Tidak dinafikan bahawa tidur yang cukup amat penting dalam membantu proses perkembangan minda kanak-kanak.
Hal ini adalah untuk memastikan otak dan tubuh mereka sentiasa sihat bagi menghadapi setiap perkara yang berlaku dalam aktiviti seharian.
Tidur yang cukup waktu siang
Kajian menunjukkan bahawa tidur yang cukup turut mengaktifkan fungsi utama tubuh badan menjadi cergas dan sentiasa bersemangat ketika anak berada di sekolah.
Jadual harian anak yang begitu padat sehingga ke penghujung hari membuatkan tubuh dan otak mereka menjadi cukup letih. Dengan tidur yang cukup mampu mengecas semula tenaga agar anak dapat aktif kembali untuk hari yang seterusnya.
Antara waktu tidur yang disarankan terbaik mengikut usia anak-anak ialah:
- Bayi baru lahir: 1-2 jam
- 6 bulan keatas: 2-3 jam
- 12 bulan atau lebih: 3-4 jam
- 18 bulan ke atas : 4-6 jam
- 2 tahun : 5-7 jam
- 3 tahun : 6- 8 jam
- 4 tahun: 6-12 jam
Kesan jika anak tidak tidur cukup
Namun, sekiranya anak kurang mendapatkan waktu tidur yang cukup, ia memberikan impak yang besar terhadap kesihatan. Antaranya:
#1. Anak mudah meragam
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi anak meragam atau ‘buat perangai’ sehingga anda telah menjumpai jalan buntu untuk menenteramkannya?
Hal ini mungkin terjadi kerana anak tidak terbiasa untuk mendapatkan tidur pada waktu siang dan menghabiskan masa dengan bermain.
Apabila waktu petang, anak akan kelihatan tidak ceria dan mudah marah kerana merasai tekanan akibat penat dengan jadual seharian mereka.
Perubahan ‘mood’ dalam diri anak turut memberikan kesan terhadap kualiti tidur anak ketika waktu malam yang berkemungkinan kerana otak mereka sibuk memikirkan aktiviti untuk keesokan hari.
#2. Menjadi anak yang tidak bahagia
Ketika fizikal dan mental anak mula kurang aktif, anda akan mendapati bahawa mula mereka menunjukkan rasa bosan dan tidak berminat dengan situasi yang dilalui pada waktu berkenaan.
Bukan itu sahaja, anak yang kurang tidur yang cukup sukar untuk dibawa keluar ke pusat beli-belah atau santai bersama keluarga kerana mereka mungkin akan mula untuk tantrum.
#3. Tubuh menjadi lemah
Anak-anak yang begitu riang bermain atau memiliki waktu persekolahan yang cukup padat akan menyebabkan tubuh bekerja seperti robot.
Anak tidak dapat diberikan waktu rehat yang cukup yang membuatkan tubuh badan mereka kurang bertenaga dan berfungsi dengan baik.
#4. Kurang sabar
Kebiasaannya, anak kecil memerlukan nilai kesabaran yang tinggi bagi menyelesaikan setiap tugasan rumah ataupun bermain permainan yang mencabar fizikal dan mental bersama kawan-kawan.
Namun sekiranya tahap kecerdasan otak menurun, ia sekaligus membuatkan anak kurang sabar dan tergopoh-gapah menyiapkan sesuatu tanpa memikirkan betul atau salah tindakan yang telah dilakukan mereka.
#5. Membuatkan ibu atau pengasuh tertekan
Sebenarnya ibu atau pengasuh turut memerlukan waktu rehat dari menjaga anak kecil. Sekiranya anak anda sukar untuk tidur siang, hal ini sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada penjaga mereka kerana perlu mengawal anak pada setiap masa.
Oleh hal demikian, anda perlu bijak dalam menarik perhatian anak-anak untuk mengajaknya tidur siang bersama-sama.
#6. Cepat berputus asa
Anak yang tidak atau kurang tidur siang dikatakan turut cenderung untuk mudah kecewa sekiranya mereka tidak berjaya mendapatkan apa yang mereka mahukan.
Hal ini kerana kekurangan kekuatan fizikal dan mental anak menyebabkan mereka menjadi kurang berkeyakinan, bersikap terlalu negatif dan mengalami penurunan dalam melibatkan kemahiran kognitif.
#7. Kurang interaksi dalam sosial
Sebuah kajian yang dilakukan oleh University of Colorado Boulder telah berjaya menemui bahawa anak yang aktif akan tiba-tiba menjadi mengantuk di dalam kelas atau majlis keramaian membuatkan mereka kurang interaksi dengan orang di sekelilingnya.
Bukan itu sahaja, mereka juga sukar mengadaptasikan diri dengan setiap permainan yang mungkin menyebabkan anak-anak kurang mendapat ramai kawan.
#8. Proses pembelajaran menjadi sukar
Oleh kerana tidur siang tidak dipraktikkan dengan baik dalam jadual seharian anak, ia boleh mendatangkan beberapa akibat yang cukup serius.
Kesannya, tidak hanya kepada aspek emosi sahaja tetapi juga terhadap kemampuan kognisi yang dikenal sebagai fungsi eksekutif.
Fungsi ini meliputi ingatan kerja dan pengawalan membantu anak menjadi pelajar yang berfikiran secara lebih kritis.
#9. Tanggapan yang salah tentang tidur
Bagi sesetengah ibu ayah tidak mengamalkan tabiat tidur pada waktu siang kerana risau anak menjadi kurang tidur ketika waktu malam.
Hal ini sebenarnya tidak tepat kerana jika anda perhatikan anak kerap mengigau ketika waktu malam kerana tubuh badan mereka terlalu penat dan sekaligus mengurangkan kualiti tidur pada waktu malam.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tidur Lambat Boleh Ganggu Perkembangan Otak Anak! 8 Tips Buat Anak Tidur Awal
Baca juga: Jangan Biarkan Anak Yang Sudah Bersekolah Tidur Bersama Ibu Ayah, Ia Kesilapan Besar!
Baca juga: Tips Berkesan Pisahkan Tempat Tidur Anak Agar Si Manja Seronok Tidur Di Bilik Sendiri