Ibu Kongsi Detik Anak Terpelanting Dalam Kereta, Akui Cuai Abaikan Car Seat & Tali Pinggang

Tempat duduk bayi diwajibkan dalam setiap kenderaan. Seorang wanita kongsi detik cemas apabila dia sekeluarga terlibat dalam kemalangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah ibu ayah, bahawa jumlah kematian di Malaysia membabitkan bayi dan kanak-kanak adalah yang paling tinggi? Disebabkan rekod yang membimbangkan ini, kerajaan Malaysia telah pun mengambil inisiatif dengan menguatkuasakan tempat duduk bayi di dalam kenderaan bagi membendung risiko kematian di kalangan bayi dan kanak-kanak akibat kemalangan.

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Detik cemas seorang ibu hampir kehilangan anak kerana abaikan kepentingan tempat duduk bayi dalam kenderaan
  • Anak tidak diletakkan di tempat duduk bayi
  • Ibu ayah pastikan tempat duduk bayi wajib dipasang dalam kenderaan

Namun begitu, masih terdapat lagi ibu ayah yang tidak mempedulikan soal keselamatan anak mereka dan langsung tidak kisah serta ambil peduli mengenai kepentingan penggunaan tempat duduk bayi di dalam kenderaan demi keselamatan anak mereka sendiri.

Detik cemas seorang ibu hampir kehilangan anak kerana abaikan kepentingan tempat duduk bayi dalam kenderaan

Melalui perkongsian Puan Nur Diyana di hantaran Facebook miliknya, kemalangan membabitkan mereka sekeluarga dengan sebuah kereta milik pemandu lain berlaku di Lebuhraya KL-Karak, KM71.5 Arah Barat pada jam 2.07 petang.

“Saya dan anak terpelanting dalam kereta dan menghempap suami.” Tulisnya.

Menurut Puan Nur Diyana, dengan keadaan masih lagi dalam kebingungan, suaminya sempat menolak mereka berdua keluar dari tingkap kereta walaupun dirinya sendiri masih lagi tersepit di tempat duduk pemandu.

Beberapa minit selepas kejadian itu, Puan Nur Diyana mula berasa sesak nafas, kawasan perut dan dada mulai sakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka bertiga segera dibawa ke hospital dan mujurlah hanya mengalami luka dan cedera ringan sahaja.

Anak kecil tidak diletakkan di tempat duduk bayi

“Waktu kejadian, Maryam baru selesai menyusu, khilaf saya, saya tak letakkan Maryam di car seat dan saya juga tak pakai tali pinggang.” Tulisnya.

“Saya akui ini salah saya, saya cuai, mengabaikan car seat dan tali pinggang.” Tulisnya lagi mengakui kesilapannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Puan Nur Diyana juga berharap agar kesilapan yang dilakukannya itu tidak diulangi oleh ibu ayah yang lain.

Semoga dengan kisahnya ini semua ibu ayah dapat membuka mata dan mula menitikberatkan soal keselamatan dan nyawa anak masing-masing.

Ibu ayah pastikan tempat duduk bayi dipasang dalam kenderaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu ayah, benda wajib yang perlu anda ada adalah car seat untuk bayi. Terutamanya untuk ibu yang perlu memandu sendirian tanpa ditemani sesiapa di sisi ketika membawa bayi bersama-sama.

Jika ibu ayah sayang dan sangat pentingkan aspek keselamatan anak-anak, pastikan anda telah pun memasangnya di dalam kenderaan. 

Untuk ibu ayah yang masih lagi belum berbuat demikian, segeralah bertindak agar anak-anak anda terhindar daripada perkara yang tidak diingini.

Sentiasa pantau dan jaga keselamatan anak anda tidak kira di mana pun mereka berada!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Ini Yang Berlaku Pada Bayi Ketika Dalam Perut & Selepas Lahir, Proses Yang Begitu Unik

Baca juga : 12 Susu Ibu Mengandung Yang Terbaik, Bagus Untuk Minum Setiap Hari

Baca juga : Ibu Ayah Perlu Bedung Bayi Sampai Umur Berapa? Jika Terlajak Boleh Beri Kesan Bahaya!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani