Apakah tugas seorang suami bila isteri sedang berpantang? Bukan duduk rehat saja ya. Ikuti perkongsian lelaki ini yang berkongsi rutin menjaga isterinya ketika berpantang.
Mesti ada suami di luar sana yang rasa leceh untuk buat semua ini, tetapi percayalah jika anda ikhlas bantu isteri, lebih mudah urusan anda.
Isteri sudah berkorban mengandung dan melahirkan anak, apalah sangat jika bantu uruskan mereka ketika mereka sedang berpantang ini. Bukan isteri orang lain, isteri anda juga kan?
Tugas seorang suami bila isteri berpantang
Lelaki ini, kongsikan apa yang dia buat sepanjang isterinya berpantang. Ia bukan saja dapat pujian daripada ramai wanita, malah kaum lelaki ada yang akui tidak dapat buat seperti lelaki ini. Malah ada juga yang bertindak tag suami masing-masing pada perkongsian itu kerana ‘cemburu’ tidak diperlakukan begitu ketika berpantang sebelum ini.
Jom ikuti perkongsiannya:
beginilah rutin harian tuan2 masa isteri berpantang.. balik keje cod barang2,tengok baju isteri anak xsmpat basuh lg,kita tolong basuh,tolong jemur & lipatkan..xpandai xpe dik,asal kita buat..salah takpe,kita belajar..tnye isteri dh makan atau belom,kalau belum..boleh kita hidangkan,makan sama2..jgn hentak kaki bila balik keje tgok makann takde atas meja..tengok keadaan isteri & anak dulu,tengok keadaan rumah..tengok dalam sinki,ada yg xsempat isteri buat,anak xmndi lgi ke kita tolong buatkan,sama2 bertimbang rasa..bukan takut isteri dik,tapi kita hormat diorang..kerana isteri & anak2 adalah rezeki kita..isteri sy berpantang czer,saya memang xbagi dia bt kerja..sruh brehat banyak2,lain orang lain situasi..xsama mcm abg jugak dik,ada org keluar gelap,balik gelap untuk cari rezeki,abg alhamdulillah stakat bleh bt abg buat
rutin harian basuh baju memang ad hari2 ada tu isteri basuh abg sidaikan..sama2 bt
xsuka tengok timbun bnyak2..isteri xsempat,abg lipatkan..xpndai xpe,abg pn xpandai lipat2 ni
pkul 2 3 pagi normal la kalau xtido jaga baby..masa ni salin pampers pkul 2 pgi(xnak gerak isteri tengah tido)..baby ajak ayah dia main,siang tido,mlm berjaga..pandai anak ayah ni
yg ni abg masakkan menu utk isteri abg brpantang..alhamdulillah,dia suka sangat2..xpndai pn masak dik,tpi abg cuba
org berpantang memang lapar dik..yg ni abg buat menu lain utk isteri,kkus ikan selayang..ambil isi,cmpur dgn sawi..isteri pn suka sangat2
masa ni baby kuning..seminggu ulang alik klinik,sy bgi isteri tunggu dlm kereta shj..sy bwk bby prgi cek jumpa dktor,alhamdulillah..skarang baby dh okey
Jadi tiada alasan untuk suami lain di luar sana cuba lakukan yang terbaik untuk membantu isteri ketika berpantang. Jika tidak pandai buat, boleh cuba. Jangan terus tak buat langsung pula ya.
Panduan jaga isteri ketika berpantang
Mungkin ini boleh dijadikan rujukan buat suami di luar sana, apa yang patut anda buat ketika isteri berpantang:
#1. Mandikan bayi
Memang pada mulanya tak reti. Tetapi minta panduan daripada orang lebih tua dan berpengalaman. Jika nak mudah, anda boleh beli tub yang sudah dikhaskan untuk mandikan bayi.
Gunakan juga mandian yang sesuai untuk kulit bayi. Selepas mandikan bayi, jangan lupa gunakan minyak telon untuk elakkan kembung perut.
Sapukan pada perut, betis, dada dan tapak kaki bayi anda. Senang saja, lihat dulu apa yang orang lain lakukan, dan lakukan pada bayi anda.
#2. Sediakan air herba untuk mandian isteri
Biasanya isteri akan sediakan dan beli siap-siap air herba untuk mandian. Anda hanya tinggal rebus dan sediakan air mandian untuk isteri mandi setiap pagi.
Jika anda bekerja, cuba pastikan anda sediakan semua ini sebelum anda keluar bekerja. Isteri baru lepas bersalin tidak digalakkan untuk angkat barang yang berat.
Jadi angkat air adalah tidak digalakkan. Justeru, anda boleh sediakannya lebih awal untuk memudahkan isteri anda.
#3. Masak menu pantang
Tak tahu masak tidak mengapa. Anda boleh belajar. Ada pelbagai resepi mudah lauk wanita berpantang yang dikongsikan di media sosial. Apa salahnya sambil anda scroll Facebook dan sebagainya itu, ambillah menu pantang yang dikongsikan dan masak untuk isteri.
Pastikan isteri anda makan ikut waktu dan makan makanan berkhasiat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Baharin Zakaria
Baca juga: 5 Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Oleh Wanita Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan
Baca juga: Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?
Baca juga: Doktor Kongsi Pengalaman Berpantang Cara Moden Yang Betul Agar Luka Bersalin Cepat Sembuh