X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Fasha Sandha Kongsi Tips Kembalikan Bentuk Badan Ideal. Salah Satunya Adalah Tak Makan Ayam

2 min bacaan
Fasha Sandha Kongsi Tips Kembalikan Bentuk Badan Ideal. Salah Satunya Adalah Tak Makan Ayam

Tak makan ayam adalah salah satu tips yang dikongsikan oleh Fasha Sandha demi untuk mengembalikan bentuk badan ideal.

Ibu mana yang tidak mahu kembalikan bentuk badan ideal seperti sebelum bersalin bukan? Selebriti terkenal tanah air, Fasha Sandha berkongsikan caranya untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak ketiga.

Sememangnya kita tahu bahawa menjaga pemakanan dan mengamalkan senaman adalah kunci untuk seseorang itu menurunkan berat badan sekaligus mendapatkan bentuk badan yang diidamkan serta sihat.

Kita semua tahu bahawa ia bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi dengan kehidupan masa kini yang sibuk bekerja, tiada masa untuk beriadah mahupun bersenam. Tetapi percayalah yang ia adalah satu cara yang berjaya Fasha Sandha lakukan untuk menurunkan berat badannya sehingga 10 kilogram selepas melahirkan cahaya matanya yang ketiga.

Menurut Fasha Sandha lagi, dia kini sudah boleh melakukan diet ketat selepas anak ketiganya, Aisha sudah boleh minum susu formula.

“Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula,” jelasnya.

Yang cukup mengagumkan adalah apabila pelakon terkenal tanah air ini menyatakan yang dia boleh tidak makan daging dan ayam langsung selama lima hari dan hanya memakan ikan sahaja. Boleh dikatakan yang ia cukup membanggakan kerana tidak semua orang mampu menahan nafsu untuk tidak makan ayam dalam seminggu. 

Memetik kata-kata Fasha Sandha kepada Astro Awani, “Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya ‘melantak’ (cheat day).”

 Jelas di situ yang tidak apa untuk sesekali mempunyai ‘cheat day’ biarpun kita sedang menjaga diet makan.

Bahkan, Fasha Sandha turut mendedahkan yang mana dia adalah seorang dengan jenis genetik tubuh besar. Jadi jika dia terlebih makan sedikit sekalipun, badannya akan cepat naik mendadak.

“Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” jelasnya lagi mengucapkan kata syukur kerana usahanya menjadi.

Mungkin bagi sesetengah orang akan merasakan yang ia agak sukar untuk menjaga diet makan serta bersenam, tetapi sekali anda mula amalkan, pastinya ia akan membuahkan hasil yang cukup memuaskan serta pada masa yang sama menjamin kesihatan tubuh badan yang berpanjangan. Cubalah!

Astro Awani

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

Baca juga: Cara Turun Berat Badan Lepas Bersalin Dengan Cepat, Elak 8 Makanan Ini!

Baca juga: Kurangkan berat badan tanpa ke gym?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Fasha Sandha Kongsi Tips Kembalikan Bentuk Badan Ideal. Salah Satunya Adalah Tak Makan Ayam
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham