X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sebak, Bapa Curi 3 Tin Susu Untuk Bayi, Lepas Ditahan Ini Pula Yang Terjadi!

14 Sep, 2021
Sebak, Bapa Curi 3 Tin Susu Untuk Bayi, Lepas Ditahan Ini Pula Yang Terjadi!

Lelaki ditahan di sebuah kedai serbaneka selepas didakwa mencuri tiga tin susu untuk bayi bernilai RM294 hingga ada netizen sanggup nak tolong bayar.

Heboh di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki di Miri, Sarawak yang didakwa mencuri susu untuk bayi yang dikatakan ingin diberikan kepada anaknya.

Kejadian menyayat hati itu mendapat perhatian netizen malah ada yang sanggup menawarkan untuk bayarkan jumlah susu yang dicuri lelaki berkenaan.

Malah tidak kurang juga yang mengutuk tindakan mengambil gambar sedemikian rupa seolah-olah dapat tangkap ‘ikan besar’ katanya. 

Tapi di sebalik simpati netizen, ada juga yang mempersoalkan susu yang dicuri itu terlalu mahal hingga RM294 untuk tiga tin susu. Jika dalam keadaan terdesak, kenapa perlu memilih susu mahalkan? Lebih baik pilih yang murah asal anak dapat minum susu! Lebih-lebih lagi pula hingga tiga tin dicuri. 

Didakwa curi susu untuk bayi berjumlah RM294 , lelaki ditahan polis

susu untuk bayi

kredit: siraplimau

Panas disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Simpati netizen kepada lelaki berkenaan tidak berbaloi nampaknya. Susu formula yang dikatakan dicuri untuk anaknya itu sebenarnya adalah susu formula orang dewasa!

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari dalam satu kenyataan mengesahkan lelaki berkenaan bukan mencuri susu untuk bayi, tetapi susu orang dewasa! Kesian betul netizen tertipu dengan lelaki ini!

Sudahlah curi susu formula untuk orang dewasa, ia untuk dijual semula bagi membeli dadah! Bukan untuk menyara keluarga. Lelaki berkenaan juga merupakan seorang penagih tegar dan mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk mencuri.

Curi sebab nak beli dadah!

Tujuan utama suspek mencuri bukanlah untuk menyara keluarga tetapi untuk dijual bagi mendapatkan hasilnya untuk digunakan bagi membeli dadah!

Sehubungan itu, pihak polis menasihatakan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes itu yang mungkin boleh menganggu siasatan polis. 

Kesempitan hidup bukan alasan mencuri

Pihak polis juga memohon orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut untuk tampil bagi membantu siasatan kes berkenaan. Pihak polis turut menegaskan, mencuri adalah salah disisi undang-undang dan kesempitan hidup bukan satu alasan sah untuk mencuri. 

6 jenis susu yang ada di pasaran

susu untuk bayi

kredit: pa&ma

Susu boleh dikatakan sebagai keperluan asas dalam kehidupan seharian. Boleh dikatakan majoriti masyarakat di Malaysia mahupun luar negara suka minum susu.

Tambahan pula, minuman susu ini berjaya menarik semua golongan masyarakat tidak kira yang muda, yang tua atau kanak-kanak. Disebabkan itu juga, syarikat-syarikat tenusu ini mengeluarkan pelbagai jenis susu yang dipakejkan bagi memikat hati para pengguna.

Minuman susu ini merupakan sumber kalsium yang amat baik selain turut mengandungi vitamin A, B12, riboflavin, fosforus, dan zat besi. Ini menjadikan minuman susu ini merupakan minuman yang sihat.

Akibat daripada permintaan yang tinggi oleh pengguna, syarikat tenusu ini mengambil kesempatan dengan mengeluarkan perlbagai jenis susu sehinggakan kita keliru pula nak pilih susu yang mana.

Banyak betul jenis susu contohnya jenis full cream, low fat, skim milk, fresh milk, susu UHT, susu tepung dan sebagainya.

#1. Susu penuh krim

Susu penuh krim atau full cream milk mengandungi peratusan lemak yang paling tinggi, iaitu sekitar 3.8% secara purata. Disebabkan kandungan lemak yang banyak, susu ini memiliki rasa yang paling lazat berkrim disukai ramai.

Walaupun ramai yang ‘takut’ dengan kandungan lemak yang banyak, namun susu inilah yang paling sesuai untuk anak kecil kerana mereka memerlukan kandungan asid lemak yang terkandung di dalamnya bagi perkembangan optimum tubuh badan mereka.

#2. Susu rendah lemak

Susu rendah lemak atau low fat milk pula mengandungi kurang lemak di dalamnya, iaitu sekitar 1.3% hingga 1.4% secara purata.

Susu ini lebih sesuai bagi anda yang diet atau dalam proses mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengurangkan kadar lemak tepu di dalam tubuh.

#3. Susu skim

Susu skim atau skim milk memiliki jumlah lemak yang paling rendah berbanding susu low fat dan susu full cream, iaitu sekitar 0.15% sahaja.

Jika dibandingkan dengan keduanya tadi, susu skim ini rasanya lebih cair. Namun, ia tetap mengandungi protein dan kalsium seperti susu biasa.

Stories Rakan Kongsi
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why do pregnant and lactating women need DHA supplementation?
Why do pregnant and lactating women need DHA supplementation?

#4. Susu segar

Susu segar atau fresh milk ini boleh dijumpai di bahagian sejuk pasaraya. Berbanding susu UHT yang diletakkan di rak kering, susu segar ini mempunyai tarikh luput yang lebih cepat, biasanya kurang daripada seminggu. Namun dari segi nutrisinya, ia adalah yang lebih baik berbanding susu UHT.

#5. Susu UHT

Kebanyakan jenis susu kotak yang terdapat di pasaran adalah jenis UHT, iaitu Ultra High Temperature yang merujuk kepada proses yang digunakan untuk merawatnya.

Berbanding susu segar, susu UHT mengalami proses pemanasan pada suhu yang lebih tinggi, iaitu pada takat 135 darjah Celsius selama 1-2 saat bagi tujuan pensterilan. Dengan proses ini, jangka hayat susu dapat bertahan sehingga 5-10 bulan tanpa disimpan di tempat sejuk kecuali setelah ia dibuka.

#6. Susu tepung

susu untuk bayi

kredit: milna

Susu tepung diperbuat daripada susu segar yang telah melalui proses pengeringan menjadi bentuk serbuk yang mudah disimpan, senang dibawa ke mana-mana dan tahan lama.

Seringkali susu tepung ditambah dengan zat tertentu seperti vitamin dan mineral bagi meningkatkan kualitinya. Bagi susu formula contohnya, ia dilengkapkan dengan pelbagai formulasi agar sesuai dengan peringkat usia bayi yang memerlukan nutrisi khusus seperti DHA dalam menjamin perkembangannya. Ada juga susu formula untuk orang dewasa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

kredit foto: sarawak voice

Baca juga: Susu Untuk Bayi Baru Lahir Tentunya Susu Ibu, Tapi Tak Semua Ibu Mampu Menyusu Badan!

Baca juga: Tak Menyangka Susu Badan Tiada, Bayi Baru Lahir Rupanya Kelaparan Selama 14 Hari, Ibu Baru Tolong Alert

Baca juga: Bayi Kebuluran Walau Sering Menyusu, Ibu Tak Sedar Susu Sebenarnya Tiada!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sebak, Bapa Curi 3 Tin Susu Untuk Bayi, Lepas Ditahan Ini Pula Yang Terjadi!
Kongsikan:
  • Kesan Kamera Tersembunyi Di Hotel Dengan Aplikasi Percuma Ini, Mudah Digunakan!

    Kesan Kamera Tersembunyi Di Hotel Dengan Aplikasi Percuma Ini, Mudah Digunakan!

  • Teks Panduan Selawat Maulidur Rasul Versi Rumi

    Teks Panduan Selawat Maulidur Rasul Versi Rumi

  • Tips Beli Tiket Flight Murah Yang Ramai Tak Tahu, Mungkin Anda Boleh Cuba!

    Tips Beli Tiket Flight Murah Yang Ramai Tak Tahu, Mungkin Anda Boleh Cuba!

  • Kesan Kamera Tersembunyi Di Hotel Dengan Aplikasi Percuma Ini, Mudah Digunakan!

    Kesan Kamera Tersembunyi Di Hotel Dengan Aplikasi Percuma Ini, Mudah Digunakan!

  • Teks Panduan Selawat Maulidur Rasul Versi Rumi

    Teks Panduan Selawat Maulidur Rasul Versi Rumi

  • Tips Beli Tiket Flight Murah Yang Ramai Tak Tahu, Mungkin Anda Boleh Cuba!

    Tips Beli Tiket Flight Murah Yang Ramai Tak Tahu, Mungkin Anda Boleh Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham