Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 6 Bulan

Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 6 Bulan

Ibu bapa tidak akan percaya apa yang bayi anda boleh lakukan pada usia 6 bulan! Dia akan suka berceloteh, lebih aktif dan mungkin pandai tidur sepanjang malam.

Wow! Sudah masuk pertengahan tahun dengan bayi tersayang? Anda pasti sedang terfikir, cepatnya anak saya membesar! Apa pula agaknya milestone kanak-kanak 6 bulan?

Anak anda akan mengalami banyak perubahan apabila mencapai umur 6 bulan. Selain dari perubahan dalam perkembangan dan cara anak berinteraksi, ia juga usia yang paling sesuai untuk memulakan makanan pejal menurut doktor. 

Ibu bapa boleh menggunakan peluang yang baik ini untuk menjalin hubungan sambil memperkenalkan anak kepada pelbagai jenis rasa makanan semasa perubahan ini.

Anak bukan saja lebih peka terhadap benda-benda disekelilingnya, dia juga akan lebih perseptif terhadap tindak balas ibu bapanya.

Anda pasti geli hati melihat gelagat anak apabila dia cuba untuk mendapatkan perhatian anda! Jom tengok apa perkembangan mereka tika berusia 6 bulan.

Perkembangan Fizikal

Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 6 Bulan

Anda akan suka melihat perkembangan si kecil di bulan ini apabila ramai bayi akan belajar meniarap dan bergolek. Ini juga bermakna ibu bapa perlu lebih berjaga-jaga apabila anak berada di tempat yang lebih tinggi.

Lebih selamat menukarkan lampin bayi di atas lantai berbanding di atas changing table untuk mengelak mereka dari terjatuh.

Sesetengah bayi pandai meniarap dan bergolek dengan cepat dan ada pula yang akan memerlukan lebih banyak masa. Untuk mengajar anak untuk meniarap, ibu bapa perlu menggalakkan tummy time untuk membina otot kaki dan tangan yang lebih kuat.

Berikan dorongan yang banyak dan jangan lupa untuk memuji sambil menunjukkan wajah anda teruja, apabila anak berjaya meniarap. Apabila anak mendapat tindak balas positif dan sokongan dari ibu bapa, dia akan lebih bersemangat untuk mencubanya lagi.

Ibu bapa juga boleh meletakkan beberapa mainan berdekatan untuk menggalakkan anak meniarap.

Selain semua perkembangan fizikal ini, kebanyakkan bayi berusia 6 bulan sudah boleh tidur sepanjang malam selama 6-8 jam.

Kadar tumbesaran bayi anda juga akan semakin perlahan, dari 1.5-2 paun sebulan hingga kira-kira 1 paun sebulan.

Perkembangan Kognitif 

Pada peringkat ini, bayi anda sudah pandai mengenalpasti lagu, puisi kanak-kanak dan menjangka apa yang akan berlaku seterusnya.

1. Deria sentuh

Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 6 Bulan

Anda akan melihat peningkatan keseluruhan dalam perkembangan deria bayi anda pada 6 bulan.

Dia lebih berminat untuk mengenali tekstur berbeza-beza seperti lembut, berbulu, kasar, dan gatal. Jangan lupa belikan beberapa buku-buku bertekstur untuk si kecil!

2. Deria penglihatan

Deria penglihatan anak juga akan bertambah baik dan dia akan sangat tertarik pada barang-barang yang berkilat dan berwarna-warni.

Tangannya akan cuba merebut barang-barang ini – jadi berhati-hati jika anda gemar memakai anting-anting!

Perkembangan Sosial Dan Emosi

milestone kanak-kanak 6 bulan

Anak yang berusia 6 bulan akan lebih suka berinteraksi dengan orang yang dikenali, terutamanya ibu dan ayah dan boleh ketakutan dengan mereka yang tidak dikenali.

Hobi kegemarannya sekarang ialah bermain dengan wajah ibu bapa, dan berusaha untuk mendapatkan perhatian anda.

Ini adalah masa yang baik untuk mengajar anak permainan “Follow the leader“. Ibu bapa boleh mula meniru bunyi yang dibuat oleh anak anda pada mulanya, dan kemudian ajar anak bunyi haiwan supaya dia boleh cuba tiru balik.

Ini juga masa yang baik untuk membantu perkembangan bahasa anak dengan menunjukkan gambar setiap haiwan, menyebut nama haiwan tersebut sambil meniru bunyi haiwan itu bersama-sama.

Perkembangan Pertuturan Dan Bahasa

Sediakan kamera kerana bayi anda akan mula berceloteh dengan mengulang suku kata tertentu. Kalau bertuah anda mungkin boleh menangkap video anak mengatakan “ma-ma” atau “pa-pa” bulan ini!

Berikan perhatian dan dorongan dengan memberi jawapan apabila dia giat “bercakap”. Ajar anak nama barang-barang yang telah menarik minatnya.

Ibu bapa juga boleh buat ulasan atau menjelaskan kepada anak apabila melakukan tugas. Ini sebenarnya untuk anak belajar bunyi perkataan serta bahasa yang digunakan.

Semua ini akan disimpan di dalam otak dan akan membantu perkembangan pertuturan dan bahasanya satu hari nanti.

Kesihatan dan Nutrisi

milestone kanak-kanak 6 bulan

Pada peringkat ini, anak anda sudah boleh mengambil makanan pejal dan cerai susu. Mula dengan mencampur sedikit makanan pejal dengan susu ibu dan kemudian cuba dengan buah-buahan atau sayur-sayuran.

Apabil memperkenalkan makanan baru, lakukan satu demi satu dan beri makanan yang sama untuk beberapa hari agar anak tidak menunjukkan tanda-tanda alahan seperti ruam, cirit-birit, atau muntah-muntah.

Apabila anak tak menyukai makanan tertentu, ini tidak bermakna anak ada alahan terhadap makanan itu. Ramai bayi yang cerewet makan!

Cuba beri makanan yang sama beberapa kali untuk membantu anak membiasakan diri dengan rasa dan perisa baru.

Akademi Pediatrik Amerika memutuskan tiada kaitan antara alahan dengan pemberian ikan atau telur selepas anak berusia 6 bulan. Tetapi beberapa makanan termasuk madu dan susu lembu harus dielakkan sehingga bayi anda berusia 1 tahun.

Tips Berguna Untuk Ibu Bapa

6 bulan adalah peringkat perkembangan yang penting untuk si manja anda. Pastikan anda ada mainan yang menarik di sekitar rumah yang boleh membantu menggalakkan kemahiran yang berbeza.

Mainan stacking toys sangat baik untuk perkembangan koordinasi tangan dan mata.

milestone kanak-kanak 6 bulan

Malah, hanya dengan meletakkan mainan kegemaran anak berdekatan dengannya, ini boleh mendorong anak untuk merangkak ke arahnya.

Pastikan rumah anda selamat kerana anak yang sudah pandai merangkak senang cedera. Pastikan semua pintu, kabinet dan tingkap dipasang dengan peranti keselamatan.

Semua rak buku perlu dipasang dan dilekatkan pada dinding dengan selamat, kerana ramai bayi suka menggunakan rak buku untuk berdiri.

Pencapaian utama anak apabila berusia 6 bulan termasuk mulut yang kuat membebel, hubungan mata, muka si manja yang tersenyum, dan tindak balasnya terhadap bunyi.

Sediakan kamera anda supaya anda boleh mendokumenkan semuanya!

 

Baca juga:

Panduan Lengkap: Tumbesaran dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 5 Bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner