Tahniah kerana sudah melepasi trimester pertama dan kini sudah masuk ke trimester kedua kehamilan. Tahukah anda yang kini si kecil anda itu sudah membesar sebesar buah avokado?Trimester kedua kehamilan juga merupakan tempoh yang amat mengujakan kerana badan anda akan mengalami pelbagai perubahan besar.
Bagi mummy yang mengalami mual atau alahan, selalunya di trimester kedua, ia sudah semakin surut. Namun, ada juga ibu hamil trimester kedua masih mual dan muntah-muntah. Selain itu, anda juga akan mulai perasan perut anda semakin jelas dan membesar.
Oleh itu, mummy di luar sana disarankan untuk menikmati setiap perubahan indah ini kerana ramai yang mengatakan bahawa trimester kedua ini adalah trimester yang paling mudah untuk ditangani. Mudah-mudahan ya, Mummy!
Tapi sebelum itu, kami ingin menyediakan beberapa perkara penting yang perlu bakal ibu di luar sana tahu. Mana tidaknya, semua perkara ada ‘plan’, termasuklah sewaktu dan selepas bersalin nanti.
Jangan risau, jika masih buntu kami akan bantu senaraikan. Baca di bawah:
Ini 5 Perkara Penting Bakal Mummy Perlu Lakukan Semasa Trimester Kedua Kehamilan
#1. Trimester Kedua Kehamilan: Amalkan Pemakanan Sihat
Ramai bakal ibu sudah mempunyai selera makan kembali setelah memasuki trimester kedua kehamilan. Ini kerana alahan mulai hilang dan anda mula teringin untuk makan macam-macam.
Namun untuk pertumbuhan bayi yang sihat, kekalkan pemakanan sihat ya ibu-ibu. Apa yang anda boleh buat ialah cukupkan bekalan makanan berkhasiat supaya mudah untuk anda capai ketika anda teringin makan.
Tidak salah sekiranya sekali sekala anda teringin nak makan ais krim coklat, namun haruslah berpada-pada. Banyakkan makanan seperti bijirin, sayuran, buah-buahan, tenusu dan protein. Hati-hati dengan pengambilan makanan manis!
Ibu yang hamil di trimester kedua digalakkan untuk menambah 340 kalori sehari.
Kurangkan makanan yang diproses serta makanan yang tercemar. Basuh dulu sayur dan buah sebelum makan dengan cuka epal untuk mengurangkan risiko kesan racun perosak.
#2. Trimester Kedua Kehamilan: Sentiasa Kekal Aktif!
Selain lebih berselera di trimester kedua kehamilan, ibu hamil juga akan lebih bertenaga berbanding trimester pertama. Jadi jangan biarkan kasut sukan anda berhabuk. Bersenam dan tambahkan lagi seri hamil anda! Namun pastikan anda mengambil langkah keselamatan juga. Jangan memaksa badan anda membuat senaman berat hingga memudaratkan. Ambil kira had tubuh badan anda.
Antara senaman yang boleh dilakukan adalah seperti di bawah:
- Berjalan
- Yoga
- Berenang
#3. Trimester Kedua Kehamilan: Ambil Tahu Tentang Hospital Yang Dipilih Untuk Bersalin & Suntikan Imunisasi Anak
Pilihlah hospital yang jaraknya tidak terlalu jauh dari rumah. Ini agar sekiranya berlakunya kecemasan, mudah untuk ke hospital. Dan jangan lupa untuk meluangkan masa melawat ke hospital tersebut. Ambil tahu tentang kemudahan bagi kehamilan yang tinggi risiko.
Jika anda mempunyai rancangan untuk bersalin, bincang dengan pihak hospital tentangnya. Dan semak jika mereka mempunyai penasihat laktasi yang boleh membantu anda dengan penyusuan ibu nanti.
Oh! Sebelum kami terlupa, adalah tidak lengkap rawatan bayi tanpa mengambil dos vaksin yang telah dijadualkan. Jangan pandang enteng tentang penyakit merbahaya yang boleh menyerang anak-anak ya.
Mungkin sebagai ibu bapa baharu atau yang sudah lama ada anak pun masih tertanya-tanya mengapa vaksin untuk bayi penting? Antara yang paling ketara adalah kerana mereka ini mempunyai sistem imunisasi yang lemah.
Dengan vaksinasi awal dalam kehidupan kita cuba mencegah penyakit termasuk meningitis, radang paru-paru, tetanus dan batuk kokol. Bayi paling berisiko untuk penyakit ini dalam tahun pertama kehidupan mereka.
Berikut adalah senarai vaksin dalam Jadual Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan dan penyakit yang boleh dicegah dengan pengambilannya.
- BCG adalah Basile Calmette-Guerin. Ia adalah vaksin yang memberi perlindungan terhadap tuberkulosis.
- DTap adalah kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap penyakit difteria, tetanus dan pertusis.
- DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap difteria dan tetanus
- Hib adalah Haemophilus Influenza type B.
- MMR adalah vakisn untuk mencegah penyakit measles (campak), mumps (beguk) dan rubella.
- MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
- JE adalah Japanese Encephalitis dan vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
- HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun bagi mencegah barah serviks. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.
- Pneumokokal – sebelum ini ia dalah vaksin pilihan namun bermula tahun 2020 kerajaan memberi vaksin pneumokokal secara percuma kepada semua kanak-kanak yang lahir pada 2020 dan stahun seterusnya bagi meningkatkan kualiti kualiti kesihatan anak bagi mengelak pelbagai jangkitan penyakit berkaitan pernafasan yang boleh membawa maut.
Vaksin adalah penting, jika lebih 95% masyarakat mengambil vaksin, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah.
#4. Trimester Kedua Kehamilan: Persiapkan Bilik Atau Sudut Buat Bayi Anda Di Rumah
Ini antara bahagian yang paling seronok bukan? Menghias bilik bayi. Menyiapkan satu bahagian yang indah untuk menyambut si kecil nanti. Namun ada beberapa perkara yang anda harus titik beratkan dalam penyediaan ini seperti:
- Beli barang yang boleh diguna untuk jangka masa panjang.
- Pastikan ciri keselamatan, contohnya tidak meletakkan selimut, permainan dan bantal dalam katil bayi kerana risiko lemas.
- Pastikan tempat menyalin lampin mudah akses, senang membuang lampin dan mudah dibersihkan.
- Jika boleh, letak kerusi untuk memudahkan menyusu.
#5. Trimester Kedua Kehamilan: Beli Pelan Insurans Materniti
Sekiranya insurans berada dalam bajet anda, belilah pelan insurans materniti sebagai pelan kecemasan. Dapatkan nasihat dari mereka yang pernah membeli. Buat perbandingan mana yang menepati kehendak anda. Paling utama, jangan lupa untuk mendapatkan pemeriksaan berjadual anda.
#6. Trimester Kedua Kehamilan: Pilih Pakar Pediatrik!
Bakal ibu ayah di luar sana juga perlu menitikberatkan soal pencarian Pakar Pediatrik yang sesuai. Oh ya, perlu diingatkan juga bahawa pencarian Pakar Pediatrik yang bagus ini memerlukan anda untuk membuat temujanji yang lebih awal. Ini jika anda inginkan yang ‘The best of the best’ lah!
Kata Jaime Moy, D.O, Pakar Pediatrik di Los Angeles, “Keserasian antara ibu bapa dengan pakar pediatrik yang menentukan perkembangan anak yang sihat sehingga dia membesar menjadi dewasa nanti, jadi ia amatlah penting.”
Sekiranya ibu bapa tidak dapat rasa keserasian itu, ibu bapa ada hak sepenuhnya untuk menukar pakar sebulat suara.
Ingat, ini adalah berkenaan penjagaan dari segi kesihatan yang utama untuk anak anda, ia adalah kepercayaan paling penting dalam hidup anak anda.
Kalau ada ibu ayah yang masih buntu tentang cabang kategori Pakar Pediatrik yang ada di luar sana, jangan bimbang jangan khuatir! Kami ada di sini untuk membantu menjawab segala persoalan yang terbuku di dada.
Untuk pengetahuan umum, seorang Pakar Pediatrik adalah pakar dalam setiap isu kesihatan serta kelakuan kanak-kanak secara umumnya, namun mereka juga sebenarnya mempunyai bahagian pengkhususan tersendiri juga.
Dalam bidang mereka ini, terdapat pelbagai kategori pakar pediatrik dan ini semua adalah bergantung kepada kebolehan dan keupayaan mereka tersendiri. Contohnya seperti:
#1. Pediatrik Kardiologi.
Golongan ini merupakan pakar dalam segala perihal yang berkaitan dengan jantung kanak-kanak.
#2. Pediatrik Gastroenterologi.
