Tapai Pulut Memang Sedap, Tapi Boleh Menyebabkan RISIKO Kepada Bayi Dalam Kandungan

Tapai merupakan sejenis makanan yang cukup terkenal bagi masyarakat Melayu. Namun begitu ramai yang mengatakan tentang bahaya tapai bagi wanita hamil, benarkah?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elak makan tapai ketika hamil antara pantang larang yang sering dipesan oleh orang tua. Ramai sebenarnya wanita yang berbadan dua akan tercengang juga dibuatnya hingga tertanya-tanya apakah risiko yang boleh berlaku sekiranya makan pulut tapai ini.

Ada dua jenis tapai iaitu tapai pulut dan tapai ubi. Tapai pulut paling dicari berbanding tapai ubi. Ada macam-macam rasa apabila menikmati tapai ini. Rasa masam-masam manisnya yang buatkan kita rasa nak makan dan makan lagi. 

Kebiasaannya hidangan ini amat sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut. Tetapi, kenapa ibu mengandung tidak digalakkan makan tapai, ya?

Risiko makan tapai ketika hamil- Apa anda perlu tahu

Lumrah wanita hamil yang pastinya kadang kala mengidam nak makan yang bukan-bukan. Ada teringin nak makan sate rusa, cendol pulut, laksa Johor dan macam-macam lagi yang mereka mengidam nak makan.

Tak kurang juga yang mengidam nak makan tapai pulut atau tapai ubi. Tapi sebelum rasai juadah ini Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan tentang pengambilan tapai semasa mengandung. 

Berikut penjelasan lanjut daripada beliau sendiri.

“Makanan yang ditapai biasanya akan mengeluarkan sebahagian kecil alkohol termasuklah tapai beras dan ubi. Hal ini kerana, proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol. Penghasilan alkohol pula dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak membuatkan seseorang mabuk dan berlaku akibat kesan sampingan semasa proses penapaian secara semulajadi,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dr Zubaidi menambah, sedikit sukar untuk menentukan berapa banyak alkohol yang dihasilkan dari tapai pulut.

Namun beliau menasihatkan agar wanita hamil tidak mengambil makanan yang mempunyai alkohol walaupun sedikit sahaja. Paling tidak semasa tiga bulan pertama semasa kehamilan.

Seperti air tapai ini, ia mengandungi alkohol yang dibenarkan dan cepat sampai kepada bayi dalam rahim melalui plasenta.

Untuk wanita hamil yang agak sensitif dan suka makan tapai ia boleh mengakibatkan kelahiran gugur semasa di awal kehamilan. Ataupun bersalin paramatang semasa di hujung kehamilan.

Kesan pengambilan alkohol berlebihan ketika hamil

Pengambilan alkohol berlebihan ketika hamil, adakah ia memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan? Menurut kajian, walaupun seorang ibu hamil hanya mengambil minuman beralkohol sehari sekali pun sudah menjejaskan pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara kesan pengambilan alkohol berlebihan untuk ibu hamil ialah:

Menyebabkan keguguran 

Keguguran pada usia kandungan sebelum minggu ke-20 kehamilan boleh berlaku jika ibu tidak berhenti tabiat mengambil minuman keras. 

Kelahiran pramatang 

Jika bayi dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan. Ia akan memberikan risiko tinggi kepada kelahiran bayi pramatang. Beberapa masalah kesihatan yang serius mungkin terjadi ketika dalam kandungan dan selepas kelahiran berlaku. 

Berat bayi kurang dari bayi normal

Bayi yang dilahirkan mempunyai masalah kurang berat daripada kelahiran bayi normal iaitu kurang dari 2.5kg. 

Kelahiran mati

Selepas 20 minggu kehamilan, bayi berisiko tinggi meninggal dalam kandungan atau kelahiran mati jika ibu minum alkohol.

Fetal alcohol spectrum disorders (FSAD)

Ketidakupayaan intelek dan perkembangan bayi adalah salah satu masalah yang berkaitan dengan penyakit ini. Ia akan menyebabkan mereka sukar untuk belajar, berkomunikasi, menjaga diri dan bergaul dengan orang lain. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengambilan alkohol ketika hamil secara berlebihan juga akan mendedahkan anak anda kepada 428 jenis penyakit. 

Merosakkan sel otak dan sistem saraf bayi

Jika ibu hamil makan terlalu banyak tapai ia boleh memberi risiko kerosakan kepada sel-sel otak dan sistem saraf bayi.

Setelah membesar, anak tersebut dibimbangi mengalami masalah pembelajaran dan masalah memori.

Kalau teringin sekalipun, ambil jumlah yang sedikit untuk hilangkan rasa mengidam dan jangan sesekali ambil dalam kuantiti yang banyak sekaligus memudaratkan kandungan kelak.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapai adalah makanan tradisional dibuat daripada pulut yang cukup terkenal dalam Masyarakat Melayu. Sekiranya anda benar-benar mengidam untuk makan, kami cadangkan makan selepas bersalin sahaja.

Ya, kedengaran agak mustahil tetapi lebih baik berjaga-jaga sebelum ada apa-apa yang tidak diingini terjadi bukan?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Dr Zubaidi Hj Ahmad, Iluminasi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Benarkah Mandi Lama-Lama Dalam Pantang Boleh Jadi Bentan, Doktor Ini Ada Jawapannya!

Baca juga: 13 Mitos Ibu Hamil Yang Selalu Orang Percaya, Namun Ia TERBUKTI Tidak Benar!

Baca juga: 6 Jenis Ikan Tak Boleh Makan Ketika Hamil, Ibu-Ibu Sila Take Note!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan