X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tangga Eskalator Bukan Tempat Untuk Anak Bermain, Ibu Jangan Leka Ketika Shopping!

26 Apr, 2022
Tangga Eskalator Bukan Tempat Untuk Anak Bermain, Ibu Jangan Leka Ketika Shopping!

Tangga eskalator bukan tempat mainan untuk kanak-kanak, malah banyak kejadian tidak diingini berlaku disebabkan oleh kecuaian ibu ayah

Kejadian tidak diingini melibatkan kanak-kanak di tangga eskalator sudah banyak kali dilaporkan di media massa. Malah, sejak dahulu lagi berita menyedihkan itu kerap dipaparkan di portal berita dan surat khabar namun seperti tiada kesudahannya.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tangga eskalator bukan mainan kanak-kanak
  • Didik anak cara betul guna eskalator
  • Netizen senada pendapat

Dalam masa sama, sudah banyak kali juga peringatan, nasihat dan kempen diberikan kepada ibu dan ayah berhubung bahaya penggunaan eskalator oleh kanak-kanak tanpa pengawasan mereka. Jika diperhatian kemudahan eskalator terutama di pusat beli-belah, juga telah diletakkan amaran waspada supaya ibu dan ayah peka sewaktu menggunakannya bersama anak. 

Tangga bergerak atau eskalator bukan mainan kanak-kanak

tangga bergerak

Menerusi hantaran Facebook Public Health Malaysia, pihak tersebut memberi peringatan bahawa eskalator adalah tempat yang berisiko untuk kanak-kanak malah, beberapa tahun lalu, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun maut akibat terjatuh dari tingkat dua sehingga ke aras tempat letak kereta paling bawah akibat bermain di eskalator yang sedang bergerak.

"Mangsa dilihat bermain dengan tempat pemegang tangan (susur tangan) eskalator yang bergerak ke atas sebelum tubuh kecilnya ikut tertarik oleh pergerakan susur tangan tersebut hingga hilang kawalan.

"Dalam kes yang berbeza, seorang kanak kanak malang menghulurkan kepala untuk melihat ke bawah sebelum tersepit di antara eskalator yang sedang bergerak dengan dinding di sebuah pusat beli-belah," katanya pada hantaran tersebut.

Didik anak cara betul guna eskalator

tangga bergerak

Berikutan itu, pihak tersebut turut mengingatkan, eskalator ialah suatu jenis kemudahan pengangkutan yang mengangkut penumpang dari satu tingkat kepada satu tingkat lain di dalam sesebuah bangunan seperti di kompleks membeli-belah.

"Bagi kanak kanak, ia kelihatan seperti satu permainan yang menyeronokkan tanpa mengetahui risiko bahaya yang menanti.

"Didik anak menggunakan eskalator dengan cara yang betul sejak awal lagi untuk mengelakkan kemalangan dan mengubah persepsi mereka bahawa ia bukan permainan," tegas mereka.

Netizen senada pendapat

tangga bergerak

Menjengah pada komen dan maklum balas netizen, mereka senada dengan pendapat berhubung bahaya dan risiko penggunaan eskalator oleh kanak-kanak tanpa pengawasan ibu dan ayah atau orang dewasa".  Antara komen dapat dilihat ialah: 

"Itu yang kadang-kadang melalak masa naik eskalator sebab marahkan anak, Tepukkan tangan anak sebab sibuk nak pegang susur tangan eskalator tu. Geram betul rasa, lepas tu pantang nampak eskalator, nak ajak naik sahaja". 

"Pernah tegur budak main-main kaki dia dekat berus eskalator tepi-tepi tu. Bila tegur, ibu ayah dia jeling-jeling, semua benda tak boleh nak tegur, haih".

"Berbuih bagi kempen sana sini tapi bab mentaliti barbaric kebanyakan mak ayah, tak guna juga kalau eskalator itu dah ada macam-macam ciri-ciri keselamatan".

"Sedih dan pelik macam mana kanak-kanak boleh anggap eskalator tu tempat bermain dan tak bahaya? Saya dari kecil sampai sekarang takut eskalator. Rasanya semua tempat yang ada eskalator patut letak penghadang plastik jernih tu, letak dari hujung kes hujung eskalator buat macam terowong supaya mereka tak boleh nak tengok ke luar dan tepi eskalator". 

Facebook Public Health Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: (Video) 2 Beradik TERHUMBAN Jatuh Di Eskalator Bersama Stroller Ketika Ibu Leka Cuba Pakaian

Baca juga:  Budak Jatuh Eskalator 4 Tingkat Ketika Ibu Leka Di Kerusi Urut Mall, Sadisnya!

Baca juga:  Kanak-kanak parah, jatuh ketika naik eskalator: Bagaimana anda boleh mengelakkannya

Stories Rakan Kongsi
Experience Is The Best Teacher, Just Ask A Freestyler
Experience Is The Best Teacher, Just Ask A Freestyler
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-ibu, dapatkan Baucar RM15 Shopee Anda Sempena "Mom’s Day Off" - Super Brand Day! 19-21 April 2021
Ibu-ibu, dapatkan Baucar RM15 Shopee Anda Sempena "Mom’s Day Off" - Super Brand Day! 19-21 April 2021

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tangga Eskalator Bukan Tempat Untuk Anak Bermain, Ibu Jangan Leka Ketika Shopping!
Kongsikan:
  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.