Kita banyak menghabiskan masa di rumah jadi tidak ada salahnya untuk melabur dalam sesuatu yang boleh memudahkan kita dalam menjaga ruang peribadi agar kekal bersih dan selesa iaitu dengan memiliki vacum cordless terbaik untuk proses pencucian secara menyeluruh.
Masalah habuk dan kotoran debu dalam rumah tidak akan selesai jika kita hanya menyapu sahaja kerana itulah vakum atau penyedut habuk sangat penting untuk membersihkan rumah kerana ia dapat menarik dan menyedut habuk-habuk dan radikal bebas halus yang sukar dihilangkan.
Perbezaan Vakum Tradisional Dan Vakum Cordless (Tanpa Wayar)
Dari semasa ke semasa, terdapat banyak perubahan dalam reka bentuk, teknologi dan saiz pembersih vakum. Jika dahulu anda menggunakan vacuum cleaner berwayar yang bersaiz besar dan berbunyi bising untuk memastikan rumah anda bebas habuk dan bersih.
Namun pada masa kini, ramai yang lebih suka menggunakan pembersih vakum yang mudah dipegang, cordless dan mudah digunakan untuk menghilangkan kekotoran rumah, menyedut bulu haiwan peliharaan dan sebarang kekotoran lain.
Walau bagaimanapun setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri. Di bawah kami senaraikan perbezaan antara wakum tradisional dan vakum cordless jadi anda boleh menilai sendiri produk mana yang akan memenuhi keperluan anda.
|
|
Vakum Corded |
Vakum Cordless |
Kuasa Sedutan
Pertimbangan paling penting semasa memilih pembersih vakum ialah kuasa sedutan. Kuasa sedutan yang kuat membantu dalam mengeluarkan pelbagai jenis habuk, kotoran dan bulu haiwan peliharaan dalam kawasan rumah anda.
|
- Mempunyai kuasa sedutan yang lebih tinggi kerana ia disambungkan pada unit utama yang memberikan hasil yang lebih baik, terutamanya jika anda sedang membersihkan permaidani.
- Sangat sesuai untuk membersihkan rumah yang lebih besar, yang mempunyai banyak permaidani, haiwan peliharaan dan kanak-kanak.
|
- Berfungsi menerusi bateri yang dicas jadi ia akan mula kehilangan kuasa sedutan.
- Walau bagaimanapun, pembersih vakum bebas wayar yang disertakan dengan bateri litium mungkin bertahan lebih lama dan juga memberikan kuasa sedutan yang konsisten.
- Pendek kata, pembersih vakum tanpa wayar berfungsi hanya sehingga masa vakum mempunyai hayat bateri.
|
Mudah Alih
Kemudahalihan adalah faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh pengguna semasa mencari pembersih vakum.
|
- Biasanya didatangkan dengan kord kuasa yang berukuran lebih kurang 20 kaki.
- Menggulung kord pembersih vakum adalah isu yang dihadapi oleh pengguna.
- Tali yang panjang menyukarkan pergerakan untuk melalui kebanyakan tempat manakala tali yang pendek pulak membataskan pergerakan menyeluruh di sekeliling rumah.
- Ada vakum jenis ini didatangkan dengan kord auto-retraktor, yang memastikan ia selamat daripada kerosakan.
|
- Menawarkan kemudahan yang lebih baik kerana anda boleh mengalihkan perkakas dengan mudah.
- Pengguna boleh membersih di keseluruhan ruang tamu kecil atau besar dalam satu-satu masa.
- Kapasiti bateri juga bergantung kepada jenama vakum. Bateri yang kecil mungkin menghadkan tempoh untuk membersih.
- Beberapa jenama vakum boleh ditukar dengan mudah menjadi pembersih yang boleh dipegang tangan atau handheld untuk membersihkan debu-debu di celah sofa atau di tempat yang sukar untuk dibersihkan.
|
Kapasiti Habuk
Kapasiti pengumpulan habuk pembersih vakum juga merupakan faktor penting untuk dipertimbangkan semasa mencari pembersih vakum.
|
- Mempunyai kapasiti yang lebih tinggi untuk mengumpul habuk berbanding dengan vakum tanpa wayar.
- Kanister tidak perlu dikosongkan dengan kerap jadi ia sangat ideal untuk orang yang mempunyai alahan terhadap habuk.
|
- Mempunyai kapasiti yang kecil berbanding dengan vakum tradisional.
- Perlu dikosongkan dan dibersihkan dengan lebih kerap dan tidak membersihkan penapis atau mengosongkan tong habuk akan menjejaskan prestasi pembersih vakum.
|
Sama ada anda memerlukan vakum tradisional atau vakum tanpa wayar bergantung kepada keperluan pembersihan anda seperti saiz rumah anda, kawasan permaidani, dan jika anda mempunyai haiwan peliharaan atau anak-anak yang merupakan beberapa perkara penting untuk dipertimbangkan semasa memilih pembersih vakum.
Jika anda mempunyai rumah kecil, pembersih vakum tanpa wayar adalah perkakas yang paling sesuai untuk anda. Pembersih vakum berwayar sesuai untuk rumah besar yang memerlukan pembersihan menyeluruh.
Tip Pemilihan Vacum Cordless Terbaik
Bagi anda yang mempunyai perancangan untuk membeli vacum cordless terbaik, sebaiknya semak dahulu beberapa aspek penting dalam memilih vacuum cleaner seperti di bawah ini.
1. Pilih yang ringan dan mudah disimpan
Pilihlah vacuum cleaner yang ringan agar lebih mudah ketika menggunakannya terutamanya apabila anda harus membersihkan ruang di rumah. Berat standard vacuum cleaner dalam lingkungan 3 kilogram. Jika anda menemukan yang lebih ringan, tentu lebih mudah untuk menggunakannya dan senang untuk disimpan.
2. Kapasiti penyimpan habuk yang besar
Salah satu aspek penting ketika mencari vacuum cleaner adalah ukuran bekas penampung debu. Dengan memilih kapasiti penyimpanan yang besar, ertinya anda dapat membersihkan seisi rumah tanpa perlu sentiasa mengosongkan habuknya.
3. Jimat elektrik
Belilah vacuum yang menjimatkan tenaga dan elektrik rumah anda. Biasanya, semakin tinggi watt pada vacuum cleaner, maka akan semakin besar daya penggunaan tenaga elektriknya. Apabila anda membeli vacuum yang jenis jimat elektrik, ia sekaligus akan mengurangkan bil bulanan elektrik anda.
4. Mempunyai filter pada vakum
Pilihlah vacuum cleaner yang memiliki teknologi filter high efficiency particulate air (HEPA) untuk menapis debu yang masuk terutamanya bagi anda yang memiliki haiwan peliharaan berbulu di rumah. Dengan filter ini, maka sisa bulu haiwan akan tersedut sempurna dan aliran udara di rumah pun menjadi lebih baik.
5. Tidak bising
Pilih vacuum yang rendah bunyinya agar tidak mengganggu semua orang ketika anda sedang menggunakannya. Dengan ini, anda boleh vacuum rumah dengan tenang tanpa terganggu dengan bunyi yang dihasilkan.
5 Vacum Cordless Terbaik Untuk Pembersihan Menyeluruh
Agar tidak salah pilih, berikut merupakan cadangan vacum cordless terbaik dari kami untuk pembersihan rumah yang lebih efektif dan cepat.
Vacum Cordless Terbaik
| Dyson Cyclone V10 Fluffy Vacum Cordless Terbaik Bateri Tahan Lama | | View Details | Beli di Shopee |
| Philips Speed Pro Aqua Cordless 5000 series Vacum Cordless Terbaik Untuk Kegunaan Kering Dan Basah | | View Details | Beli di Shopee |
| PerySmith Cordless Vacuum Cleaner Kaden Series Pro K2 Max Vacum Cordless Terbaik Dengan Kuasa Sedutan Kuat | | View Details | Beli di Shopee |
| Corvan Cordless Vacuum Wireless Cleaner K6 Vacum Cordless Terbaik Ringan | | View Details | Beli di Shopee |
| Airbot iRoom 2.0 Vacum Cordless Terbaik Tak Bising | | View Details | Beli di Shopee |
Vacum Cordless Terbaik Bateri Tahan Lama
Jenama Dyson sememangnya menjadi pilihan ramai kerana kelebihan teknologi alat pembersihannya seperti vacuum cordless model Cyclone V10 Fluffy ini yang digunakan secara berterusan selama 60 minit tanpa pengecasan yang kerap jadi anda boleh mengemas rumah dengan lebih lama.
Lengkap dengan pelbagai kepala berus yang boleh diubahsuai mengikut sudut-sudut membersih dirumah anda, kekuatan sedutan 151AW pada motor digital Dyson V10 juga sangat hebat dalam menangkap partikel halus bawah saiz 0.3 microns dengan sistem penapisan tertutup sepenuhnya yang memerangkap zarah mikroskopik lalu mengeluarkan udara yang lebih bersih.
Begitu juga dengan ciri berus utama vacuum yang lembut dan teguh mampu menyapu habuk dari karpet sehingga lantai kayu tanpa merosakkan permukaan lantai kayu atau mozek rumah.
Apa yang kami suka :
- Mempunyai paparan LCD untuk akses saiz bateri, jenis power mod, peringatan servis penapis dan pelbagai laporan ralat dari vacuum.
