Ibu hamil memerlukan nutrien yang secukupnya bagi memastikan anda dan kandungan dalam keadaan sihat. Sebilangan besar wanita mengambil vitamin untuk ibu mengandung sebagai makanan tambahan yang diperlukan bagi menggalakkan proses perkembangan janin.
Isi Kandungan
Vitamin Untuk Ibu Mengandung Yang Terbaik
Rata-rata ibu hamil yang berada pada trimester pertama terpaksa berdepan alahan teruk, pening kepala, muntah berpanjangan sehingga hilang selera makan. Keadaan ini sekaligus boleh menganggu tubuh dan janin bagi memperoleh nutrisi mencukupi setiap hari.
Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan.
Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.
Diet bagi wanita mengandung adalah lebih kurang sama seperti orang lain, merangkumi diet yang seimbang dan mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan sumber protein.
Selain itu, terdapat beberapa nutrien lain yang diperlukan oleh ibu hamil seperti:
1. Asid Folik
Menghindarkan kecacatan janin, terutamanya yang melibatkan saluran, otak dan tulang belakang bayi. Wanita hamil memerlukan asid folik sebagai 1000mg sehari.
2. Besi
Zat besi bagi mengelakkan risiko kelahiran pramatang. Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit.
Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.
3. Vitamin A
Vitamin A penting untuk perkembangan mata, kulit dan sistem imun bayi. Namun, ia perlu diambil dengan berhati-hati kerana dos berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan janin.
Sumber semula jadi seperti sayur-sayuran berdaun hijau, lobak merah dan buah-buahan oren lebih selamat berbanding suplemen.
4. Vitamin B6
Vitamin B6 membantu meredakan loya dan muntah yang biasa berlaku semasa trimester pertama. Ia juga penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
Sumber semula jadi yang mengandungi vitamin B6 termasuk pisang, ayam, ikan dan kentang.
5. Vitamin C
Vitamin C memainkan peranan penting dalam membantu penyerapan zat besi daripada makanan, menjadikan tubuh ibu hamil lebih efisien dalam mendapatkan nutrien yang diperlukan.
Selain itu, ia juga bertindak sebagai pelindung semula jadi dengan meningkatkan sistem imun, sekaligus melindungi ibu daripada risiko jangkitan.
6. Vitamin D
Vitamin D diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi bayi. Wanita hamil memerlukan sebanyak 600IU sehari. Kekurangan vitamin ini boleh meningkatkan risiko bayi mengalami riket (penyakit tulang lembut) dan masalah tulang bagi ibu.
7. DHA
DHA adalah asid lemak penting yang membantu perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi. Ia juga menyumbang kepada perkembangan mental bayi yang lebih sihat.
DHA boleh didapati daripada ikan seperti salmon, sardin, dan tuna. Jika sukar mendapatkan sumber ini melalui diet, anda boleh mempertimbangkan suplemen DHA dengan panduan daripada doktor.
8. Iodin
Iodin sangat diperlukan untuk menyokong perkembangan otak dan sistem saraf janin. Kekurangannya boleh menyebabkan masalah pembelajaran kepada bayi kelak.
Sumber iodin semula jadi boleh didapati daripada garam beriodin, makanan laut, dan produk tenusu. Pastikan pengambilan iodin mencukupi sepanjang kehamilan untuk memastikan tumbesaran bayi lebih sempurna.
9. Kalsium
Kalsium dapat menguatkan tulang, gigi dan otot ibu dan anak. Wanita hamil memerlukan kalsium sebanyak 1000mg sehari juga. Ia penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu.
Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Bilakah Saya Perlu Mula Mengambil Vitamin Pranatal?
Sebenarnya, anda disarankan untuk mula ambil vitamin pranatal sebelum hamil lagi. Menurut pakar,
pengambilan asid folik setiap hari sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil sangat penting dan perlu diteruskan hingga 12 minggu pertama kehamilan.
Ini kerana dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan, organ penting bayi seperti otak dan saraf tunjang mula berkembang.
Dengan adanya asid folik dalam badan, risiko kecacatan kelahiran seperti masalah jantung atau bibir sumbing dapat dikurangkan.
Adakah Vitamin Pranatal Mempunyai Sebarang Kesan Sampingan?
Walaupun vitamin pranatal sangat baik untuk ibu dan bayi, ada juga kesan sampingan ringan yang mungkin dialami. Antaranya:
1. Sembelit
Vitamin pranatal biasanya mengandungi zat besi yang tinggi, dan ini boleh menyebabkan sembelit. Kalau anda mengalaminya, cuba minum lebih banyak air, makan makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, serta bergerak aktif. Jika perlu, doktor mungkin cadangkan pelembut najis.
2. Mual atau Loya
Ada ibu yang rasa mual selepas ambil vitamin pranatal, terutama kalau diambil semasa perut kosong. Jadi, cuba ambil selepas makan atau sebelum tidur untuk elak rasa loya.
Kalau kesan sampingan ini buat anda tak selesa, cepat-cepat rujuk doktor. Doktor mungkin akan cadangkan jenama vitamin lain yang lebih sesuai dengan badan anda.
Supplemen Untuk Ibu Hamil Yang Terbaik
Walaupun anda mengikut diet yang seimbang, sebagai wanita hamili, sebenarnya agak rumit untuk mendapatkan khasiat yang diperlukan dalam jumlah yang sama setiap hari.
Oleh kerana inilah, para wanita hamil disarankan mengambil suplemen vitamin khas buat ibu hamil supaya kandungan anda mendapa nutrien yang secukupnya.
Multivitamin adalah makanan tambahan harian yang mengandungi vitamin spesifik yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Mari semak senarai vitamin pranatal untuk ibu hamil yang dipilih berdasarkan undian popular.
Vitamin Untuk Ibu Mengandung #1 Obimin Pre and Post Natal Supplement
25% dari pembaca theAsianparent Malaysia mengundi vitamin ibu hamil Obimin, menjadikannya duduk di tempat teratas dalam senarai vitamin ibu hamil yang penting.
Pil yang dimakan sehari sekali ini merupakan pilihan utama bagi wanita hamil kerana selain mengandungi khasiat vitamin dan mineral utama, ia juga mengandungi nutrien-nutrien penting untuk perkembangan janin.
Supplement Ibu Mengandung #2 Blackmores Pregnancy Gold
Di tempat kedua undian adalah Blackmores Pregnancy and Breastfeeding Gold sebagai vitamin wanita yang mengandung.
Di samping mengandungi nutien penting semasa mengandung, suplemen ini juga mengandungi DHA yang bagus untuk perkembangan otak, selain kaya dengan iodin dan vitamin D3.
Vitamin Ibu Mengandung #3 GNC Women’s Prenatal Formula
Selain mengandungi khasiat vitamin penting, GNC Women’s Prenatal Formula membekalkan beta carotene, sejenis antioksidan penting untuk tubuh.
Vitamin Ibu Hamil #4 Obimin Pluz Complete Antenatal Health Supplement With DHA/EPA
DHA merupakan perbezaan besar yang terdapat di antara Obimin Pluz dan Obimin Pre and Post Natal yang berada di tangga teratas.
DHA merupakan asid lemak yang membantu perkembangan otak dan mata bayi, yang sangat penting apabila anda mencari vitamin ibu hamil terbaik.
Obimin Pluz juga mengandungi Asid Eicosanpentanoic (EPA), untuk fungsi otak maksimum.
Vitamin Untuk Ibu Mengandung #5 Nature’s Plus Source Of Life: Prenatal Vitamin and Natural Supplements
Nature’s Plus Source Of Life : Prenatal Vitamin and Natural Supplements menduduki tangga ke 5 pilihan vitamin ibu hamil. Ia mengandungi nutrien seimbang untuk untuk wanita hamil dengan kandungan selamat dan natural, sesuai untuk vegetarian.
Semoga info yang diberikan bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia