X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

PENTING! Tanda Bibir Bayi Kering/Nursing Blister Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

5 min bacaan
PENTING! Tanda Bibir Bayi Kering/Nursing Blister Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Adakah bayi anda mempunyai tanda bibir bayi kering atau nursing blister? Sedang mencari cara untuk merawat bibir bayi kering? Baca selanjutnya disini.

Pernah tak ibu ayah pelik nampak bibir bayi bahagian atas mengelembung di tengah-tengah? Nampak macam blister pun ada. Adakah itu tanda bibir bayi kering?

Agak-agak ibu dan bapa tahu tak apa punca yang menyebabkan bibir bayi mengalami keadaan seperti itu? Kalau anda tidak tahu, kami akan terangkan dalam perkongsian kali ini.

Tanda bibir bayi kering 

PENTING! Tanda Bibir Bayi Kering/Nursing Blister Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Kredit: Pexels

Untuk pengetahuan ibu bapa semua yang risau bila melihat bibir anak mereka yang comel itu kering, anda janganlah bimbang ya. Ini kerana bagi bayi yang baru lahir, bibir mereka akan kelihatan kering sedikit dan ini merupakan satu keadaan yang biasa berlaku untuk bayi yang masih kecil. 

Tanda bayi mempunyai bibir kering jelas ternampak pada bibirnya. Bahagian kulit bibir yang kering, luka pada bibir yang kering, tanda kemerahan dan juga mungkin kulit di sekitar bibir bayi nampak hitam sedikit. 

Punca bibir bayi kering

Punca bibir bayi kering boleh jadi beberapa sebab. Antaranya ialah bayi kerap menjilat bibir sehingga bibir kering ataupun bayi suka menghisap bibir. Faktor lain menyebabkan bayi mempunyai bibir kering adalah disebabkan faktor cuaca seperti cuaca kering atau terlampau panas. Kurang air pun boleh jadi satu faktor juga. 

Kalau kita yang dewasa ini pun tidak selesa bila bibir kering. Apatah lagi untuk anak kecil kan? Walaupun perkara ini bukanlah suatu perkara yang perlu ibu bapa risaukan tetapi pada masa yang sama, ianya perlu dirawat dengan segera kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan pada bayi terutamanya pada waktu menyusu ataupun sewaktu bayi tidur. 

Malah, pada masa yang sama kalau bayi bermain-main dengan bibir kering tersebut sehingga berdarah pun bahaya juga kerana ia boleh menyebabkan masalah yang jauh lebih serius.

Kita sudah mengetahui mengenai bibir bayi yang kering. Sekarang ini, pasti ibu bapa tertanya-tanya apakah maksud nursing blister untuk bibir bayi. Jom kita baca. 

Bila bayi mempunyai nursing blister pada bibir

tanda bibir bayi kering

Foto: Medical News Today

Kalau bayi ada bibir kering, bayi juga boleh mendapat nursing blister. Bila bayi mempunyai nursing blister, bahagian bibir atas bayi kelihatan seperti mempunyai gelembung dan ianya juga boleh berlaku pada bahagian bawah. Kadang-kadang, anda boleh jadi tak perasan tau.

Bibir bayi juga boleh kelihatan menggulupas seperti bibir bayi yang kering dan tanda nursing blister yang paling ketara adalah 

Kebiasannya, bibir nursing blister ini terhasil disebabkan oleh menyusu badan dan boleh juga terjadi akibat menghisap susu botol dengan terlalu kuat. Bila bayi terlalu kuat sangat menghisap susu badan, ia akan mengakibatkan bibir bayi lepur.

Sama seperti bibir bayi kering, ianya juga tidak membahayakan bayi! Dan, ianya akan hilang dengan sendirinya. Bibir bayi yang mempunyai nursing blister ini juga berlaku pada awal bayi menyusu. Dan lama kelamaan bayi tidak akan mempunyai nursing blister lagi. 

