6 Mitos Salah Tentang Ibu Yang Mahu Sambung Menyusu Badan Kanak-Kanak Kecil

Anda tidak pasti ingin menyusu badan anak sampai bila? Mari ketahui 6 mitos ini dan putuskan bila anda mahu bercerai susu. Keputusan menyusu di tangan anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips menyusu badan

Selepas menyusu badan, anak saya akan kata, "Mama, saya paling gembira selepas ini."

"Selepas apa pulak?" saya tanya.

"Selepas ini," katanya, sambil menunjuk ke arah payudara saya.

Ramai ibu-ibu yang memilih untuk cerai susu lebih awal. Tapi saya tidak dan saya ada sebabnya.

Ada yang komen,"Tapi anak kamu sudah pandai makan macam orang dewasa. Kenapa masih menyusu lagi?

Senang jawapannya: "Because it feels right!"

Saya tidak pernah terfikir tentang manfaat imun atau nutrisi semasa menyusukan mereka. Lagipun, kita juga jarang baca tips mengenai kebaikan melanjutkan penyusuan susu badan. 

Menyusu badan untuk memenuhi keperluan berbeza

Apabila menyusukan anak baru lahir, badan saya membekalkan nutrien serta imun yang penting untuk perkembangannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: imgur.com

Apabila saya menyusukan anak yang lebih tua pula, saya boleh menenangkannya apabila dia sakit atau sakit tumbuh gigi, terjatuh, mahupun selepas imunisasi

Walaupun diri saya sendiri sedang mengharungi cabaran hidup, saya akan jadi lebih tenang apabila menetap muka anak yang sedang menyusu.

Saya rasa diperlukan dan akan bersemangat untuk menghadapi apa sahaja demi mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya bukan nak kecam ibu-ibu yang memilih untuk cerai susu lebih awal.

Keputusan untuk cerai susu adalah keputusan ibu masing-masing. Tak ada yang salah ataupun betul.

Lagipun tidak semua ibu mahu melanjutkan penyusuan sehingga anak mereka berusia 10 tahun contohnya.

Sebab itu, banyak mitos muncul jika ibu memilih untuk melanjutkan tempoh menyusu badan. Antara mitos tersebut adalah 6 benda ini yang selalu disebarkan:

1) Susu tiada nutrien lagi

Tips menyusu badan 1 : Faktor imun akan berubah dan bertambah apabila bayi anda semakin besar Sumber gambar: Youtube

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu ibu tetap susu ibu, tak kira berapa lama anda menyusu. Biarpun untuk kanak-kanak yang lebih tua, susu ibu masih susu original khas buat anak.

Ia bukan hanya membekalkan sejumlah besar nutrien penting pada tahun pertama, terutamanya protein, lemak, dan vitamin, faktor imun juga akan berubah dan bertambah apabila bayi anda semakin besar.

Sekiranya anak anda sakit, pemindahan air liur anak ke payudara anda akan merangsang pengeluaran antibodi supaya penyakit itu tidak kekal lama.

2) Anak perlu cerai susu apabila mereka sudah pandai minta susu

Tips menyusu badan 2 : Ibu akan jadi sumber keselesaan anak. Sumber gambar: Breastfeeding Basics

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengarut!

Bayi anda sudah mula "minta" susu saat dia dilahirkan lagi. Apabila anak mengosok-gosok mukanya pada payudara anda, ini bermaksud dia lapar dan ingin menyusu.

Biarpun anak sudah pandai tarik baju ibu untuk minta susu, ini tidak bermaksud keperluan anak tidak sama dengan kanak-kanak yang diberi puting kosong, susu botol atau mainan kesayangan.

Ibulah yang jadi sumber keselesaan anak.

3) Anak ada gigi mana boleh menyusu dah!

Tips menyusu badan 3 : Anak tidak boleh menggigit kalau dia benar-benar menyusu. Sumber gambar: Youtube

Cuba fikirkan, boleh ke anda mengigit sambil minum dari straw minuman? Tak boleh bukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi konsepnya sama dengan bayi anda. Apabila anak menyusu, lidahnya akan menutup bahagian gigi dan dia akan menggunakan mulut dan lidah untuk menghisap.

Jika anak anda boleh mengigit, maka dia bukannya sedang menyusu. 

Keluarkan puting anda dari mulut anak dan beritahu mereka dengan suara yang perlahan tapi tegas yang mereka dilarang mengigit anda.

Baca tentang bagaimana untuk mencegah atau menghentikan anak dari menggigit di sini.

4) Kenapa tidak pam dan beri dalam cawan?

Tips menyusu badan 4 : Direct je, tak payah cuci apa-apa

Ala... buat apa nak susah-susah? Kan inilah kelebihannya apabila memberi susu melalui payudara? Direct sahaja!

Tak payah nak cuci apa-apa langsung. Kanak-kanak yang lebih tua menyusu untuk keselesaan, mereka ingin ibu memeluk dan menenangkan mereka.

Kalau ibu lain ingin beri susu di dalam cawan, itu keputusan mereka. Tetapi saya tidak.

5) Anda cuma melakukan ini untuk diri sendiri!

Tips menyusu badan 4 : Menyusu adalah cara menenangkan anak yang terbaik

Ya, memang banyak pengalaman pelik apabila menyusukan anak yang lebih tua, tapi saya melakukannya untuk mereka.

Apabila mereka terlalu letih dan membuat perangai, menyusu adalah ubatnya. Mereka akan bertenang dengan cepat dan akhirnya tertidur.

Kalau anak yang ingin cerai susu, walaupun sedih, ibu tidak dapat melakukan apa-apa juga. Jadi ini bukannya untuk diri sendiri tapi hanya terbaik untuk mereka... 

6) Dia akan ingat rupa payudara anda!

 

Ini bergantung kepada usia anak apabila mereka bercerai susu. Anda masih ingat ke masa anda menyusu waktu kecil dulu? Saya tidak ingat lagi.

Kita jarang dengar ibu yang melanjutkan penyusuan badan sehingga anak sudah masuk sekolah rendah. 

Kalau ada ibu yang masih menyusukan anak mereka, saya cukup pasti anak tidak melihat payudara ibu mereka sebagai sesuatu yang seksual.

Sumber: beautifulbreastfeeding

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Rosanna Chio