- Mekanisme ‘titik dan tembak’ memudahkan anda mengeluarkan habuk dan serpihan jauh ke dalam tong anda, dalam satu tindakan – jadi tidak perlu menyentuh kekotoran.
- Mempunyai dok yang dipasang di dinding untuk mengecas semula dan untuk menyimpan alatan dengan kemas, sedia untuk diambil dan guna.
- Boleh ditukar menjadi pembersih vakum pegang tangan hanya dengan satu klik.
- Direka untuk menyerap getaran dan melembapkan bunyi, untuk mengekalkan tahap bunyi yang rendah.
Vacum Cordless Terbaik Untuk Kegunaan Kering Dan Basah
Penyedut habuk tanpa wayar Philips model SpeedPro Aqua baharu ini menyediakan capaian pantas ke mana-mana, walaupun untuk menyapu di bawah perabot yang rendah kerana ia sangat fleksibel dan mudah dikendalikan.
Dengan muncung sedutan 180° direka untuk pengambilan tepat dan berkuasa untuk menyedut sehingga 98% habuk dan kotoran pada semua jenis lantai. LED dalam muncung menunjukkan habuk dan kotoran tersembunyi, semasa anda sedang menggunakannya.
Lebih menarik lagi, sistem vakum yang disertakan bersama mop yang unik membantu membuang sehingga 99% bakteria sekaligus. Jadi anda boleh mengemop sambil menyedut habuk dalam satu-satu masa!
Apa yang kami suka :
- Didatangkan dengan motor PowerBlade dan teknologi PowerCyclone 7 yang mengasingkan habuk dari udara serta-merta, untuk mengekalkan prestasi yang kukuh lebih lama.
- Bateri litium-ion berprestasi tinggi menyediakan sehingga 50 minit dalam mod biasa dan 22 minit dalam mod turbo, sebelum anda mengecas semula.
- Mempunyai dok yang dipasang di dinding untuk mengecas semula dan untuk menyimpan alatan dengan kemas, sedia untuk diambil dan guna.
- Unit pegang tangan boleh tanggal menjadikan SpeedPro menjadi dua peranti dalam satu, jadi ia sentiasa bersedia untuk membersihkan siling, tilam, tempat duduk dalam kereta, dan sebagainya.
- Penapis boleh dibasuh memastikan kelajuan udara yang tinggi lebih lama.
Vacum Cordless Terbaik Dengan Kuasa Sedutan Kuat
Ubah persepsi anda terhadap pembersihan vakum ke peringkat seterusnya dengan Teknologi Teras terkini pada penyedut udara PerySmith yang mempunyai keupayaan untuk memberikan kuasa sedutan yang konsisten namun berkuasa dan mampu menangkap zarah sehalus 0.25 mikron.
Dengan sistem penapis berbilang, mesh keluli tahan karat untuk menapis zarah besar, Penapis Pra & penapis HEPA 0.25 Mikron untuk menapis zarah berskala kecil, vacum ini juga didatangkan bersama Motor Penyongsang Pintar dengan kelajuan tinggi 76,000rpm menawarkan sedutan yang kuat melalui pembersihan tanpa wayar.
Apa yang kami suka :
- Dikuasakan oleh bateri Lithium Ion 22.2V HD untuk prestasi pembersihan yang optimum dengan penggunaan masa sehingga 45 minit.
- Berus bermotor mempunyai benang anyaman anti statik yang menangkap habuk halus serentak dengan lampu LED untuk membersihkan tempat gelap dengan mudah.
- Reka bentuk tangkas berputar dengan lancar untuk digunakan di sekeliling perabot dan halangan lain di rumah.
- Mengeluarkan habuk dari bekas habuk dengan mudah dengan satu butang tekan.
- Harganya yang lebih murah daripada jenama-jenama vacum cordless terbaik.
Vacum Cordless Terbaik Ringan
Antara jenama vacum cordless terbaik paling ringan iaitu hanya seberat 1.2 kilogram, Corvan Cordless Vacuum dapat membersih lebih baik dengan kuasa sedutan yang kuat meskipun dengan reka bentuk tanpa wayar yang mudah alih.
Anda boleh meleret vacuum dicelahan hujung perabot yang gelap dan membersih dengan efisien kerana berus lantainya dilengkapi lampu LED yang akan mempercepatkan lagi proses pembersihan.
Apa yang kami suka :
- Penangkapan habuk yang sangat berkesan dengan Sistem Pemisahan Debu Siklon, rambut, bulu binatang peliharaan dan sisa makanan di lantai dapat disedut dengan mudah tanpa perlu disapu lagi.
- Tempoh penggunaan selama 40 minit cukup untuk membersihkan rumah 2 tingkat.
- Pek bateri Li-ion tahan lama dan direka bentuk dengan komponen kualiti premium dari USA.
- Penapisan HEPA Berganda 3 peringkat – boleh dibasuh
Vacum Cordless Terbaik Tak Bising
Vacuum cordless dari jenapa Airbot ini menggunakan teknologi siklonik untuk menjadikan pembersihan ruang anda lebih mudah serta reka bentuk badan yang ramping dan pengendalian cengkaman, yang menjadikannya lebih mudah dikendalikan tanpa menyebabkan sebarang keletihan.
Penyedut habuk ini juga mempunyai ciri pembatalan bisig yang mengurangkan bunyi semasa anda membersihkan dan bar lampu LED yang membantu anda memantau tahap bateri dan status pengecasan pembersih vakum anda.
Memiliki kuasa sedutan 19000pa sudah memadai untuk membersih bahagian lantai dan karpet dari sebarang habuk serta kotoran malah vakum ini juga sesuai untuk menyedut debu pada langsir, sofa, tilam dan almari.
Apa yang kami suka :
- Bateri boleh dicas semula dan masa pembersihan sehingga 35 minit.
- Kawalan kelajuan dwi dengan menekan butang iaitu Kelajuan Rendah (Untuk pembersihan cepat dan penjimatan tenaga dengan bunyi minimum) dan Kelajuan Tinggi (Untuk pembersihan menyeluruh).
- Harga yang berpatutan dengan ciri-ciri terbaik.
Perbandingan Harga Vacum Cordless Terbaik
|
Jenama |
Harga |
Dyson Cyclone V10 Fluffy |
RM2699.00 |
Philips Speed Pro Aqua Cordless 5000 series |
RM1699.00 |
PerySmith Cordless Vacuum Cleaner Xtreme Series XS20 |
RM263.00 |
Corvan Cordless Vacuum Wireless Cleaner K6 |
RM386.00 |
Airbot iRoom 2.0 |
RM289.99 |
Tip Kemas Rumah Bebas Habuk
Ibu ayah pasti tahu bahawa kesan habuk boleh menjejaskan kesihatan anak-anak malah orang dewasa juga tidak terkecuali. Paling dikhuatiri, boleh menjadi punca serangan asma yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
Habuk ini jika tidak dihindarkan daripada ruang kediaman boleh membawa banyak masalah. Jadi ketahui bagaimana tip untuk mengemas rumah bagi membasmi habuk dan sekali gus mengelakkan rumah menjadi tempat habuk bersarang.
- Kurangkan meletak hiasan atau peralatan yang boleh memerangkap habuk di dalam kediaman seperti bunga hiasan palsu.
- Letakkan alas kaki satu di luar pintu dan satu lagi di dalam kediaman yang bertujuan untuk memerangkap habuk daripada dibawa masuk ke dalam kediaman.
- Guna blind dari kayu, metal atau plastik yang mudah dibersihkan berbanding kain.
- Penggunaan sofa jika materialnya daripada fabrik, pastikan mempunyai zip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk terus terperangkap.
- Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk.
- Kipas adalah perangkap habuk terhebat jadi pastikan anda membersihkan kipas sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
- Pintu dan tingkap yang menghadap ke jalan perlu ditutup sentiasa. Pun begitu, pastikan pintu atau tingkap di bahagian lain dibuka untuk aliran udara bersih masuk ke dalam ruang kediaman.
- Mempunyai sekurang-kurangnya sebuah vacuum cleaner. Ramai beranggapan kegunaan vakum hanya kepada mereka yang memasang permaidani di rumah namun sebenarnya, vakum juga boleh digunakan untuk membersih apa juga jenis permukaan lantai, membuang sawang pada dinding atau siling, membersih langsir, perabot dan banyak lagi.
Anda juga boleh membuat magic spray yang membantu habuk susah melekat pada barangan seperti yang dikongsikan oleh pengguna di Facebook, Puan Yatie Eimra. Justeru barang rumah tak perlu lagi bersihkan setiap hari.
Penyembur habuk pelbagai guna :
1) ¼ cawan cuka
2) 1¼ cawan air
3) 3 sudu kecil minyak zaitun
4) 1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
5) Sedikit essential oil* (optional)
Campur semua bahan-bahan dalam botol spray dan goncang sebelum guna. Guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat peringatan pada botol supaya tak lupa.
Cara guna :
Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian. Tip paling penting adalah goncang setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak dan air bercampur.
Katanya, mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat cuma lebih mudah nak bersihkan habuk dan menjimatkan masa. Semoga tip ini bermanfaat dan membantu anda semua menyelesaikan kerja-kerja rumah dengan lebih cepat. Selamat mencuba!
Baca Juga : Punca Alahan Bermula Dari Rumah, Ini Cara Pastikan Rumah Bebas Habuk & Debu Hama
Baca Juga : Dinding pengumpul habuk, kulat dan bakteria