Namun ada juga ibu bapa yang risau apabila berlaku terlambat tumbuh gigi pada bayi, terutamanya apabila anak menjangkau usia setahun.
Pertumbuhan Gigi Pertama Bayi
Hakikatnya terdapat banyak masa sesuai untuk gigi pertama bayi tumbuh, malah ada yang masih tidak ada gigi semasa ulang tahun pertama mereka!
Sekitar umur 3 bulan, bayi akan mula meneroka dunia dengan tangan dan mulut mereka, dan waktu ini air liur bayi keluar dengan banyak
Biasanya, gigi pertama yang akan tumbuh dahulu adalah gigi depan bawah diikuti dengan gigi atas, dan kebanyakan kanak-kanak biasanya akan mempunyai semua gigi bayi mereka pada usia 3 tahun.
6 Fakta Tentang Gigi Pertama Bayi
- Kebanyakan bayi tumbuh gigi pertama pada usia 6 ke 12 bulan.
- Fluorida perlu dimasukkan ke diet bayi setelah berusia 6 bulan.
- Mengurut gusi yang sakit atau memberikan makanan sejuk boleh melegakan sakit tumbuh gigi pada bayi.
- Ibu bapa perlu berus gigi anak 2 kali sehari.
- Apabila anak tumbuh gigi pertama, buat temujanji dengan doktor gigi.
- Bayi mungkin akan demam semasa tumbuh gigi.
Cara Elak Terlambat Tumbuh Gigi Pada Bayi
Tahukah anda, perrtumbuhan gigi pada bayi sebenarnya boleh dirangsang? Ibu bapa boleh mencuba cara yang dinyatakan di bawah sekiranya risaukan anak belum tumbuh gigi.
#1 Beri Finger Food
Kebiasaannya semasa tumbuh gigi, bayi akan mengalami rasa gatal pada gusi. Jika bayi makan/menggigit finger food menggunakan gusi ia dapat merangsang pertumbuhan gigi.
Rasa gatal pada gusi juga dapat dikurangkan kerana tekstur yang terdapat pada finger food tersebut. Pada tahap awal pemberian (usia bayi 6 bulanan) finger food harus masih bertekstur lembut manakala ketika usia bayi menginjak 9 bulan, finger food boleh dibuat dengan tekstur lebih kasar.
Ibu bapa boleh merebus atau kukus sayuran seperti lobak merah, kacang buncis, labu, asparagus, brokoli, atau kobis bunga sebelum diberi kepada bayi.
Cadangan hidangan lain adalah potong roti menjadi kecil, sapukan mentega tanpa garam atau puri kismis/kurma, dan bakar sehingg rangup.
#2 Amalkan Pengambilan Kalsium
Antara makanan tinggi kalsium adalah kekacang, susu, produk yang diperbuat dari susu seperti yogurt dan keju, ikan, brokoli dan banyak lagi.
Vitamin D juga bagus untuk merangsang pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat ya ibu. Kerapkan pengambilannya, kalau boleh lakukan setiap hari agar anak mendapat khasiat yang sama.
Semoga berjaya ya ibu!
Bayi saya berusia 4 bulan, kerap gigit jari, adakah dia sedang tumbuh gigi?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Cara Merawat Gigi Anak 2 Tahun Keatas & Panduan Penjagaan Gigi Yang Lengkap Agar Tidak Rosak