Tips penting untuk bibir bayi kering dan nursing blister

PENTING! Tanda Bibir Bayi Kering/Nursing Blister Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Kredit: Pixabay

Bibir bayi yang kering ataupun bibir bayi yang mempunyai nursing blister bukan suatu perkara yang besar untuk bayi tapi anda sebagai ibu bapa masih boleh memberikan rawatan untuk bibir bayi anda agar kembali comel seperti sedia kala.

Anda boleh memilih untuk menggunakan cara semulajadi atau memilih cara yang tidak tradisional. Terpulang kepada anda! Mari kita baca tips untuk memulihkan bibir bayi kering dan tips menghalang nursing blister.

Rawat bibir bayi kering

#1 Letak susu ibu pada bibir bayi

Anda tidak perlu letak banyak-banyak susu pada bibir bayi. Cukuplah sekadar susu pada kawasan yang kering sahaja. Tahukah anda susu ibu boleh melawan bakteria dan boleh memulihkan kulit.

#2 Beri bayi susu secukupnya

Anda mungkin tidak memberikan anak anda susu sehingga menyebabkan bibir bayi anda kering. Pastikan anda telah memberikan bayi dengan susu mengikut keperluan sehariannya. 

#3 Kekalkan suhu bilik agar kekal lembab

Udara panas menyebabkan bibir bayi kering. Jadi, anak kena pastikan bahawa suhu di dalam rumah ataupun bilik tidak terlalu lembab. Kalau anda nak pakai penyaman udara lagilah baik untuk mencegah bilik kering.

#4 Letakkan minyak kelapa pada bibir bayi

Anda juga boleh menggoleskan minyak kelapa pada bibir bayi untuk bibir bayi yang kering. Ini kerana minyak kelapa mengandungi asid laurik yang boleh membantu bayi membina imunisasi badan. 

Nursing blister

#1 Galakkan bayi buka mulut dengan puting

Sebelum bayi anda menyusu, pastikan anak anda buka mulutnya luas-luas dahulu dengan menggeletek mulut bayi anda dengan puting. Buat berulang kali sehinggalah anak anda boleh membuka mulutnya luas. Ini akan menggalakkan anak anda untuk menyusu dengan baik. Apabila bayi buka mulut sahaja, perlahan-lahan masukkan puting untuk bayi anda menyusu.

#2 Halang nursing blister apabila minum susu botol

Betulkan kedudukan anak anda menyusu botol. Pastikan anak anda tidak berada dalam keadaan botol yang menekan bibirnya sewaktu menyusu. Apabila bayi menghisap susu botol terlalu laju, ia juga boleh menyebabkan blister. Perlahankan kadar anak anda menyusu dengan paced bottle feeding supaya anak anda boleh minum dengan perlahan. Selain itu, jangan lupa untuk melihat saiz puting bayi agar bersesuaian dengan mulut bayi.

Sumber: Healthline dan Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:  Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • PENTING! Tanda Bibir Bayi Kering/Nursing Blister Yang Ibu Bapa Wajib Tahu
Kongsikan:
  • Wahai Ibu Ayah, Ketahui Bahaya Tabiat Mencium Bibir Bayi, Ini Sebabnya

    Wahai Ibu Ayah, Ketahui Bahaya Tabiat Mencium Bibir Bayi, Ini Sebabnya

  • Top 7 Selebriti Yang Memiliki Bibir Mungil & Seksi, Mereka Ini Memang Cantik Semula jadi!

    Top 7 Selebriti Yang Memiliki Bibir Mungil & Seksi, Mereka Ini Memang Cantik Semula jadi!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Wahai Ibu Ayah, Ketahui Bahaya Tabiat Mencium Bibir Bayi, Ini Sebabnya

    Wahai Ibu Ayah, Ketahui Bahaya Tabiat Mencium Bibir Bayi, Ini Sebabnya

  • Top 7 Selebriti Yang Memiliki Bibir Mungil & Seksi, Mereka Ini Memang Cantik Semula jadi!

    Top 7 Selebriti Yang Memiliki Bibir Mungil & Seksi, Mereka Ini Memang Cantik Semula jadi!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.