Ustaz Lamar Murid Sewaktu Usia 14 Tahun Dituduh Pedofilia, Netizen ‘Serang’ Video Isteri

Ustaz lamar murid 14 tahun untuk dijadikan isteri dituduh pedofilia. Perkongsian video si isteri 'diserang' netizen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tular video pada laman sosial TikTok berkenaan seorang remaja berusia 19 tahun berkahwin dengan gurunya dari sekolah yang sama. Video tersebut ‘diserang’ oleh netizen selepas dia memaklumkan, guru yang digelar ustaz  itu lamar sewaktu dia masih lagi murid.  

Menurut laporan Mstar, remaja itu memberitahu, lelaki tersebut pernah menyatakan hasrat untuk menjadikannya isteri ketika dia baru berusia 14 tahun.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Minta ustaz tunggu masa umur 17 tahun
  • Netizen beri kritikan isu ustaz lamar murid
  • Apa itu sexual grooming?

Ustaz lamar murid, minta tunggu sampai usia 17 tahun

Berdasarkan tangkap layar video dalam laporan itu, remaja tersebut menjawab ‘saya bawah umur lagi, ustaz kena tunggu sampai saya 17 tahun dulu boleh? Ustaz jumpa ibu dan ayah saya dulu’.

Bagaimanapun, selepas menerima pelbagai komen negatif dan kritikan oleh netizen, remaja itu menjelaskan dia mengenali suaminya itu pada 2015.

“Saya minta maaf pada semua. Saya kenal suami saya memang 2015 tapi kitorang masih seorang ustaz dan anak murid.

“2017 saya tingkatan 2, dia sendiri yang jumpa mak saya waktu mak saya hantar adik saya sekolah. Sebab adik saya anak murid suami saya.

“Saya dulu seorang budak yang sangat nakal sampai mak saya pun tak tahu nak cakap apa dah. Alhamdulillah, salah satu tujuan suami saya untuk dia ubah saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Alhamdulillah, dia banyak ajar saya macam-macam. Memang saya free hair (tidak bertudung). Sebagai isteri seorang ustaz, tapi saya masih lagi dalam proses untuk memperbaiki diri saya,” demikian tangkap layar video tersebut.

 Netizen beri kritikan isu ustaz lamar murid

Dalam laporan tersebut dimaklumkan, remaja itu mengakui sudah mempunyai dua cahaya mata hasil daripada perkahwinan itu.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik pada aplikasi TikTok sudah dipadam manakala, ruangan komen akaun sosialnya juga ditutup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susulan pendedahan tersebut, ia menimbulkan reaksi yang pelbagai daripada netizen dan rata-rata mereka mendakwa, suami remaja itu seorang pedofilia.

Menerusi laporan itu juga, terdapat seorang netizen mengandaikan perkenalan mereka berlaku seawal si isteri berusia 12 tahun manakala, cikgu tersebut berjumpa ibunya ketika remaja itu berusia 14 tahun.

Ada juga yang menyelar tindakan ibu remaja tersebut kerana tidak mengambil sebarang tindakan sewaktu lelaki itu menyatakan hasrat melamarnya yang masih bersekolah dan di bawah umur.

“Kalau aku mak dia, ustaz datang rumah kata berkenan dekat anak makcik dan nak tunggu lagi lima tahun untuk kahwin… mahu aku parangkan”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ibu bapa dia lepas tangan ke ni? ‘Grooming’ dari umur 12 tahun”.

“Ustaz ini ternyata scammer di dunia dan akhirat,” demikian komen-komen netizen terhadap remaja tersebut.

Apa itu sexual grooming?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam laporan itu turut memetik penjelasan seorang pensyarah yang juga psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria iaitu sexual grooming bermaksud perbuatan dengan sengaja mendekati, berbaik dengan seseorang (mangsa).

Sebagi contoh, kanak-kanak iaitu dengan membina hubungan emosi bagi tujuan mengurangkan penolakan sebarang perilaku seksual terhadap mangsa.

Beliau dipetik berkata, isu itu mungkin berlalu akibat terhutang budi, harta atau tautan emosi dengan pemangsa.

Selain itu, Dr Rozanizam juga dipetik berkata, terdapat enam peringkat sexual grooming iaitu mendapat sasaran (cari mangsa yang rapuh), kepercayaan (tunjuk reputasi pemangsa), mengisi keperluan mangsa (beri apa yang mangsa tidak ada), mengasingkan mangsa (ajar mangsa merahsiakan), perilaku seksual dan kekalkan penguasaan ke atas mangsa (ugutan atau suapan).

Proses tersebut tidak berlaku dalam sehari dua dan ia adalah kesalahan di bawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Benarkah Hukumnya Haram Jika Tidur Menghadap Kiblat? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Baca juga: Ustazah Ini Pesan Jangan Selalu Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial, Takut Jadi Mangsa Sihir

Baca juga: Suami MENYAMPAH Nak Balik Rumah Sebab Bersepah, Nasihat Ustaz Ini Buat Dia Menangis