Siapa yang tak risau bila lihat Urine Pregnancy Test – UPT negatif tapi tidak haid. Ini boleh membuatkan anda keliru sama ada diri sedang hamil atau sebaliknya.
Tambahan pula sebelum ini kitaran haid anda biasanya on time, normal dan teratur. Tiba-tiba, tidak datang atau terhenti.
Yang membuatkan anda lebih runsing apabila anda seolah-olah merasai simptom hamil sepanjang tidak datang haid ini.
Usah risau. Jom kita semak simptom dan risiko ini. Pertama sekali – Adakah gaya hidup anda berubah? Ia mungkin menyebabkan anda tak datang haid.
Misalnya terlalu banyak tekanan, berat badan bertambah atau menurun, senaman berlebihan yang sekaligus menjejaskan tahap hormon dan ganggu kitaran haid.
Ovari mengeluarkan telur setiap 12 hingga 14 hari selepas haid, tapi jika telur tidak disenyawakan, uterus di bahagian lapisan dalam akan luruh seterusnya haid bermula.
Tapi sekiranya ovari tak keluarkan telur seperti mana yang sepatutnya, maka uterus tidak terima semua isyarat yang diperlukan bagi memulakan haid.
Ada ketikanya, wanita terpaksa ambil ubat supaya dapat membantu ovari dan uterus berkomunikasi bagi menghasilkan haid yang teratur.
Walau bagaimanapun, jika haid anda tidak datang lebih tiga kali berturut-turut namun ujian kehamilan negatif, sebaiknya anda rujuk dengan doktor supaya pemeriksaan yang seterusnya dapat dilakukan bagi mengenalpasti punca.
Kenapa UPT negatif tapi tidak haid? Adakah saya hamil?
Sebenarnya, ada beberapa sebab kenapa UPT negatif tapi tidak haid. Malah, anda mungkin akan mengalami simptom-simptom umpama hamil! Ini puncanya:
- Anda mengalami simptom mirip hamil disebabkan peningkatan hormon estrogen dan progesteron.
- Anda melakukan ujian kehamilan terlalu awal dan tidak cukup hCG iaitu hormon kehamilan dalam air kencing. Tuggu sekurang-sekurangnya seminggu selepas haid terlewat kerana masa itu tahap hCG cukup tinggi untuk mengesan.
- Komplikasi keputusan ujian negatif juga mungkin disebabkan anak kembar, kitaran haid yang tidak teratur atau kehamilan ektopik.
- Anda tidak hamil dan gejala kehamilan yang anda rasakan itu adalah dari kehamilan palsu atau dikenali sebagai (pseudocyesis atau phantom pregnancy).
- Anda tidak hamil tapi mempunyai keadaan yang meniru gejala kehamilan.
Jika anda tetap rasa macam hamil, tapi UPT negatif, sila semak soalan ini:
- Adakah anda menguji UPT dengan air kencing pertama pada waktu pagi? Tahap hCG tinggi pada waktu pagi. Jika anda tidak buat ujian pertama pada waktu pagi, keputusan yang diperoleh mungkin tidak tepat.
- Adakah ujian diambil dengan cara yang betul? Adakah anda membaca cara penggunaannya? Sila baca arahan bagi memastikan ia berfungsi dengan betul.
- Adakah anda mencuba jenis UPT yang lain? Jenama ujian kehamilan mempunyai tahap sensitiviti yang berbeza untuk mengukur tahap hCG. Sebaiknya anda mendapatkan UPT yang berbeza setiap kali ingin melakukan ujian tersebut.
- Adakah anda tunggu sekurang-kurangnya 14 hari selepas ovulasi? Sebabnya tahap hCG rendah jika dikesan terlalu awal.
UPT negatif tapi tidak haid, jadi bila sepatutnya anda buat sekali lagi ujian kehamilan ini?
- Sekiranya anda mempunyai kitaran haid 28 hari, paling awal untuk melakukan ujian kehamilan bagi mendapat keputusan tepat adalah empat minggu selepas hari pertama tempoh terakhir anda.
- Ramai wanita yang mengalami haid tidak teratur, jadi sukar untuk mengesan kitaran ovulasi dengan teliti. Apa yang anda boleh buat adalah tunggu hari kitaran seterusnya yang sepatutnya bermula sebelum mengambil ujian ini.
- Tunggu sekurang-kurangnya seminggu untuk haid kembali semula. Jika tidak, buat ujian yang baru.
Walau bagaimanapun, jangan kecewa jika upt negatif tapi tidak haid ini kerana Tuhan tahu bila waktu sesuai untuk mengurniakan zuriat buat anda dan pasangan. Apapun, teruskan usaha dan doa hingga hajat anda tercapai.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: We Have Kids, Baby center
Baca juga: Ujian UPT: 5 Alat UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan