Tanda autisme pada kanak-kanak ada pelbagai. Sebab itu autisme dipanggil sebagai spektrum autism, kerana ia ada pelbagai lapis (dari ringan hingga teruk).
Salah satu jenis autisme yang masih di bawah kajian adalah autisme nonverbal. Apa itu autisme nonverbal?
Bila untuk ketahui anak menghidap nonverbal autisme? Apa tanda-tandanya dan bagaimana untuk anda bantu anak anda?
Jom, hari ini, kami di theAsianparent Malaysia akan membincangkan satu tanda autisme pada kanak-kanak yang jarang diketahui ibu bapa.
Apa itu austisme?
Austisme adalah satu keadaan yang membawa kepada masalah sosial, komunikasi dan sikap. Masalah ini berlainan tahapnya bagi setiap individu.
Dulu, pakar membezakan jenis autisme pada kanak-kanak dengan nama yang berbeza. Tapi, ia dilabel di bawah satu terma: gangguan spektrum autisme (ASD).
Tapi kini, kita sudah tahu yang autisme bukan ada satu jenis saja. Malah, ada variasi kecil antara autisme.
Jadi, setiap orang yang ada autisme memiliki kelebihan dan isu unik mereka yang tersendiri.
Autisme biasanya disebabkan faktor genetik dan alam sekitar. Gangguan ini juga boleh membawa kepada masalah lain seperti:
- masalah dengan keberanian
- sawan
- sukar tidur
- mempunyai masalah dengan deria mereka seperti mengelak beberapa deria spesifik
Tanda autisme pada kanak-kanak: Apa itu autisme nonverbal dan bila anak dikira sebagai nonverbal?
Tanda autisme pada kanak-kanak yang tak diketahui umum atau kurang difahami masyarakat adalah ia boleh membataskan percakapan anak dan menyebabkan autisme nonverbal.
Dianggarkan, satu per tiga kanak-kanak autisme adalah nonverbal. Namun, ramai yang menganggap anak lambat bercakap itu autisme nonverbal. Ini tanggapan yang salah.
Kadang-kadang, kanak-kanak ini masih terlalu muda untuk belajar kemahiran bahasa matang.
Jadi, anak lambat bercakap hanyalah satu fasa dalam perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak ini lambat laun akan mula boleh bercakap.
Namun, kanak-kanak dengan austisme nonverbal lain. Mereka ada kebolehan yang sangat terbatas untuk bercakap atau berkongsi idea.
Mereka mungkin boleh menggunakan beberapa perkataan atau cakap “kereta” yang bermaksud “saya nak pergi ke suatu tempat”, tapi mereka tak boleh memberitahu anda mana tempat yang mereka ingin pergi atau lebih dari itu.
Kanak-kanak dengan autisme nonverbal mungkin akan membesar tanpa boleh bercakap lebih dari beberapa perkataan.
Tapi, ada juga yang boleh bercakap – namun masih belum cukup untuk membentuk satu ayat.
Kadang-kadang, ada yang mungkin bergantung kepada pendekatan lain untuk bercakap seperti menggunakan bahasa isyarat atau menggunakan teks dengan menulis atau menaip, contohnya seperti kes ini.
Tanda autisme pada kanak-kanak: Boleh ke anak dengan autisme nonverbal mula bercakap kelak?
Kajian lepas telah menunjukkan, kanak-kanak dengan autisme nonverbal boleh belajar untuk bercakap di sekolah rendah atau semasa mereka hampir matang.
Kebanyakan kanak-kanak dengan autisme nonverbal telah memperbaiki kekurangan linguistik mereka. 47% dari mereka boleh bercakap dengan lancar dan 70% boleh mengatakan beberapa ayat mudah.
Harapan untuk ibu bapa dengan kanak-kanak autisme nonverbal
Dalam kajian yang sama, pengkaji juga menemui: Kanak-kanak autisme nonverbal dengan IQ yang tinggi dan kurang mempunyai masalah sosial, lebih mudah mengembangkan kemahiran bahasa mereka kelak.
Institut Kesihatan Negara di Amerika juga menyokong kenyataan ini dalam panduan Sekolah Nonverbal Mematangkan Kanak-Kanak dengan Autisme.
Geraldine Dawson, Ketua Pegawai Sains untuk Percakapan Austisme mengatakan, keputusan kajian memberikan ibu bapa harapan yang “anak mereka yang lambat bercakap akan boleh bercakap” kemudian.
Apa yang bahaya jika kanak-kanak dengan autisme nonverbal tak menunjukkan sebarang tanda kemajuan dalam percakapan mereka.
Jadi, ajar anak anda untuk berkomunikasi secara efektif melalui cara nonverbal.
Tanda autisme pada kanak-kanak: 4 tip ajar anak berkomunikasi secara efektif
Berkomunikasi adalah asas perhubungan. Tapi, kebanyakkan orang berkomunikasi dengan bercakap.
Jadi, ia agak mencabar bagi kanak-kanak dengan autisme nonverbal. Walau bagaimanapun, ada beberapa cara yang boleh anda buat untuk berinteraksi dan bermain dengan anak autisme nonverbal.
#1 – Cuba guna aksi fizikal
- Dorong anak untuk pegang objek berbanding hanya tunjuk objek tersebut.
- Anda juga boleh tunjuk pada objek dan mereka “tanda” dengan mata mereka.
- Cakap beberapa perkataan dengan melebih-lebihkan tona percakapan juga akan memudahkan anak dengan autisme nonverbal untuk faham apa yang anda cuba beritahu.
#2 – Bermain dengan mereka
- Biar anak main permainan yang memerlukan sentuhan. Cara yang bagus untuk mulakan adalah beri mereka bermain tanah liat dengan warna berbeza. Biar mereka main sambil anda kenalkan nama-nama warna.
- Semasa bermain, jangan jauhkan diri dengan anak anda – dekatkan diri anda supaya mereka boleh terus fokus.
#3 – Susun dan cantum
Susun dan camtum boleh mengembangkan kemahiran visual, motor dan kognitif. Ini beberapa tip berguna:
- Jangan susahkan permainan. Buat permainan jadi mudah hingga mustahil untuk anak dengan autisme nonverbal buat kesilapan.
- Berikan mereka objek berlainan untuk mereka susun seperti bola dan sudu. Ini akan buat mereka lebih jelas dengan perbezaan dan persamaan antara objek.
#4 – Terapi
Anda boleh cuba membuat terapi termasuk terapi percakapan, campur tangan sikap dan muzik untuk menggalakkan kebolehan linguistik mereka.
Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk membantu anak dengan autisme nonverbal ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga: 9 Ciri Autisme Yang Boleh Dilihat Pada Anak, No.6 Paling Tak Sangka