi Alergi Susu Lembu

Untuk bayi yang memiliki alergi susu lembu atau intoleransi kepada protein, susu formula ini boleh menjadi salah satu alternatif. Kandungan utamanya diperbuat dari asid amino yang mudah dicerna dan tidak menyebabkan alergi.

Susu formula ini ideal untuk bayi pramatang namun hanya boleh digunakan di bawah pengawasan doktor. Adalah penting untuk sentiasa menghubungi profesional penjagaan kesihatan sebelum membuat sebarang perubahan pada diet bayi anda.

Apa yang kami suka :

  • Jenama dari Australia namun mempunyai status halal
  • Bukan sekadar sesuai untuk bayi yang alah susu lembu sahaja tetapi juga sesuai untuk alahan-alahan makanan yang lain
  • Tidak mempunyai pewarna, gula, dan perasa tambahan
  • Sesuai untuk bayi yang mengalami colic dan acid reflux

Enfalac A+ Rumusan Khas Pramatang 

Susu Untuk Bayi Pramatang Terbaik Untuk Tulang Yang Kuat

Enfalac A+ Pramatang adalah susu berkhasiat yang diformulasikan secara saintifik bagi memenuhi keperluan nutrisi bayi pramatang yang kurang berat badan.

Produk ini menyediakan bekalan tenaga, protein, dan nutrisi penting untuk membantu proses pertumbuhan bayi pramatang.

Kaya dengan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat dan vitamin D bagi membantu badan menggunakan kalsium dan fosforus, paling penting ianya halal dan ibu usah ragu-ragu dengan susu dari jenama ini ya?

Apa yang kami suka :

  • Telah diuji menyokong dalam perkembangan otak bayi
  • Mempunyai prebiotik GOS untuk kesihatan pencernaan bayi.
  • Mempunyai whey protein yang berfungsi untuk melengkapi keperluan nutrisi bayi yang lahir pramatang atau memiliki berat badan lahir rendah.

Nestle Pre Nan Rumusan Khas Bayi Pramatang 

Susu Untuk Bayi Pramatang Terbaik Untuk Membantu Masalah Cirit Birit

Kebanyakan bayi pramatang masih belum mempunyai sistem organ yang lengkap berfungi kerana lahir sebelum waktunya. Jika bayi diberi susu tidak sesuai dengan perut mereka, mereka akan menghadapi masalah cirit-birit.

Dengan keperluan tenaga yang mencukupi serta dapat menambahkan protein dalam badan jika si kecil mengalami dehidrasi akibat cirit-birit. Bayi anda pasti lebih selesa dengan susu ini jika keadaan perut mereka tidak keruan kerana masalah penghadaman.

Susu Nestle Pre Nan ini juga mengandungi DHA dan ARA yang sememangnya bermanfaat kepada bayi pramatang. Bayi yang dilahirkan lebih awal menghadapi risiko kekurangan DHA dan didapati bahawa tahap DHA yang rendah dalam darah mereka akan dikaitkan dengan hasil kesihatan yang buruk.

Apa yang kami suka:

  • Harganya yang berpatutan dan mudah didapati
  • Mendapat review yang bagus dalam kalangan ibu yang telah menggunakannya
  • Pilihan di hospital

Dumex Dupro Preterm 

Susu Untuk Bayi Pramatang Terbaik Untuk Kualiti Dan Harga Yang Murah

Oleh kerana susu untuk bayi khususnya bayi pramatang kebanyakannya agak mahal, masih ada susu berkualiti tinggi untuk bayi berkeperluan khas ini bagi mendapat khasiat dan nutrisi yang terbaik dengan harga berpatutan. 

Susu Dupro Preterm ini adalah susu keluaran Dumex dengan harga berpatutan dan mengandungi zat-zat yang membantu pertumbuhan bayi. Dirumus dengan bahan-bahan yang mengandungi Kalsium, lcFOS, Protein, Vitamin A dan DHA, susu ini boleh menyokong tumbesaran si manja secara menyeluruh.

Jadi ibu ayah yang kurang berkemampuan, usah bimbang ya jika susu ibu tidak mencukupi kerana masih ada susu untuk bayi pramatang yang berkualiti di bawah bajet anda.

Apa yang kami suka :

  • Harganya yang murah
  • Mempunyai kebaikan sama seperti jenama-jenama lain
  • Dumex adalah jenama yang dipercayai sejak dahulu lagi

Enfamil Neuro Pro Enfacare

Susu Untuk Bayi Pramatang Terbaik Menawarkan Nutrisi Istimewa Untuk Bayi Pramatang

Susu Enfamil Enfacare adalah satu jenama yang terkenal dalam menyediakan nutrisi khusus untuk bayi pramatang. Ia direka untuk mencapai peningkatan nutrisi yang diperlukan dalam kalangan bayi pramatang dan menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka.

Yang bagusnya lagi, susu Enfamil Enfacare ini mengandungi kandungan protein, kalori dan nutrisi penting yang tinggi dalam membantu memastikan bayi pramatang mencapai berat yang sepatutnya dan baik untuk perkembangan otak.

Apa yang kami suka:

  • Tinggi nutrisi
  • Mudah hadam
  • Meningkatkan berat badan
  • Rasa yang sedap
  • Jenama yang dipercayai

Perbandingan Harga Susu Untuk Bayi Pramatang Terbaik

Jenama Berat Harga
Similac Neosure Rumusan Khas 370 gram RM43.90
Nutricia Neocate LCP 400 gram RM117.00
Enfalac A+ Rumusan Khas Pramatang  400 gram RM51.15
Nestle Pre Nan Rumusan Khas Bayi Pramatang  400 gram RM33.30
Dumex Dupro Preterm 400 gram RM31.88
Enfamil Neuro Pro Enfacare 386 gram RM204.00

Tips Menyediakan Susu Untuk Bayi Pramatang

  • Ibu harus elakkan daripada memanaskan susu di dalam microwave. Perbuatan ini sangat bahaya kerana susu formula tidak dipanaskan secara sekata dan boleh menghasilkan ketulan yang panas.
  • Cara yang selamat adalah meletakkan botol di dalam air panas dan rasa suhu susu di belakang pergelangan tangan.
  • Selangkan masa untuk bayi sendawa sepanjang penyusuan sehingga susu habis. Bayi yang menyusu dengan botol kebiasaannya menyusu dengan lebih cepat dan menelan lebih banyak udara yang mengakibatkan perut boleh masuk angin.
  • Jangan paksa bayi untuk menghabiskan susu dalam jangka masa yang singkat.

Pentingnya Menjaga Berat Badan Bayi

Kredit gambar: Pampers.com

Kepentingan berat lahir bayi adalah bagi membuat anggaran peluang mereka untuk meneruskan kehidupan. 90% bayi dengan berat sekurang-kurangnya 800 gram mempunyai peluang hidup yang lebih tinggi manakala peratusannya menurun kepada 60% bagi bayi dengan berat hanya 500 gram.

Tidak dinafikan susu ibu merupakan susu terbaik bagi bayi pramatang. Bayi yang hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang mana dalam keadaan sihat selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif.

Akan tetapi, ada bayi pramatang tidak dapat menyusu susu badan secara terus disebabkan oleh kesakitan atau reflek penghisapam-penelanan yang tidak matang dan memerlukan susu formula untuk bayi pramatang sebagai nutrisi tambahan pada peringkat awal umurnya.

Doktor mungkin mengesyorkan formula tambahan yang direka khas untuk bayi pramatang yang mengandungi vitamin dan mineral penting bagi membantu mereka mencapai tahap nutrisi seperti bayi lain serta untuk pertambahan berat.

Bayi pramatang mungkin memerlukan susu formula ini sebagai tambahan kepada susu ibu malah si kecil masih memerlukan suplemen untuk zat besi dan vitamin D walaupun selepas mereka menyusu badan sepenuhnya.

Di hospital, bayi pramatang biasanya akan belajar untuk menghisap, menelan dan bernafas untuk makan secara selamat. Bayi pramatang akan diberikan susu sebanyak 5 ml setiap 3 jam. Sekiranya bayi sudah mula boleh disusukan secara penyusuan badan atau susu botol, bayi tersebut akan mula dibenarkan pulang ke rumah bersama anda. 

Susu ibu tetap pilihan terbaik untuk semua bayi. Jika tumbesaran bayi pramatang anda pada tahap memuaskan, doktor mungkin akan menasihati anda beralih kepada penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Diharap artikel ini dapat membantu ibu ayah membuat pilihan terbaik untuk bayi pramatang anda. Namun begitu, jika terdapat sebarang alahan, sembelit, ruam-ruam dan muntah susu adalah lebih baik anda berbincang segera dengan doktor yang merawat bayi anda.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Terapi Muzik Membolehkan Bayi Pramatang Keluar NICU Awal 2 Minggu! – Kajian

Baca juga:  Keajaiban Susu Badan Terbukti Bagi Perkembangan Otak Bayi Pramatang!

Baca juga:  Perkara Penting Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Kelahiran Pramatang  

Penulis

Farhana Fuad