TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Awas Ibu Ayah, Jangan Sesuka Hati Cuci Telinga Bayi, Ada Caranya!

4 min bacaan
Awas Ibu Ayah, Jangan Sesuka Hati Cuci Telinga Bayi, Ada Caranya!

Lubang telinga bayi yang kecil menyukarkan ibu dan ayah untuk membersihkannya, jadi mungkin anda membiarkan telinga bayi tanpa pembersihan. Walaupun begitu, kebersihan cahaya mata anda perlu dijaga rapi. Oleh itu kami berkongsi cara bersihkan telinga bayi yang paling mudah bagi anda.

Kebersihan dan dandanan bayi adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh ibu dan bapa supaya si manja membesar dengan baik. Walau bagaimanapun, ramai ibu bapa yang tidak mengambil berat hal penjagaan telinga anak dan tidak tahu pun cara bersihkan telinga bayi mereka!

Adakah sebab mereka berfikir bahawa si manja tidak akan mempunyai masalah pendengaran walaupun telinga mereka tidak dibersihkan? Atau adakah para ibu bapa risau hendak mengorek telinga anak oleh sebab lubang telinga yang terlalu kecil?

Walau apa pun alasannya, anda perlu membersihkan telinga si manja! Sebenarnya, ia tidaklah sesukar dan menakutkan seperti yang disangka.

Bagaimana Cara Bersihkan Telinga Bayi Saya?

telinga bayi, cuci telinga bayi

Foto: Kumparan

Dengan pembersihan telinga bayi, anda tidak perlu mengorek pun telinga mereka! Sekiranya anda perasan bahawa si manja mempunyai tahi telinga, biarkan sahaja.

Badan si manja menghasilkan tahi telinga dalam kuantiti yang sihat bagi si manja. Ia adalah bahan asli yang dihasilkan oleh badan kita untuk menghalang air serta debu dan habuk dari memasuki telinga dalam jumlah yang terlalu banyak.

Sekiranya tahi telinga bayi terlalu banyak, ia akan keluar sendiri. Oleh sebab itulah anda perlu membersihkan bahagian luaran telinga bayi, dan bukan dalam telinga!

#1. Cara membersihkan luar telinga si manja

    • Gunakan kapas lembut yang telah dilembapkan atau kain lembut yang telah direndam ke dalam air suam. Pastikan kain dan kapas telah diperah terlebih dahulu.
    • Gosokkan luaran telinga bayi serta sekeliling telinga mereka. Pastikan tiada air yang memasuki telinga si manja.
    • Jangan memasukkan kapas atau kain ke dalam telinga bayi untuk membersihkannya! Ia boleh merosakkan saluran dan gegendang telinga anak.

Nah, semudah itu sahaja untuk membersihkan telinga cahaya mata anda. 

Walau bagaimanapun, jika bayi anda sering meragam dan menarik-narik telinga mereka, ia mungkin petanda bahawa tahi telinga mereka dihasilkan dalam kuantiti yang terlalu banyak. Jadi, ini caranya untuk membersihkan dalam telinga bayi.

#2. Cara membersihkan dalam telinga si manja

telinga bayi, cuci telinga bayi

Foto: theAsianparent ID

    • Baringkan si manja dalam posisi di mana telinga mereka yang terkesan menghadap atas
    • Dengan lembut, tarik sedikit cuping telinga bayi bagi membuka saluran telinga si manja
    • Titiskan ubat telinga ke dalam telinga si manja seperti yang telah dinasihati oleh pakar kanak-kanak anda
    • Baringkan si manja seperti biasa dalam durasi 10 minit, dan kemudian posisikan si bayi di mana telinga yang telah dititiskan ubat menghadap ke bawah
    • Biarkan cecair tersebut bersama tahi telinga bayi yang telah dicairkan mengalir ke atas kain atau tisu
    • Pastikan anda menggunakan ubat telinga kepada si manja sekiranya dinasihati oleh pakar kanak-kanak anda sahaja!

Jarang sekali bagi seorang bayi untuk mengalami penghasilan tahi telinga yang terlalu banyak, tetapi sekiranya ia terjadi, terdapat beberapa faktor mengapa si manja anda boleh terkesan.

  • Menggunakan pengorek telinga. Adakah anda pernah mengorek telinga bayi menggunakan pengorek telinga atau cotton bud? Ya, memang ada pengorek telinga bersaiz kecil yang boleh anda gunakan tetapi ia sebenarnya hanya menolak masuk tahi telinga lebih dalam berbanding mengeluarkannya.
  • Menolak tahi telinga dengan sendiri. Si manja anda mungkin telah berasa ketidakselesaan pada telinga dan menyumbat jari mereka sendiri ke dalam lubang telinga. Ini juga boleh menyebabkan tahi telinga tertolak lebih ke dalam.
  • Memakai penyumbat telinga. Ibu bapa si manja mungkin seorang ahli muzik, dan bunyi-bunyian yang kuat itu boleh merosakkan deria pendengaran si manja. Oleh sebab itu, mereka telah memakaikan penyumbat telinga kepada si manja bagi melindungi pendengaran tetapi ia hanya menyebabkan tahi telinga terkumpul dengan lebih banyak.

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Bersihkan Telinga Anak?

telinga bayi, cuci telinga bayi

Foto: theAsianparent ID

Anda boleh membersihkan telinga si manja selepas waktu mandi setelah anda siap mendandan si manja. Yalah, kasihan pula si manja anda kesejukan jika anda bersihkan telinga mereka semasa mereka masih tidak berbaju.

Sesetengah kanak-kanak akan meragam sekiranya mereka disentuh dan dibersihkan, jadi pilihlah waktu yang sesuai untuk anda bersihkan si manja seperti waktu mereka sedang tenang selepas penyusuan atau ketika mereka sedang tertarik dengan televisyen.

Akhir kata dari kami, ia sangat penting untuk ibu dan ayah menitikberatkan kebersihan telinga si manja. Ia tidaklah sukar, malah ia juga bagus untuk si manja sekiranya mereka mempunyai dalaman dan luaran telinga yang bersih!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Healthline

Baca Juga: Elak Jangkitan Telinga Bayi, Ia Boleh Undang Masalah Pertuturan

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Awas Ibu Ayah, Jangan Sesuka Hati Cuci Telinga Bayi, Ada Caranya!
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham