X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Doktor Ini Kongsi 4 Tips Bebas Rokok, Ibu Hamil Digalak Berhenti Secara Natural Tanpa Ubat!

4 min bacaan
Doktor Ini Kongsi 4 Tips Bebas Rokok, Ibu Hamil Digalak Berhenti Secara Natural Tanpa Ubat!

Memang bukan mudah mahu menghentikan tabiat yang sudah sebati dalam diri tetapi anda boleh cuba tips berhenti merokok yang dikongsikan ini.

Memang bukan mudah mahu menghentikan tabiat yang sudah sebati dalam diri tetapi demi kesihatan ibu dan anak dalam kandungan, ibu mengandung yang sebelum ini merokok perlu berubah. Pelbagai tips berhenti merokok dikongsikan, anda pasti boleh cuba.

Menurut doktor perubatan, Dr Mohd Ramzdhan Mohd Masdar, terdapat pelbagai sebab atau penyakit yang boleh disebabkan merokok seperti batuk, pening dan sakit kepala serta kesukaran bernafas.

Mereka yang merokok mempunyai risiko jangkitan paru-paru (pneumonia), asma, tibi dan pelbagai lagi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Tips berhenti merokok bukan hanya dibaca, tapi perlu dipraktikkan

Tips berhenti merokok

Jika yang tidak mengandung pun sudah banyak risiko, inikan pula jika anda merokok dalam keadaan anda membawa satu lagi nyawa lain bersama-sama.

Menurut Dr Mohd Ramzdhan, apabila seseorang merokok masalah kesihatan yang boleh dihadapi termasuklah, strok (angin ahmar), masalah jantung, masalah pernafasan, masalah sistem reproduksi dan banyak lagi.

Bayangkan jika seorang ibu mengandung itu merokok, dan kesannya terkena pada bayi. Menyesal tak sudah nanti. 

Banyak cara berhenti merokok, buat yang paling anda selesa

Tips berhenti merokok

Dr Mohd Ramzdhan berkata terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk berhenti merokok ia termauklah terapi kumpulan dan kaunseling, penggunaan tampalan nikotin dan gula-gula getah nikotin.

“Berhenti merokok mungkin suatu perkara yang sukar untuk dilakukan oleh perokok tegar namun ianya adalah suatu perkara yang tidak mustahil.

“Apa yang diperlukan hanyalah keazaman dan keinginan yang menggunung. Banyak kebaikan yang boleh diperolehi apabila seseorang perokok berhenti merokok. Kesihatan bekas perokok akan bertambah baik, badan akan terasa lebih segar dan bersemangat dan individu tersebut akan bebas daripada masalah psikologi dan mental,” katanya.

Terdapat beberapa cara berhenti merokok yang boleh dicuba:

#1. Terapi kumpulan dan kaunseling

Terapi kumpulan dilakukan dengan kehadiran satu pakar terapi dan kaunseling dan beberapa individu yang memiliki masalah atau kesukaran yang sama.

Mereka akan membincangkan dan meluahkan masalah tersebut di dalam sebuah kumpulan. Dengan ini, individu akan merasa lebih selesa untuk meluahkan segala permasalahan atau ketagihan merokok yang mereka alami dan akan bekerjasama menyokong dan membantu satu sama lain untuk menghadapi kesukaran tersebut.

#2. Tampalan nikotin

Tips berhenti merokok

Akibat daripada ketagihan nikotin, perokok tegar mungkin menghadapi kesukaran ketika mahu berhenti merokok. Namun, terdapat tampalan nikotin yang boleh dibeli di farmasi atau di hospital yang menyediakan perkhidmatan berhenti merokok.

Tampalan nikotin tidak memberikan sebarang kesan sampingan yang serius dan ia berfungsi untuk menghilangkan rasa ketagihan kepada perokok yang ingin berhenti merokok. Satu tampalan nikotin mampu bertahan sehingga 24 jam dan boleh dipakai buang.

#3. Gula-gula getah nikotin

Gula-gula getah nikotin juga berfungsi lebih kurang sama dengan tampalan nikotin dimana ia memberikan kelegaan dari ketagihan kepada perokok yang ingin berhenti merokok.

Namun, caranya agak berbeza dimana perokok perlu mengunyah gula-gula getah tersebut untuk mendapatkan rasa nikotin. Dengan ini, perokok tidak perlu lagi merokok untuk melegakan ketagihan dan hanya perlu mengunyah gula-gula getah.

#4. Tanamkan azam dan fikir tujuan utama berhenti merokok

Jika anda mengandung sudah pasti ada tujuan utama anda mahu berhenti merokok. Jika anda cuba untuk mengandung, sudah pasti anda akan berusaha untuk berhenti merokok. 

Tanpa niat yang jujur dan tujuan yang jelas, mungkin cubaan untuk berhenti merokok boleh menjadi gagal. Maka, perokok yang ingin berhenti perlu memikirkan kebaikan dan tujuan asalnya untuk berhenti merokok samada untuk kebaikan kesihatan, kewangan, ahli keluarga.

Perokok yang hamil digalakkan berhenti secara natural tanpa ubat

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

Menurut portal myhealth, perokok yang hamil digalakkan untuk berhenti merokok tanpa sebarang ubat. Salah satu rawatan untuk berhenti merokok adalah melalui terapi gantian nikotin atau dikenali juga sebagai Nicotine Replacement Therapy (NRT). Menurut kajian Cochrane pada tahun 2008, NRT mampu meningkatkan kadar berhenti merokok sebanyak 50% hingga 70%.

Bagaimanapun, NRT masih belum terbukti berkesan dalam rawatan berhenti merokok di kalangan perokok yang hamil.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Mohd Ramzdhan Mohd Masdar,myhealth

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperokok-pasif

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Doktor Ini Kongsi 4 Tips Bebas Rokok, Ibu Hamil Digalak Berhenti Secara Natural Tanpa Ubat!
Kongsikan:
  • Bayi Yang Selalu Dekat Dengan Perokok Berisiko Tinggi Kena Kematian Mendadak! Ayah, Sedarlah!

    Bayi Yang Selalu Dekat Dengan Perokok Berisiko Tinggi Kena Kematian Mendadak! Ayah, Sedarlah!

  • "Berhentilah Merokok, Biarlah Bayi Saya Ini Jadi Anak Terakhir Yang Maut Kerana Rokok Anda..."

    "Berhentilah Merokok, Biarlah Bayi Saya Ini Jadi Anak Terakhir Yang Maut Kerana Rokok Anda..."

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Bayi Yang Selalu Dekat Dengan Perokok Berisiko Tinggi Kena Kematian Mendadak! Ayah, Sedarlah!

    Bayi Yang Selalu Dekat Dengan Perokok Berisiko Tinggi Kena Kematian Mendadak! Ayah, Sedarlah!

  • "Berhentilah Merokok, Biarlah Bayi Saya Ini Jadi Anak Terakhir Yang Maut Kerana Rokok Anda..."

    "Berhentilah Merokok, Biarlah Bayi Saya Ini Jadi Anak Terakhir Yang Maut Kerana Rokok Anda..."

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.