Golongan ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan jantung kanak-kanak.
#3. Pediatrik Endokrinologi.
Golongan ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan tumbesaran, akil baligh atau apa-apa gangguan yang berkait-rapat dengan hormon dan kelenjar yang menghasilkannya dalam tubuh badan seorang kanak-kanak.
#4. Pediatrik Nefrologi.
Golongan ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan buah pinggang dan sistem urin kanak-kanak.
#5. Pediatrik Rhuematologi.
Golongan ini pakar dalam segala perihal berkaitan dengan sistem autoimun dan imunisasi dalam tubuh badan kanak-kanak.
#6. Pediatrik Hermatologi-Onkologi.
Golongan ini pakar dalam segala perihal berkaitan dengan sistem darah kanak-kanak.
#7. Pediatrik Neonatal-Perinatal.
Golongan ini pakar yang akan menjaga dan merawat bayi pramatang dan bayi yang lahir tinggi risiko selepas kelahiran.
#8. Pediatrik Penjagaan Kritikal.
Golongan ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang sedang kritikal atau tidak stabil akibat penyakit dan kecederaan.
#9. Pediatrik Kecemasan.
Golongan ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang sedang berada di ruang kecemasan.
#10. Pediatrik Penyakit Berjangkit.
Golongan ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang menghidapi penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria, virus, kuman, parasit dan lain-lain jangkitan.
#11. Pediatrik Hospital.
Golongan ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak sepanjang mereka berada di dalam hospital.
#12. Pediatrik Penderaan Kanak-kanak.
Mereka ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan tidak kira mental atau fizikal.
#13. Pediatrik Kelakuan Kanak-kanak.
Mereka ini pakar yang akan membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan kelakuan mereka. Ini termasuklah masalah pembelajaran, pemakanan dan ketidakupayaan semula jadi seperti autisme dan Cerebral Palsy.
#14. Pediatrik Remaja.
Golongan ini pakar yang akan membantu remaja yang mempunyai masalah terutamanya dalam kehidupan sosial dan akademik. Mereka juga akan membantu remaja yang berusia sehingga 21 tahun yang mempunyai masalah fizikal, kelakuan dan kesihatan emosi.
Banyak, bukan? Jadi anda bolehlah pilih mengikut keperluan anak, okay?
Trimester Kedua Kehamilan: Senarai Pakar Pediatrik Terbaik Di Sekitar Lembah Klang
- Klinik Kanak kanak Ong Sdn Bhd
Alamat: No 34, Jalan Mamanda 7 Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang
- Klinik Kanak kanak Pauline
Alamat: 42 Jalan Hujan Rahmat 2, Overseas Union Garden, 58200 KL
- Dr. Chin’s Children Specialist Clinic
Alamat: 3-18, Jln Desa 2/2, Desa Aman Puri, 52100 Kepong
- Baby and Beyond Clinic (Bangsar)
Alamat : 3F-5, Level 3, Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, 59100 KL
- Klinik Pakar Kanak kanak Chye
Alamat: 41, Jalan USJ 10/1F, USJ 10, 47620 Subang Jaya
- Klinik Pakar Kanak-Kanak & Keluarga Liang
Alamat: Unit G02, Block A, Perdana Condominium No 15, Jalan PJU8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820 PJ
- Klinik Pakar Kanak kanak Kota Kemuning
Alamat: No. 5G, Jalan Anggerik Vanilla X31/X, Kota Kemuning, Shah Alam, 40460 Shah Alam
- Klinik Pakar Kanak kanak Little One
Alamat: No. 5, Jalan Usj 9/3F, 47620 Subang Jaya
Kami di theAsianparent mengucapkan selamat maju jaya untuk ibu-ibu di luar sana yang sedang dalam trimester kedua kehamilan. Semoga anda lebih peka dengan kesihatan diri anda. Jaga diri dan baby, ya!
Baby on the Way? Here’s Your Ultimate Second Trimester Checklist!
7 Things to Consider When Choosing a Pediatrician
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Gangguan Yang Sering Muncul Ketika Trimester Kedua, Ibu Pernah Alaminya Tak?
Baca juga: 5 Tanda Di Trimester Kedua Ini Tentukan Anda Hamil Bayi Perempuan @ Lelaki
Baca juga: Praeklampsia Tak Sama Dengan Darah Tinggi, Ibu Hamil Perlu Peka Elak Komplikasi!