Bagi anda yang bakal bercuti bersama keluarga di Cameron Highland, pastinya akan tercari-cari manakah restoran atau tempat makan yang wajib dikunjungi. Justeru apa kata semak beberapa senarai tempat makan menarik di Cameron Highland dan ‘hidden gems’ yang ramai tidak tahu.
Kawasan percutian tanah tinggi ini sering menjadi pilihan ramai memandangkan suhunya yang sejuk dan ada banyak tempat menarik Cameron Highland dengan kepelbagaian jenis bunga, haiwan dan makanan.
Suasananya pasti membuatkan anda sentiasa rindu dan akan pergi lagi!
Senarai tempat makan menarik di Cameron Highland
Jika ingin datang ke Cameron Highland, pastikan anda merancang perjalanan lebih awal kerana kesesakan trafik yang berlaku adalah sangat teruk terutamanya pada hujung minggu ataupun cuti sekolah.
Antara ‘hidden gems’ dan tempat yang wajib anda kunjungi bersama keluarga adalah Kampung Taman Sedia. Di sini merupakan kampung yang didiami oleh masyarakat Melayu dan terdapat banyak tempat makan menarik di Cameron Highland iaitu:
#1. Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm (PSJ BIZ)
Alamat: No 36 , Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Di sini, anda boleh menikmati sarapan pagi yang cukup istimewa iaitu Nasi Lemak Pandan bersama Sambal Strawberry. Ia juga dihidangkan bersama serunding daging.
Untuk makan tengah hari, ramai mengatakan bahawa mee karinya adalah yang paling sedap. Jangan lupa untuk mencuba teh tarik strawberi, waffle, scones, aiskrim dan buah strawberi segar jika berkunjung di sini. Anak-anak mesti suka!
#2. AyahMan Strawberi Cameron Highlands
Jika sebelum ini, scones jenama Ayahman mendapat tempat dalam kalangan peminatnya. Kali ini jika mengunjungi ke tanah tinggi Cameron, apa kata rebut peluang merasai makanan di kedai AyahMan Strawberi.
Suasana kedai makan yang luas, meja dan kerusi yang banyak tidak perlu beratur panjang sekiranya anda datang ketika cuti sekolah. Paling menarik, anak-anak juga berpeluang untuk petik buah strawberi dari pokok. Ibu jangan risau kerana harganya amat berpatutan.
Di sini anda boleh menikmati nasi lemak dengan pelbagai jenis sambal, scones, membeli jem dan kordial strawberi.
#3. Opah Strawberries & Jams (Cameron Highlands)
Untuk merasai tempat makan yang lain dari kebiasaan, Opah Strawberries & Jam menyediakan scones yang fresh from oven (butterscotch, matcha, mixed) begitu sedap. Selain itu anda boleh menikmati nasi lemak strawberi, mee kari, nasi impit serunding strawberi, roti aiskrim dan spageti.
Jika berkunjung waktu cuti panjang, anda dinasihatkan untuk lebih bersabar kerana mungkin perlu beratur dan menunggu agak lama.
#4. 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry)
Kedai ini sangat memukau perhatian dan memang cantik. Ia sesuai dikunjungi seisi keluarga kerana saiz meja yang bear, hiasan di dinding amat sesuai untuk bergambar.
Kafe Abang Strawberi ini antara paling terkenal dalam kalangan pengunjung menyediakan set roti bakar, nasi lemak strawberi, hidangan pencuci mulut dan minuman berasaskan strawberi.
#5. YZ Agro Farm (Muslim Farm)
YZ Agro Farm menjadi tempat makan best di Cameron Highland. Bagi anda yang ingin merasai kedai makan dalam taman strawberi, disinilah pilihan tepat!
Menu yang disediakan ialah laksa penang, bihun sup, mee kari, scones, minuman berasaskan strawberi dan tart strawberi.
#6. KHM Strawberries & Jam
Tempat makan di cameron highland yang wajib dikunjungi seterusnya ialah KHM Strawberries & Jam. Jangan ragu-ragu untuk ke sini kerana rasanya sangat sedap.
Antara yang wajib anda cuba ialah nasi lemak bungkus, mee kari udang, char kuey tiaw dan set scones bersama teh, aiskrim dan puding strawberi.
Jangan lupa untuk mencuba jem strawberi yang dibuat segar dan homemade. Ia dibuat begitu istimewa kerana didalamnya ada banyak biji buah strawberi!
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Tempat Berkelah Mesra Keluarga, Sesuai Bawa Isteri & Anak-Anak Cuti Hujung Minggu
Baca juga: Santai & Menenangkan, Ini Senarai Tempat Sejuk Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi Dengan Anak
Baca juga: 10 Tempat Menarik Di KL Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Wajib Pergi Cuti Sekolah Ini!