X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Traveloka Secara Rasminya Melancarkan "Traveloka Protect" Untuk Perlindungan Pengguna

3 min bacaan
Traveloka Secara Rasminya Melancarkan "Traveloka Protect" Untuk Perlindungan Pengguna

Traveloka baru-baru ini telah melancarkan Traveloka Protect untuk perlindungan pengguna dengan hanya satu pembelian mudah.

Bagi menampung keperluan perlindungan pengguna, Traveloka mengembangkan perniagaannya dengan produk-produk insurans, merangkumi Insurans Perjalanan dan Insurans Hayat dengan proses pembelian yang mudah.

Keselamatan dan keselesaan merupakan komponen-komponen penting dalam melakukan setiap aktiviti harian, bermula dengan aktiviti kerja, percutian, kepada melakukan pelbagai aktiviti gaya hidup.

Semestinya orang ramai ingin mengelak pelbagai risiko yang dapat mengganggu keseimbangan aktiviti harian. Satu cara yang boleh dipilih untuk berasa selesa adalah dengan mendapatkan perlindungan, sebagai contoh, insurans.

Traveloka, sebuah syarikat teknologi Asia Tenggara terkemuka yang menyediakan pelbagai keperluan perjalanan dan gaya hidup pada satu platform, melengkapi kemudahan penggunanya dengan rasmi melancarkan produk insurans di bawah Traveloka Protect.

Image result for traveloka protect

Menurut Persatuan Insurans Am Indonesia (AAUI), tahap penembusan insurans Indonesia masih sukar untuk melepasi lingkungan 2-3% yang menjadikan Indonesia berada pada kedudukan kedua terendah untuk penembusan insurans antara negara-negara ASEAN.

Ini berlaku akibat kurangnya pengetahuan tentang insurans. Merujuk kepada hakikat ini, Traveloka Protect membawakan pelbagai produk insurans yang disediakan untuk penduduk Indonesia. Selain menawarkan perlindungan, Traveloka ingin mengambil bahagian untuk mendidik penduduk Indonesia tentang kepentingan insurans.

Yady Guitana, Naib Presiden Kanan Insurans dan Perkongsian, Traveloka, mendedahkan,

“Kami komited untuk menyediakan pengalaman perjalanan dan gaya hidup yang bermakna kepada pengguna. Dengan memperkenalkan Traveloka Protect, kami ingin menjadi sebahagian daripada perjalanan dan gaya hidup pengguna dengan menyediakan perlindungan yang komprehensif. Di samping itu, dengan Traveloka Protect, pengguna bukan sahaja tidak dibebankan dengan proses pentadbiran yang rumit, ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk mendapatkan perlindungan.”

Traveloka Protect menawarkan 2 kategori insurans; Insurans Perjalanan dan Insurans Hayat. Apa yang menarik, Traveloka Protect bukan sahaja menjamin perlindungan, tetapi juga menawarkan proses pembelian insurans yang senang dan mudah pada harga yang berpatutan.

Sebagai produk terbaharu, Insurans Hayat daripada Traveloka Protect dipakejkan dalam proses pembelian yang ringkas dan mudah. Pengguna tidak akan dibebankan dengan pemeriksaan kesihatan dan Traveloka menjamin penerimaan untuk semua pengguna berusia 18-69 tahun. Tidak perlu bimbang tentang proses pentadbiran yang rumit, dengan Traveloka Protect, pengguna hanya memerlukan satu pemahaman dan beberapa minit, untuk serta merta mendapatkan perlindungan.

“Pada tahap ini, kami mempunyai kategori produk Insurans Perjalanan dan Insurans Hayat di bawah Traveloka Protect. Tambahan pula, kami akan terus menginovasi bagi melengkapi seluruh keperluan perlindungan untuk pengguna menerusi pelbagai produk inovasi insurans kami,” tambah Yady Guitana.

Bermula hari ini, pengguna boleh mula mengakses dua produk insurans melalui Traveloka Protect; Insurans Perjalanan termasuk Insurans Komprehensif dan Insurans Schengen Visa.

Pengguna juga boleh melindungi diri mereka dan insan tersayang dengan Insurans Hayat daripada Traveloka Protect. Untuk mengakses Traveloka Protect, pengguna boleh mengikuti langkah-langkah dengan mudah di bawah: 

  1. Buka versi terkini aplikasi Traveloka, 3.13 dan ke atas
  2. Pada halaman utama, pilih Ikon Insurans
  3. Pilih produk insurans pilihan
  4. Lakukan pemfailan data sendiri
  5. Setelah tempahan selesai, polisi insurans akan dihantar kepada pengguna melalui emel

Latar Belakang Traveloka: 

Traveloka ialah sebuah syarikat teknologi Asia Tenggara terkemuka yang menyediakan pelbagai keperluan perjalanan dan gaya hidup pada satu platform. Syarikat telah memeterai perkongsian dengan lebih 100 syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa, menawarkan perkhidmatan untuk lebih 200,000 laluan di serata dunia. Ia juga mempunyai inventori penginapan langsung yang terbesar di Asia Tenggara, bermula dengan hotel, pangsapuri, rumah tamu, rumah inap kepada vila dan pusat peranginan. Traveloka menyediakan lebih 40 pilihan pembayaran untuk pengguna di Indonesia, Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Filipina dengan bantuan sepanjang masa daripada khidmat pelanggan tempatan dalam bahasa ibunda mereka. Selain itu, aplikasi mudah alihnya telah dimuat turun sebanyak lebih 40 juta kali, lalu menjadikannya sebagai aplikasi tempahan perjalanan yang paling popular di rantau ini. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://press.traveloka.com/. 

Logo – https://photos.prnasia.com/prnh/20190910/2575172-1?lang=0

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

PRNAsia

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Traveloka Secara Rasminya Melancarkan "Traveloka Protect" Untuk Perlindungan Pengguna
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham