X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi 2 Minggu Positif COVID-19 Ketika Dalam Pusat Jagaan Wanita Selepas Bersalin!

4 min bacaan
Bayi 2 Minggu Positif COVID-19 Ketika Dalam Pusat Jagaan Wanita Selepas Bersalin!

Varian baru COVID-19 kini menyerang secara agresif pada bayi. Bayi berusia 2 minggu telah dijangkiti COVID-19 di pusat jagaan selepas bersalin.

Dengan peningkatan kes harian COVID-19 di Malaysia makin meningkat, muncul pula varian baru yang dikatakan lebih agresif dalam menjangkiti bayi dan kanak-kanak, ibu bapa kini perlu dalam keadaan lebih berjaga-jaga. 

Varian baru menjangkiti bayi baru lahir

Baru-baru ini kami menerima satu perkhabaran daripada seorang ibu yang tidak mahu dikenali (Ibu B) bahawa bayinya yang baru berusia 2 minggu disahkan positif COVID-19 ketika dia masih dalam rawatan di pusat penjagaan wanita selepas bersalin di Selangor.

Ibu B menyatakan bayinya mendapat jangkitan daripada bayi lain (Bayi A) yang juga sama usia dengan bayinya. Ibu B disahkan negatif selepas membuat ujian manakala ibu kepada Bayi A telah disahkan positif COVID-19 sama dengan bayinya. 

Kedua-dua ibu tersebut ditempatkan dalam bilik penjagaan yang berlainan dan bapa kepada bayi diarahkan untuk sama ada duduk di dalam pusat penjagaan itu secara kekal atau tidak dibenarkan melawat langsung. 

Bayi positif tiada simptom

varian, mutasi, covid-19, bayi covid

Liputan 6.com

Kedua-dua bayi tersebut tidak menunjukkan apa-apa simptom setakat ini namun perlu membuatkan ujian swab yang sangat tidak menyelesakan selang 5 hari. 

Kedua-dua bayi itu kini di tahap 37 dari skala 0-40, yang mana menunjukkan keadaan yang tidak begitu serius. Skala 0 bermaksud sangat teruk dan memerlukan bantuan pernafasan serta di tahap kritikal manakala 40 bermaksud semakin pulih. 

Jangkitan itu dipercayai berpunca daripada bapa kepada Bayi A yang sering berulang alik ke pusat jagaan. Walau bagaimanapun bapa kepada bayi itu disahkan negatif selepas membuat ujian swab. Bila difikirkan kembali, tiada sebab lain bagaimana mereka mendapat jangkitan itu selain daripada bapa Bayi A. 

Pusat jagaan wanita bersalin itu walau bagaimanapun tidak diperintah untuk kuarantin, namun kedua-dua ibu kepada bayi positif itu diarahkan untuk kuarantin selama dua minggu di dalam bilik masing-masing. 

Kita selalu melihat statistik jangkitan COVID-19 hanya melibatkan orang dewasa, namun kini jangkitan kepada kanak-kanak di Malaysia semakin tinggi, ia mencecah lebih 64 ribu jangkitan. 

Jangan lagi mengambil enteng mengenai wabak ini, jangkitan sekarang semakin menular dan tidak mengenal usia. Beringatlah sebelum terkena. 

Varian baru yang menyerang kanak-kanak, ini yang ibu bapa perlu tahu

varian, mutasi, covid-19

Foto: KKM

Satu kajian baru-baru ini oleh 39 orang saintis dari 14 buah negara mendapati bahawa jangkitan dapat dicegah dengan memperbaiki sistem pengudaraan dalaman. Kajian itu menyatakan bahawa virus membiak di saluran pernafasan, dan keluar melalui hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Dan virus ini dapat ditiup lebih jauh dan dapat bertahan lebih lama, berdasarkan aliran udara, suhu, dan tahap kelembapan.

Dengan pengudaraan dalaman, kemungkinan virus tetap hidup dan menjangkiti lebih ramai orang. Oleh kerana semakin ramai yang menghabiskan masa di dalam rumah, virus ini lebih mudah tersebar di kalangan kanak-kanak. 

Sekarang ini gejala tidak terhad pada yang biasa dialami, beberapa gejala dari varian baru yang menyerang kanak-kanak adalah seperti berikut:

  • Demam atau menggigil
  • Batuk
  • Keletihan
  • Sesak nafas atau sukar bernafas
  • Sakit otot atau badan
  • Sakit kepala
  • Kehilangan rasa atau bau
  • Sakit tekak
  • Mual atau muntah
  • Kesesakan hidung atau berair
  • Cirit-birit
varian, mutasi, covid-19, bayi covid

Foto: Merdeka

Menurut Pusat Kawalan Penyakit, jika anda melihat tanda-tanda berikut anda mesti segera bawa orang yang dijangkiti ke hospital.

  • Masalah bernafas
  • Kesakitan atau tekanan yang berterusan di dada
  • Kekeliruan atau kekecewaan
  • Ketidakupayaan untuk bangun atau berjaga
  • Kulit, bibir, atau kuku berwarna pucat, kelabu, atau biru, bergantung pada warna kulit
  • Setelah diuji dan jika dinyatakan positif Covid-19, rawatan akan diberikan berdasarkan simptom dan keparahannya.

Buat masa ini, pegawai kesihatan mengesyorkan langkah lebih berhati-hati termasuk memakai topeng muka dua lapis di kawasan awam. Di rumah, pastikan membersihkan setiap barang yang dibawa dari luar.

Sementara itu, saintis telah menyokong langkah berjaga-jaga tambahan seperti meningkatkan pengudaraan dan mengelakkan peredaran udara yang berpotensi diserang virus di dalam bangunan.

Dan untuk rakyat Malaysia, kekal duduk di rumah, elakkan ke kedai atau membeli barang membawa anak kecil. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bayi 2 Bulan Korban Baru COVID-19, Hati-Hati Parents!

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi 2 Minggu Positif COVID-19 Ketika Dalam Pusat Jagaan Wanita Selepas Bersalin!
Kongsikan:
  • Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

    Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

  • Due Date Sudah Dekat, Ini Prosedur Bersalin Khusus Bagi Ibu Yang Disyaki Covid-19

    Due Date Sudah Dekat, Ini Prosedur Bersalin Khusus Bagi Ibu Yang Disyaki Covid-19

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

    Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

  • Due Date Sudah Dekat, Ini Prosedur Bersalin Khusus Bagi Ibu Yang Disyaki Covid-19

    Due Date Sudah Dekat, Ini Prosedur Bersalin Khusus Bagi Ibu Yang Disyaki Covid-19

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.