Virus Human Metapneumovirus (hMPV): Punca, Gejala Dan Rawatan

Virus human metapneumovirus (hMPV) boleh menyebabkan gejala seperti batuk, hidung tersumbat, selesema, demam ringan, sakit tekak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Virus Human Metapneumovirus (hMPV) adalah virus yang biasanya menyebabkan gejala serupa dengan selesema biasa. Anda mungkin mengalami batuk atau bunyi nafas berdehit, hidung berair, atau sakit tekak.

Kebanyakan kes adalah ringan, tetapi kanak-kanak kecil, orang dewasa berumur lebih 65 tahun, dan individu dengan sistem imun yang lemah berisiko lebih tinggi mengalami penyakit serius. HMPV adalah biasa,  kebanyakan orang mengalaminya sebelum mereka mencapai umur 5 tahun.

Apa Itu Virus Human Metapneumovirus (hMPV)?

Virus Human Metapneumovirus (hMPV) adalah sejenis virus yang menyerang saluran pernafasan. Ia pertama kali dikenalpasti pada tahun 2001, walaupun dipercayai telah lama wujud sebelum itu.

Virus ini adalah sebahagian daripada keluarga virus Paramyxoviridae, iaitu kumpulan sama dengan virus yang menyebabkan penyakit seperti campak dan parainfluenza.

hMPV biasanya menyebabkan jangkitan ringan pada orang dewasa yang sihat, tetapi boleh jadi lebih serius pada mereka yang sistem imunnya lemah. Dalam kes yang lebih parah, ia boleh menyebabkan bronkitis, pneumonia, atau masalah pernafasan lain.

Punca Virus hMPV

1. Pembawa Virus

Individu yang telah dijangkiti menjadi pembawa virus dan boleh menyebarkan jangkitan kepada orang lain, walaupun mereka mungkin hanya menunjukkan gejala ringan atau tiada gejala langsung.

2. Sistem Imun Lemah

Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah lebih mudah dijangkiti, termasuk kanak-kanak kecil, warga emas, dan pesakit yang menghidap penyakit kronik.

3. Tempat Sesak

Virus ini sering tersebar di kawasan tertutup seperti sekolah, tadika, atau hospital, di mana interaksi rapat antara individu memudahkan jangkitan berlaku.

4. Musim Dan Cuaca

Virus ini lebih aktif pada musim sejuk, ketika imuniti badan mungkin berada pada tahap rendah akibat perubahan cuaca.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah hMPV Berjangkit?

Ya, hMPV sangat berjangkit. Ia merebak melalui:

  • Titisan pernafasan apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin
  • Sentuhan langsung dengan permukaan atau objek yang tercemar
  • Hubungan rapat, seperti menyentuh atau memeluk orang yang dijangkiti

Virus ini paling mudah berjangkit dalam beberapa hari pertama selepas simptom muncul.

Cara Jangkitan Penyakit hMPV

Cara jangkitan hMPV adalah melalui hubungan langsung atau tidak langsung dengan virus ini. Berikut adalah penjelasan tentang bagaimana virus ini masuk ke dalam tubuh:

1. Titisan Udara

Apabila seseorang batuk, bersin, atau bercakap, titisan kecil yang mengandungi virus dilepaskan ke udara. Individu yang berada berhampiran boleh menyedut titisan ini melalui hidung atau mulut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Sentuhan Permukaan Tercemar

Virus hMPV boleh bertahan pada permukaan seperti tombol pintu, meja, telefon, atau mainan selama beberapa jam. Jika seseorang menyentuh permukaan ini dan kemudian menyentuh wajah, mereka berisiko untuk dijangkiti.

3. Sentuhan Fizikal

Bersalaman atau berpelukan dengan individu yang dijangkiti juga boleh menyebabkan virus ini tersebar, terutama jika mereka menunjukkan simptom seperti batuk atau bersin.

4. Pernafasan Dekat

Dalam persekitaran tertutup, penularan virus boleh berlaku apabila individu yang dijangkiti berada dalam jarak dekat dengan orang lain, kerana virus ini boleh tersebar melalui udara.

Simptom Virus hMPV

Gejala hMPV biasanya muncul dalam masa 3 hingga 6 hari selepas terdedah kepada virus. Simptom ringan termasuk:

  • Batuk
  • Hidung tersumbat atau selesema
  • Demam ringan
  • Sakit tekak
  • Rasa lesu

Dalam kes yang lebih serius, terutama untuk golongan berisiko tinggi, simptom boleh termasuk:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sesak nafas
  • Berdehit (wheezing)
  • Pneumonia atau bronkitis

Golongan Yang Berisiko

Antara golongan yang berisiko tinggi dijangkiti Virus Human Metapneumovirus (hMPV):

1. Kanak-Kanak Kecil: Sistem imun mereka yang belum matang menjadikan mereka lebih mudah dijangkiti.

2. Warga Emas: Risiko jangkitan meningkat seiring usia, terutama bagi mereka dengan masalah kesihatan lain.

3. Pesakit Penyakit Kronik: Individu dengan asma, penyakit paru-paru kronik, atau jantung mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami komplikasi.

