X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

4 min bacaan
Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

Jika anda mencari kerja part time yang boleh dilakukan di rumah tanpa sebarang modal, kami senaraikan 5 jenis kerjaya yang boleh anda cuba.

Bukan senang nak senang, dan bukan susah untuk susah, begitulah situasi yang terjadi ketika ini kerana rata-ratanya buat lebih dari satu kerja untuk menambah pendapatan dengan melakukan kerja part time demi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. 

Dikatakan lebih separuh atau 66 peratus daripada pekerja berpengetahuan di Malaysia termasuk Gen Z dan Milenial berumur 18 hingga 35 tahun mempunyai pekerjaan kedua. 

Apatah lagi setelah gelombang pandemik Covid-19 yang melanda di dunia terutamanya di Malaysia telah mengakibatkan kemelesetan ekonomi, ramai yang terjejas dan ada di antaranya yang dibuang kerja. 

Jadi, untuk artikel kali ini kami kongsikan senarai kerja part time di rumah yang boleh anda cuba untuk menambah pendapatan dan boleh dipercayai sebagai ‘lubuk duit’.

Senarai kerja part time di rumah yang boleh anda cuba

1. Penulis bebas (Freelance writer)

Freelancer atau pekerja bebas adalah istilah yang merujuk kepada individu yang bekerja sendiri tanpa terikat dengan mana-mana majikan dan melaksanakan setiap tugasan yang diberikan. Jika memang anda mempunyai jiwa menulis, bonus untuk anda kerana hampir semua perniagaan di luar sana menginginkan perkhidmatan penulis. 

Antara perkhidmatan yang diperlukan adalah seperti menulis artikel, menulis blog, menulis resume, menterjemah bahasa dan banyak lagi!

Jadi, jangan berlengah lagi segera kemaskini portfolio dan cari kerja penulisan yang sesuai dengan minat anda.

2. Pemasaran afiliasi (Affiliate marketing)

kerja part time

Tidak dinafikan kewujudan platform seperti Tiktok dan Shopee meledakkan kembali trend untuk menjana pendapatan yang tinggi dengan cara yang mudah iaitu daftar menjadi salah seorang affiliate.

Secara ringkasnya, sistem unik ini membolehkan setiap affiliate marketer memiliki id masing-masing supaya pautan link yang diubahsuai dan disertakan dalam video atau gambar dapat menjejak rekod jualan, rekod komisen dan rekod klik bagi memudahkan pengagihan komisen. 

Malah, sistem ini sangat sesuai bagi newbie yang baru berjinak dalam bisnes online kerana tak perlu pening nak pilih produk dan simpan stok serta pendaftaran percuma. Bergantung kepada pembekal sama ada memberikan produk secara percuma atau kena beli barang dulu. Mudah, kan?

3. Pereka grafik (Graphic designer)

Kalau anda mempunyai bakat skill design sejak azali menggunakan kemahiran software yang sedia ada mereka bentuk logo atau menyunting grafik, inilah peluang terbaik untuk anda pilih kerjaya ini sebagai kerja part time di rumah. 

Boleh dikatakan menjadi pereka grafik sambilan antara kerjaya paling demand kerana ramai usahawan yang lebih suka mencari freelancer berbanding pekerja tetap untuk menghasilkan idea baru yang menarik!

4. Tutor online

Minat yang mendalam untuk mengajar? Jika anda mengalami kesukaran kerana mempunyai anak kecil, menjadi tutor online boleh jadi kerja part time yang menguntungkan dan memberikan manfaat. 

Sekarang ini ramai ibu bapa yang sukakan anak-anak mereka belajar lebih masa supaya mereka lebih jelas dan boleh nampak di depan mata. Jadi, jangan sia-siakan segala ilmu yang pernah dipelajari ketika di sekolah dulu.

5. Pengulas produk (Product review)

kerja part time

Ramai yang tidak tahu sebenarnya kelebihan menjadi pempengaruh yang mempunyai banyak pengikut atau followers membolehkan anda menjadi pengulas produk.

Ini kerana, pengikut yang ramai menarik perhatian banyak pihak syarikat perniagaan yang berminat dengan cara penyampaian dan perwatakan anda di media sosial dalam mempromosikan produk. 

Fun fact, lagi ramai pengikut lagi tinggi bayaran yang anda boleh terima. Pendapatan untuk kerjaya ini bermula dari serendah RM100 sehingga mencecah ribuan ringgit dalam tempoh jangka masa pendek. 

Senarai website carian sebagai panduan untuk freelancer

Kalau anda buntu tidak tahu untuk memulakan carian, apa kata cari kerja sambilan di website yang kami senaraikan dan paling ‘famous’ digunakan. Antaranya ialah:

  1. rtist.com
  2. Upwork
  3. Freelancer.com
  4. Fiverr

Semoga bermanfaat.

Property Guru, The Rohani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dapat Temuduga Kerja Semasa Hamil, Perlu Ke Beritahu Yang Anda Sedang Mengandung?

Baca juga: 7 Kali Pergi Interview Kerja, Sekali Dapat Offer Suami Tak Sanggup Tinggalkan Isteri & Anak-Anak

Baca juga: Kebebasan Kewangan Terjamin Melalui Etika Kerja Yang Baik dan Simpanan

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham