Tidak Hanya Bayi & Kanak-Kanak, Virus HFMD Juga Boleh Dijangkiti Orang Dewasa!

Virus HFMD semakin tular hingga turut beri kesan pada penjaga dan ibu bapa. Tanpa perlu klinik, ini cara rawatan semulajadi anda boleh cuba

Kini tengah tular virus HFMD atau Hand Food Mouth Disease yang semakin hangat diperkatakan. Malah, ramai kanak-kanak dijangkiti penyakit ini. 

Tapi, penyakiy HFMD semakin merebak dengan teruk hingga membimbangkan apabila ia turut merebak pada orang dewasa. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Virus HFMD merebak pada orang dewasa – seorang ibu jadi mangsa
  •  

Simptom dan gejala virus HFMD pada orang dewasa sama saja seperti kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFMD ini seperti demam ringan, hilang selera makan, ruam di bahagian tapak tangan , kaki dan ulser di dalam mulut. 

Walau apapun, virus HFMD harus dirawat dengan segera kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, ia  boleh membawa maut. 

Virus HFMD merebak pada orang dewasa – seorang ibu jadi mangsa

Semalam, suami kepada wanita ini berkongsi gambar isterinya yang dijangkiti virus HFMD dari anak mereka yang sudah dijangkiti sebelum ini. 

Isterinya mula mengalami simptom tersebut selepas beberapa hari.

 

Menurut perkongsian Dr. Iqbal Rosali, virus HFMD boleh dijangkiti orang dewasa terutama ibu yang masih menyusu badan pada anak. Secara tak langsung, virus tersebut menular melalui air liur anak yang dijangkiti. 

Malah, jika orang dewasa terkena penyakit ini, ia dua kali ganda lebih teruk berbanding kanak-kanak. 

Bagi langkah berjaga-jaga, Dr. Iqbal menyediakan dua botol pencuci Dettol, sebotol hand sanitizer Dettol dan tisu basah Dettol untuk mencegah virus HFMD ini dari terus berjangkit pada seisi keluarganya yang lain. 

Doktor yang merawat penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) akan melihat tiga perkara ini

  • Umur pesakit yang dijangkiti 
  • Tanda-tanda dan simptom HFMD yang dijangkiti 
  • Kemunculan bintik merah atau cacar air yang melepuh di sekitar kawasan anggota tubuh yang terlibat.
  • Lokasi yang berkemungkinan terkena virus tersebut 

Apa rawatan untuk kes virus HFMD ini?

Virus HFMD tiada spesifik rawatan. Tapi biasanya, ibu bapa perlu membersihkan rumah selama 10 hari supaya virus tidak merebak secara berterusan. 

Namun, doktor akan beri beberapa jenis ubat bagi mencegah virus HFMD dan supaya pesakit kembali sembuh.

Antara ubat yang diberikan seperti acetaminophen, Tylenol, Advil, Motrin, ibuprofen dan lain-lain yang bersesuaian bagi penyembuhan.

Namun, ada beberapa bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk merawat dan mencegah  HFMD ini. Antaranya ialah:

  • Mengamalkan minuman sejuk atau ais supaya tekak lebih selesa. 
  • Makan ais krim
  • Elakkan makanan berasid
  • Elakkan makanan masin dan pedas
  • Makan makanan ringan untuk elak banyak mengunyah 
  • Bilas mulut dengan air suam selepas makan 

10 rawatan semula jadi bagi merawat simptom HFMD 

#1 Ais kiub kelapa 

Dehidrasi merupakan tanda-tanda HFMD kerana luka melepuh dalam mulut. 

Air kelapa sejuk boleh bantu melegakan kesakitan dan ketidakselesaan itu. Malah ia merupakan cara semula jadi yang bagus bagi mengelak dehidrasi.

#2 Makan sup 

Sup panas boleh membantu tubuh pulih dari serangan virus HFMD. 

#3 Bilas mulut selepas makan 

Campurkan 1/2 garam dalam segelas air. Kemudian, basuh dan cuci mulut secara berulang. Garam membantu seimbangkan tahap PH dan menyokong sistem imun badan.

#4 Minyak kelapa 

Minyak kelapa bagus untuk mempercepatkan penyembuhan. Kandungan antimikrob dan antiviral dalam minyak kelapa boleh memberi kelegaan dan mencegah penyebaran penyakit. 

#5. Bone Broth

Bagi memastikan pemakan yang sihat, amalkan sup tulang ini. Kandungan kalogen yang tinggi dalam sup tilang membantu penyembuhan kulit supaya kembali sihat. 

#6. Minum teh rooibos 

Teh rooibos memang terkenal sebagai anti radang semula jadi yang kuat bagi mempercepatkan penyembuhan melawan virus HFMD.

Malah, ia turut diperakui oleh kajian yang mengatakan teh rooibs boleh menghalang influenza A dan Enterovirus. 

#7 Herba Echinacea 

Mungkin anda pertama kali dengar nama herba ini, kan? Tapi ramuan herba Echinacea paling kuat dan berkesan dalam meningkatkan sistem imun tubuh.

Selain anti radang, ia memperbaiki masalah kulit dan melawan jangkitan. 

# 8 Minyak pati lemon

Minyak pati lemon bagus untuk menyokong tindak balas sistem imun. Jika digunakan secara terus, ia dapat sembuhkan masalah kulit.

#9 Minyak lavender

Apabila dijangkiti HFMD, pastinya tidur malam akan terganggu. Tapi dengan menggunakan minyak lavender kemudian meresap dalam bilik mampu membuatkan tidur lebih selesa. 

#10 Minyak bunga cengkih

Minyak bunga cengkih ini mempunyai kandungan antiviral, antiseptik dan anti radang kulit. Sebab itu, minyak ini popular untuk merawat HFMD ini.

Caranya, titiskan satu minyak ini di dalam mulut bagi kurangkan rasa sakit. Namun begitu, minyak ini tak boleh digunakan pada bayi dan ibu hamil. 

Dengan perkongsian rawatan semula jadi ini, diharap ia dapat bantu anda yang sedang melawan virus HFMD. Semoga penyakit berkurangan dan anda cepat sembuh.

Selain itu amalkan gaya hidup yang sihat serta sentiasa beringat ketika membawa anak-anak keluar ke tempat yang berisiko untuk dijangkiti wabak ini. Semoga memberi manfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Mayo clinic , Draxe, Dr. Iqbal Rosali 

Baca jugaBuat Masa Ini Elakkan Bawa Anak Bawah 12 Tahun Ke Tempat Awam, Elak Jangkitan HFMD

Baca juga: Anak Tak Nak Makan & Susu Sebab Kena HFMD, Ibu Boleh Bagi 10 Jenis Makanan Ini!

Baca juga: Kes HFMD Makin Meningkat, Ibu Ayah Dinasihat Amalkan 8 Perkara Ini Untuk Elak Jangkitan!