theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

10 Tip Mudah Untuk Ibu Bapa Atasi Tantrum - Perangai Anak Mengamuk

4 min bacaan
Kongsikan:
•••
10 Tip Mudah Untuk Ibu Bapa Atasi Tantrum - Perangai Anak Mengamuk

Ada banyak sebab kenapa anak anda suka mengamuk, buat tantrum dan buat perangai. Jadi anda kena bijak guna 10 tip ini untuk atasi perangai mereka itu. Jom semak apa tip yang mudah sangat ini.

Tantrum - apabila anak mengamuk

Biasalah anak-anak memang semulajadi hiper dan kadang-kadang boleh meragam. Kalau anak mengamuk dan keluar tantrum, aduh... susah betul nak kawal!

Kunci utama yang paling penting untuk ibu bapa adalah bersabar. Bersabar walaupun kena kawal anak mengamuk.

Tapi, dalam bersabar itu, anda juga boleh ikut tip mudah yang kami sediakan ini. 

10 Cara Ibu Bapa Boleh Kawal Anak Mengamuk

1. Cuba tentukan mengapa anak mengamuk

Kanak-kanak selalunya mula meragam, mengamuk dan buat tantrum apabila mereka tak dapat apa yang mereka nak. 

Jadi, bila anak-anak sudah mula "buat perangai"  dan menangis, apa kata anda cuba cakap dengan nada perlahan pada mereka. Tanya kenapa mereka berbuat sedemikian.

Jangan lupa untuk alihkan apa benda yang ada dalam tangan mereka, tau! Risau nanti mereka akan mula membaling pula.

anak mengamuk

2. Bagi anak sibuk dengan "sesuatu"

Sebenarnya, anak mengamuk mungkin sebab bosan. Itu yang kadang-kadang mereka saja nak tarik perhatian ibu bapa dengan buat sepah, pecahkan barang dan sebagainya.

Untuk elak mereka bosan, anda boleh cuba aktiviti yang menyeronokkan seperti mewarna, melukis, menari dan membaca.

Ia untuk bagi mereka 'sibuk' dengan sesuatu.

3. Alih perhatian mereka

Anak kecil cepat terpesona dan kagum dengan sesuatu. Mereka juga terbukti ada attention span yang lebih rendah sebab masih sedang membesar.

Maka, jangan risau kalau mereka meragam dan mengamuk sebab anda tak dapat beli apa barang permainan yang mereka nak.

Cuba alihkan perhatian dengan ke kawasan buku atau video.

anak mengamuk

4. Jangan layan tantrum anak tersebut

Kemungkinan tinggi mengatakan anak anda saja menangis, meragam dan buat perangai tantrum kerana mereka tak dapat apa yang mereka nak.

Jadi jangan bagi respon pada mereka. Biar saja. Jangan layan!

Lama-lama nanti mereka akan berhenti menangis sebab sudah penat atau bila tekak mereka dah sakit. Hehe

5. Suruh anak buat sesuatu yang mudah

Jika mereka mula mengamuk dan sebagainya, cuba suruh mereka buat sesuatu yang mudah. Benda ini sama macam konsep untuk alihkan perhatian mereka.

Contohnya suruh anak-anak pergi letak pinggan mangkuk di singki atau beri makan kucing kesayangan ke. Biar mereka faham yang mereka juga ada tanggungjawab.

Nanti mereka akan segan nak menangis.

anak mengamuk

6. Biar mereka sendirian

Sama macam orang dewasa juga. Mereka ini kadang-kadang memerlukan ruang mereka sendiri. Mereka nak bersendirian.

Anda boleh biar mereka bersendirian (tapi jangan dekat tempat awam!) apabila mereka mula crancky. Biar mereka "hiburkan" diri mereka sendiri.

Tapi janganlah biar mereka seorang diri betul-betul. Pantau apa mereka buat dari jauh. Elakkan daripada mereka mula nak baling dan pecahkan barang.

7. Buat aktiviti di luar dengan mereka

Anda pun tahu kan yang aktiviti di luar bagus untuk tumbesaran anak-anak? Ha... jadi apa tunggu lagi?

Bawalah si manja itu pergi berkelah ke, pergi main permainan atau sukan ke dan lain-lain.

Mereka pasti akan terhibur dan lebih tenang. Lepas ini memang jarang mereka akan mengamuk dan buat perangai!

anak mengamuk

8. Dengar apa yang mereka nak cakap

Anak-anak yang tengah membesar memang pokpek-pokpek betul mulutnya. Ada saja benda dia nak cakap atau tanya. 

Jadi ibu bapa haruslah ambil inisiatif untuk dengar apa anak anda nak cakap. Walaupun jika mereka hanya nak cakap yang laut itu biru. Layan saja, okay?

9. Diet - pemakanan anda

Diet yang sihat lagi seimbang boleh meningkatkan mood anak-anak anda. Ibu bapa diminta untuk lebih menghidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai makanan rutin.

Makanan yang seimbang juga boleh mengelak jangkitan penyakit pada kanak-kanak! 

anak mengamuk

10. Tidur

Pastikan anak-anak dapat tidur yang mencukupi, ya! Kadang, sebab tak cukup tidur anak mengamuk.

Semakin cukup waktu tidur, semakin banyak tenaga mereka boleh dapat. Maka, mood mereka juga akan lebih baik. 

Jangan risau sangat. Biasalah anak-anak yang sedang membesar. Tapi, oleh sebab mereka tengah membesar tak bermaksud mereka tak boleh dikawal dan dilatih!

Selamat mencuba ibu bapa semua. Kalau tip ini berkesan, sila komen pada kami ya!

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 10 Tip Mudah Untuk Ibu Bapa Atasi Tantrum - Perangai Anak Mengamuk
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • 6 Perkara Yang Tiada Siapa Pernah Beritahu Anda Tentang Tantrum

    6 Perkara Yang Tiada Siapa Pernah Beritahu Anda Tentang Tantrum

  • Petua Yang Boleh Memburukkan Keadaan Bayi Dengan Colic

    Petua Yang Boleh Memburukkan Keadaan Bayi Dengan Colic

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

app info
get app banner
  • 6 Perkara Yang Tiada Siapa Pernah Beritahu Anda Tentang Tantrum

    6 Perkara Yang Tiada Siapa Pernah Beritahu Anda Tentang Tantrum

  • Petua Yang Boleh Memburukkan Keadaan Bayi Dengan Colic

    Petua Yang Boleh Memburukkan Keadaan Bayi Dengan Colic

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi