Jika sebelum ini kami di theAsianparent pernah membincangkan tentang berapa kerap anda perlu bersama pasangan untuk cepat hamil, hari ini kami akan bincang tentang bila waktu yang sesuai untuk bersenggama pula dan petua cepat mengandung.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Petua cepat mengandung untuk suami isteri
- Bilakah waktu untuk bertemu doktor pakar?
Ini kerana jika anda cuba untuk mengandung, ada masa-masa tertentu dalam kitaran haid yang akan meningkatkan peluang anda untuk cepat mengandung.
Anda yang ingin cepat mengandung harus bijak mengesan waktu subur untuk bersama suami agar peluang untuk hamil makin meningkat.
Petua cepat mengandung untuk suami isteri yang baru atau sudah lama berkahwin
#1. Suami-isteri mengamalkan gaya hidup sihat bersama
Kesihatan tubuh badan amat penting dalam proses mendapatkan cahaya mata. Justeru anda dinasihatkan untuk tidak mengambil minuman beralkohol, berkafein dan hindarilah tabiat merokok.
Hal ini kerana ia terbukti boleh menjejaskan kesuburan seseorang. Selain itu sentiasa tenangkan diri, elakkan dari berasa tertekan apabila ditanya mengenai anak ataupun tugasan seharian yang banyak.
Baik isteri mahupun suami, anda berdua juga hendaklah menyemak tahap kesihatan bersama dengan doktor.
#2. Menjaga berat badan supaya normal
Masalah berat badan berlebihan tidak hanya boleh mengganggu kesihatan fizikal, malah turut menjejaskan kesihatan seksual dan menurunkan tahap kesuburan.
Hormon dalam tubuh menjadi tidak seimbang sehingga menyukarkan ovulasi berlaku. Bagi wanita pula, masalah obesiti turut berupaya menyebabkan kitaran haid terganggu.
#3. Mengambil vitamin dan suplemen seperti asid folik
Pengambilan suplemen seperti asid folik boleh diambil sebaik sahaja anda mendirikan rumah tangga. Ramai sebenarnya tidak tahu bahawa suami juga disarankan untuk mengamalkannya.
Untuk cepat mengandung, pakar menyarankan anda mengambil asid folik seawal 3 bulan dalam tempoh mencuba sehingga 3 bulan pertama kandungan.
#4. Detoks
Toksin yang tinggi dalam badan tidak elok untuk kesihatan. Ada banyak produk yang ditawarkan untuk membantu anda menyah-toksik. Namun jangan tersalah beli, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dari pakar terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat detoks.
#5. Kerap melakukan hubungan intim
Sesetengah pasangan berasa malu untuk ‘meminta’, lebih-lebih lagi jika anda baru sahaja mendirikan rumah tangga. Justeru berapa kali sebenarnya anda dan pasangan perlu bersama untuk cepat lekat?
Bagi pasangan muda, adalah normal untuk anda melakukan hubungan seks setiap hari kerana tubuh badan masih dan keinginan yang masih kuat. Justeru pilihlah posisi terbaik dan selesa untuk kedua-dua pihak.
#6. Elakkan tekanan dan berfikiran positif
Berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati wanita yang berdepan tekanan memiliki peluang lebih rendah untuk mengandung dan berisiko mandul dua kali ganda.
Peneliti berpendapat bahawa wanita yang stres biasanya lebih jarang melakukan hubungan seks. Bukan itu sahaja, kadar hormon stres sangat tinggi menganggu proses ovulasi mereka.
#7. Mencatatkan tarikh menstruasi
Kitaran haid setiap wanita adalah berbeza-beza, maka waktu subur setiap wanita juga akan berlainan. Waktu subur ini bergantung pada panjang dan berapa teratur kitaran haid anda.
Bagi wanita dengan kitaran haid sepanjang 28 hari, ovulasi biasanya berlaku pada hari ke-13 hingga 15. Sebaik saja sel telur dikeluarkan, ia boleh bersenyawa dengan sperma dalam tempoh 12 hingga 24 jam saja.
Antara tanda-tanda anda dalam fasa subur ialah:
- Keluar lendir dari serviks
- Suhu badan sedikit meningkat
- Ghairah seks meningkat
- Payudara terasa tegang
#8. Posisi semasa berhubungan intim yang lebih berkesan
Waktu yang terbaik untuk menjayakan proses persenyawaan ialah 5 hari sebelum datang haid. Anda juga digalakkan bersama pasangan pada waktu pagi.
Melalui beberapa posisi seks yang betul, ia dapat membolehkan sperma berenang ke saluran reproduksi dengan sendirinya. Antara gaya yang dicadangkan ialah missionary, doggy style atau spooning.
#9. Mengenal pasti masalah yang berkaitan dengan ketidaksuburan
Sekiranya sudah genap setahun anda menantikan cahaya mata dan masih belum memilikinya, kami menyarankan untuk anda berkunjung ke klinik pakar kesuburan.
Adalah penting untuk mengenal pasti masalah yang menghalang keinginan anda memperoleh zuriat. Dalam hal ini, suami perlu turunkan ego dan berikan kerjasama untuk memeriksa kesuburan.
#10. Dapatkan nasihat doktor
Elakkan dari menyerahkan segalanya kepada takdir tanpa berusaha bersungguh-sungguh. Sebenarnya ada pelbagai jenis rawatan yang boleh membantu meningkatkan kesuburan dan peluang mengandung.
Segera dapatkan nasihat doktor akan langkah seterusnya yang boleh diambil. Hal yang paling penting adalah ikut dan disiplin menjalani rutin harian seperti yang disarankan.
Bilakah waktu untuk bertemu dengan doktor pakar?
Kebiasannya pasangan sihat dan muda tidak mempunyai sebarang masalah dalam mendapatkan zuriat kerana majoritinya mengatakan berdepan keraguan dalam mengenal pasti waktu yang tepat untuk bersama.
Waktu yang sesuai untuk anda bertemu doktor pakar ialah jika anda telah bersama tiga kali seminggu dalam tempoh satu tahun tanpa menggunakan sebarang alat pencegah kehamilan dan masih belum ‘lekat’.
Bukan itu sahaja, mereka yang berusia 35 tahun ke atas dan melakukan hubungan intim 3 kali seminggu selama 6 bulan namun masih belum memperoleh zuriat, anda perlulah mendapatkan rawatan lanjut.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Kesan Kafein Boleh Menyebabkan Wanita Lambat Mengandung & Masalah Kesuburan
Baca juga: 7 Cara Cepat Mengandung Selepas Haid Terbukti BERKESAN, #5 Suami Isteri Wajib Buat!
Baca juga: Selain Susu Full Cream, Ini Makanan Untuk Kesuburan Suami Isteri Yang Disarankan Oleh Pakar!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!