Rasa Tidak Sedap Badan & Mual, Take Note Beberapa Tanda Nak Hamil Vs Period Ini!

Tanda nak hamil vs period buat ramai wanita keliru, lebih-lebih lagi jika baru mendirikan rumah tangga. Namun perhatikan simptom berbeza ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda nak hamil vs period awal bulan tidak dinafikan boleh mengelirukan para wanita sebenarnya. Anda akan berasa keliru ketika datang bulan/period, tetapi akhirnya mengandung. Bagaimanakah cara untuk membezakan sama ada anda positif hamil, ataupun ianya merupakan simptom datang bulan?

Tanda Nak Hamil vs Period Adalah Hampir Sama

Untuk pengetahuan umum, kedua-dua ini sama ada kehamilan ataupun period merupakan perkara yang terhasil daripada proses yang sama iaitu ovulasi. Ovulasi merupakan tempoh ovari melepaskan sel telur matang untuk disenyawakan dengan sperma.

Ovulasi juga dikenali sebagai waktu subuh iaitu fasa yang dialami oleh wanita sihat pada setiap bulan.

Walau bagaimanapun, sekiranya tiada sperma yang menyuburkan telur yang dilepaskan, maka bermulalah tempoh kedatangan period seseorang wanita itu.

Perbezaan Tanda Nak Hamil vs Period

Bagi membezakan antara tanda-tanda hamil atau simptom datang bulan tidak begitu sukar. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat perbezaan yang kami senaraikan di bawah ini:

1. Sakit Payudara

Hamil atau period akan membuatkan anda mengalami kesakitan payudara dan mungkin bengkak. Anda juga akan merasai payudara seperti lebih berat, padat dan keras apabila disentuh.

Hamil: Untuk tempoh satu hingga dua minggu selepas persenyawaan, kesakitan ini mungkin dirasai sepanjang tempoh kehamilan dan hanya akan berhenti selepas melahirkan anak.

Period: Ia hanya berlaku dalam tempoh sementara. Biasanya satu atau dua hari sebelum period. Rasa sakit pula akan mulai berhenti pada hari pertama period.

2. Abdomen Kejang

Majoriti wanita akan merasai kekejangan ini setiap kali tiba waktu period. Tapi, ianya boleh juga menjadi tanda-tanda positif kehamilan.

Hamil: Situasi kekejangan abdomen kerana proses implantasi embrio. Kebiasaannya, kekejangan ini cenderung berpusat pada satu bahagian.

Contohnya, jika telur disenyawakan, ia dilekatkan pada sisi kanan rahim, kekejangan akan lebih ketara pada bahagian berkenaan. Kekejangan ini biasanya berlaku untuk tempoh sementara dan akan kembali reda selepas beberapa jam.

Period: Wanita yang mengalami PMS disebabkan oleh kekejangan pada bahagian otot-otot rahim. Kesakitan yang dirasai ini juga akan lebih tertumpu pada bahagian bawah dan ada kalanya sakit ini akan mulai merebak sehingga ke bahagian belakang badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Tanda Nak Hamil vs Period: Tompokan Darah

Tompokan darah boleh berlaku pada awal kehamilan yang dipanggil pendarahan implan. Tetapi ada juga menganggap ianya sebagai hari pertama period.

Hamil: Jika positif hamil, darah yang muncul hanya setitik dua. Warna pula cenderung berwarna merah jambu atau cerah kekuningan. Ia dipanggil sebagai implantasi dan berlaku dalam tempoh 10-14 hari selepas persenyawaan. Tempoh keluar darah ini kebiasaannya di antara 1-2 hari dan tidak akan berlanjutan sehingga 5-7 hari.

Period: Anda tidak akan mengalami sebarang tompokan atau bintik-bintik darah. Pendarahan hanya akan keluar pada hari pertama haid. Darah pula cenderung berwarna gelap dan pekat. Malah, ada masanya disertai gumpalan darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Mual atau Muntah

Morning sickness atau rasa mual adalah salah satu tanda kehamilan yang sering muncul dalam beberapa minggu pertama. Adakah ia juga boleh berlaku semasa period?

  • Hamil: Morning sickness (rasa loya di waktu pagi) adalah tanda awal kehamilan. Ia biasanya berlaku beberapa minggu selepas persenyawaan dan tidak berkaitan dengan haid.
  • Period: Biasanya, mual atau muntah bukan tanda period, melainkan ia berkaitan dengan masalah kesihatan lain.

5. Perubahan Mood

Perubahan mood adalah perkara biasa yang berlaku sebelum haid, namun kehamilan juga boleh menyebabkan perubahan emosi yang ketara. 

  • Hamil: Perubahan emosi yang ketara disebabkan oleh perubahan hormon boleh berlaku pada awal kehamilan, dan anda mungkin mudah terasa atau lebih sensitif.
  • Period: Mood swing juga biasa sebelum haid, terutamanya bagi mereka yang mengalami sindrom prahaid (PMS), tetapi ia cenderung kembali normal setelah haid bermula.

6. Kelewatan Haid

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur, kelewatan haid boleh menjadi satu tanda yang ketara. Namun, adakah kelewatan ini petunjuk kehamilan atau hanya kitaran haid yang sedikit terganggu?

  • Hamil: Ini antara tanda paling ketara. Jika kitaran haid anda biasanya teratur tapi tiba-tiba lambat, ia mungkin tanda awal kehamilan. Tubuh anda mula menghasilkan hormon yang menghentikan haid.
  • Period: Walaupun sesetengah wanita juga alami kelewatan haid sebelum period, kelewatan ini biasanya hanya beberapa hari dan tidak terlalu lama.

7. Kelewatan Haid

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur, kelewatan haid boleh menjadi satu tanda yang ketara. Namun, adakah kelewatan ini petunjuk kehamilan atau hanya kitaran haid yang sedikit terganggu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Hamil: Ini antara tanda paling ketara. Jika kitaran haid anda biasanya teratur tapi tiba-tiba lambat, ia mungkin tanda awal kehamilan. Tubuh anda mula menghasilkan hormon yang menghentikan haid.
  • Period: Walaupun sesetengah wanita juga alami kelewatan haid sebelum period, kelewatan ini biasanya hanya beberapa hari dan tidak terlalu lama.

8. Keletihan

Merasa sangat letih boleh menjadi tanda anda mengandung, tetapi ia juga boleh berlaku sebelum haid. 

  • Hamil: Rasa letih yang melampau adalah tanda biasa kehamilan awal, disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron yang menyokong kehamilan.
  • Period: Rasa letih juga boleh berlaku sebelum haid, tetapi biasanya tidak terlalu melampau dan berkurang selepas haid bermula.

9. Perubahan Selera Makan

Kedua-dua kehamilan dan haid boleh mempengaruhi selera makan anda, tetapi perbezaan utama adalah cara tubuh anda memberi tindak balas terhadap makanan.

  • Hamil: Anda mungkin rasa lebih mengidam makanan tertentu atau tiba-tiba tak tahan dengan bau atau rasa makanan yang biasa anda suka.
  • Period: Sesetengah wanita mengidam makanan manis atau berlemak sebelum haid, tapi ia tidak disertai dengan rasa loya yang ketara.

Oleh itu, untuk memastikan bahawa anda benar-benar positif hamil, cara terbaik adalah melakukan ujian kehamilan. Ini kerana ciri-ciri di atas mungkin berbeza dengan tindak balas badan seseorang.

Ujian Kehamilan

Ujian ini mengesan hormon hCG, yang hanya dihasilkan apabila seseorang wanita hamil.

Terdapat dua jenis ujian kehamilan yang biasa digunakan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Ujian Kehamilan di Rumah

Ujian kehamilan di rumah sangat mudah didapati di farmasi dan boleh dilakukan sendiri di rumah. Ia sangat mudah. Hanya dengan mencelupkan alat ujian ke dalam air kencing atau meletakkan air kencing pada alat tersebut, anda boleh mendapatkan keputusan dalam beberapa minit.

Ujian ini paling berkesan dilakukan selepas kelewatan haid.

2. Ujian Darah di Klinik

Ujian darah kehamilan yang dilakukan di klinik lebih tepat kerana ia boleh mengesan hormon hCG pada tahap yang lebih awal berbanding ujian kehamilan di rumah.

Ujian ini biasanya dilakukan oleh doktor untuk kepastian yang lebih tinggi, terutamanya jika keputusan ujian di rumah tidak jelas.

Bilakah Masa Terbaik Untuk Lakukan Ujian Kehamilan?

Masa terbaik untuk melakukan ujian kehamilan ialah selepas kelewatan haid. Ini kerana tahap hormon hCG masih rendah di awal kehamilan dan mungkin sukar untuk dikesan jika ujian dilakukan terlalu awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda melakukan ujian terlalu awal dan hasilnya negatif, tetapi anda masih mengalami simptom kehamilan, anda boleh cuba melakukan ujian semula beberapa hari kemudian.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tanda Hamil Yang Paling Ketara, Tak Sampai Satu Bulan Dah Boleh Nampak

Baca juga: Selain Suka Makanan Manis, Ini 11 Tanda Hamil Anak Perempuan Sering Dialami Ibu!

Penulis

Murns A.