4. Mereka yang Sistem Imunnya Lemah: Pesakit kanser, HIV, atau mereka yang menjalani rawatan seperti kemoterapi lebih mudah dijangkiti.

Cara Mencegah Jangkitan

1. Amalkan Kebersihan Tangan

Cuci tangan dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat, terutama selepas menyentuh permukaan yang mungkin tercemar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Tutup Mulut Dan Hidung

Gunakan tisu atau siku untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin. Buang tisu dengan segera dan cuci tangan selepas itu.

3. Jauhkan Diri Dari Orang Sakit

Elakkan kontak rapat dengan individu yang menunjukkan gejala seperti batuk atau selesema.

4. Sanitasi Permukaan

Bersihkan permukaan yang sering disentuh, seperti tombol pintu, meja, dan mainan, menggunakan bahan pembasmi kuman.

5. Kekalkan Sistem Imun

Amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan yang seimbang, senaman, dan tidur yang cukup untuk menguatkan sistem imun.

Rawatan Virus hMPV

Buat masa ini, belum ada ubat antiviral khas untuk merawat jangkitan hMPV. Kebanyakan orang yang dijangkiti boleh pulih sendiri dengan rehat dan penjagaan di rumah.

Tapi, kalau keadaan anda atau anak semakin teruk, anda mungkin perlu dapatkan rawatan di hospital. Di sana, pasukan perubatan boleh pantau keadaan anda dan pastikan jangkitan tak jadi lebih serius. Beberapa rawatan yang mungkin diberikan termasuk:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Terapi Oksigen
    Kalau anda ada masalah bernafas, doktor mungkin akan beri oksigen tambahan. Biasanya, oksigen ini akan disalurkan melalui tiub kecil di hidung atau topeng di muka.

  2. Cecair IV
    Kalau anda kelihatan lemah atau kekurangan air, cecair akan disalurkan terus ke saluran darah melalui tiub IV untuk memastikan badan kekal terhidrat.

  3. Kortikosteroid
    Steroid ini membantu kurangkan keradangan dalam badan dan boleh melegakan beberapa simptom yang anda alami.

Kes Virus hMPV Di Malaysia

Virus hMPV ini bukannya penyakit baharu dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan telah mengesan 327 sampel positif sepanjang tahun 2024 berbanding 225 pada tahun 2023.

Menurut Menteri KKM, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, di Malaysia, jangkitan hMPV tidak wajib dilaporkan atau dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Namun begitu, Dr Dzulkefly berkata peningkatan jangkitan saluran pernafasan akut pada hujung dan awal tahun adalah fenomena yang dijangka sepenuhnya, selaras peningkatan jangkitan saluran pernafasan yang turut dilaporkan di negara-negara lain terutama yang bermusim sejuk seperti China.

Pada masa yang sama, KKM juga akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan saluran pernafasan di dalam dan luar negara demi meningkatkan kesiapsiagaan serta mengambil tindakan sewajarnya.

Susulan itu, KKM menasihatkan kepada orang ramai untuk berwaspada menghadapi jangkitan ini dengan mengambil langkah proaktif menjaga kesihatan diri serta mencegah jangkitan kepada orang lain terutama di kawasan yang tertutup dan sesak.

Antara nasihat yang diberikan KKM adalah:

  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan pensanitasi tangan (sanitizer)
  • Mengamalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, sama ada menggunakan tisu atau pelitup muka
  • Memakai pelitup muka, terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan atau yang bergejala, terutama apabila anda berada di tempat tertutup atau sesak

Dalam pada itu, KKM juga menasihatkan kepada individu-individu yang mengalami gejala berpanjangan atau semakin teruk perlu segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta terdekat.

KKM sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan saluran pernafasan di dalam dan luar negara, meningkatkan kesiapsiagaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Dengan mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengamalkan kebersihan yang baik dan menjaga sistem imun, kita boleh mengurangkan risiko dijangkiti. Jangan pandang ringan simptom-simptom seperti batuk atau sesak nafas, dan segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Beza HIV Dan AIDS : Ada Orang Dapat HIV Tapi Tak Dapat AIDS, Fahami Perbezaannya!

Baca juga: Penyakit Hernia Pada Perempuan: Apa Itu Hernia Atau Angin Pasang, Simptom Dan Cara Merawatnya

Baca juga: Cirit Birit Sampai Berulang Kali Ke Tandas? Bila Sepatutnya Perlu Jumpa Doktor?

Penulis

Anis