X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

4 maut di dalam kebakaran awal pagi di Subang Jaya

9 Feb, 2017
4 maut di dalam kebakaran awal pagi di Subang Jaya

"Mangsa menjerit meminta tolong dari dalam rumah mereka tetapi asap yang tebal dan api yang marak membuatkan ianya sukar untuk kami bantu."

Pada 6 Februari 2017, Astro Awani telah melaporkan satu kejadian kebakaran yang telah mengorbankan empat nyawa di Subang Jaya.

SUBANG: “Mangsa menjerit meminta tolong dari dalam rumah mereka tetapi asap yang tebal dan api yang marak membuatkan ianya sukar untuk kami bantu.”

Berikut adalah kenyataan Aida Elena Baharudin, 45, yang merupakan jiran empat mangsa yang ditemui maut di dalam kejadian kebakaran dirumah mereka di Jalan USJ 2/3, Subang Jaya awal pagi 6 Februari 2017.
Mereka yang meninggal dunia dikenali sebagai Lim Ah Kok, 59; Goh Bee Khion, 52 (isteri); dan dua anak lelaki mereka, Lim Yeong Liang, 20; dan Lim Yeong Wei, 17, – yang dipercayai telah meninggal dunia akibat lemas dengan asap api kebakaran rumah mereka pada jam 5.10 pagi.
Aida Elena berkata yang beliau dapat mendengar mangsa membaling barang dari rumah mereka menjerit meminta bantuan.
“Saya bangun pada lebih kurang jam 5.10 pagi akibat bunyi orang membaling kayu dan batu sebelum terdengar tangisan mereka meminta bantuan.

“Saya kemudian mengejut suami saya yang masih tidur tetapi kami gagal membantu mereka kerana pagar automatik dan asap tebal yang menjadi penghalang, ” beliau memberitahu wartawan di sana.

Beliau juga bersedih kerana tidak dapat membantu mangsa. “Saya sangat sedih dengan apa yang terjadi kerana mereka merupakan jiran yang baik dan kami selalu bertegur sapa. Sebenarnya, saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana terasa seperti ada sesuatu buruk bakal berlaku,” kata Elena.

Sementar itu, penolong pengarah Pasukan Penyelamat dan Kebakaran, Mohd Sani Harul berkata bahawa mayat Ah Kok dan dua anak lelakinya ditemui terbaring di dalam bilik di tingkat atas sementara mayat Goh ditemui  di dalam keadaan duduk di dalam salah satu bilik air.

Beliau berkata bahawa kebakaran tersebut dipercayai bermula dari ruang tamu sebelum merebak ke tingkat atas. “Punca kebakaran masih sedang disiasat dan anggaran kerugian ialah RM300,000, ” katanya.

Mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Hasil siasat mendapati lagi seorang ahli keluarga, Lim Yi Jun, 21, tidak berada di rumah kerana sedang menetap di hostel kampus UCSI berdekatan Cheras – Bernama
Foto: Mohamad Shahril Badri Saarli, NST

Foto: Mohamad Shahril Badri Saarli, NST

 

 Berikut kejadian kebakaran yang telah meragut nyawa empat sekeluarga ini, kami ingin mengambil kesempatan berkongsi tips jika terperangkap di dalam kebakaran. (Nota: tips ini sekadar memberi info tiada kena mengena dengan keluarga terlibat).

Bagaimana anda menyiapkan diri anda untuk kecemasan melibatkan kebakaran?

  • Menyimpan nombor talian kecemasan di tempat mudah lihat atau simpan sebagai talian cepat (speed dial) di dalam telefon bimbit.
  • Memasang alat pengesan asap (sekiranya mampu).
  • Membuat plan kecemasan yang lengkap dengan laluan kecemasan sekiranya terjadi kebakaran.
  • Sekiranya ada alat pengesan asap, mengambil serius setiap bunyi penggera kebakaran.
  • Periksa alat pengesan asap dengan kerap (sebulan sekali contohnya).
Foto: Retro trash

Foto: Retro trash

Sekiranya anda terperangkap di dalam kebakaran, keselamatan DIRI sendiri adalah keutamaan yang terpenting. Anda patut:

  • Tidak panik!
  • Sekiranya baju anda terkena api, berhenti bergerak, baring dan berguling! (stop, drop anda roll!)
  • Sekiranya laluan keluar tidak terhalang, keluar dari kawasan kebakaran sebelum menelefon bantuan.
  • Rasa pintu sama ada panas atau tidak sebelum bergerak keluar dan tutup pintu selepas keluar untuk mengelakkan api daripada merebak dengan cepat.
  • Sekiranya laluan keluar penuh dengan asap, cuba laluan lain yang kosong sekiranya ada
  • Pastikan kedudukan anda rendah dan dekat dengan lantai (MERANGKAK) kerana udara sejuk akan berada di bawah udara panas.
  • Tutup mulut dan hidung dengan kain kerana asap tebal semasa kebakaran mengandungi toksik merbahaya
  • Asap tebal akan mengakibatakan kesukaran melihat jadi cuba ‘hafal’ laluan keluar.
  • Setelah selamat keluar, telefon bantuan dengan segera dan beritahu maklumat dengan jelas.
  • JANGAN memasuki kawasan atau rumah terbakar setelah keluar.
  • Sekiranya tidak berjaya keluar, cuba duduk di tempat jauh dengan api, tutup rongga tingkap atau pintu untuk mengelakkan asap dari kawasan terbakar memasuki tempat anda duduk, pastikan diri anda rendah dekat dengan lantai, telefon bantuan dengan segera dan jerit untuk bantuan orang sekeliling.

b_omqr2u8aenjdp1 fire_safety_tips

Sumber:

Redcross

Drexel

firesafety

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • 4 maut di dalam kebakaran awal pagi di Subang Jaya
Kongsikan:
  • 7 Habit Buruk Yang Boleh Menyebabkan Kebakaran Di Rumah

    7 Habit Buruk Yang Boleh Menyebabkan Kebakaran Di Rumah

  • Enam Maut Dalam Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah, JB.

    Enam Maut Dalam Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah, JB.

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 7 Habit Buruk Yang Boleh Menyebabkan Kebakaran Di Rumah

    7 Habit Buruk Yang Boleh Menyebabkan Kebakaran Di Rumah

  • Enam Maut Dalam Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah, JB.

    Enam Maut Dalam Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah, JB.

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.