5 Punca Wanita Tidak Subur Yang Menjejaskan Peluang Untuk Hamil, #3 Ramai Buat Silap!

Tanda wanita tidak subur boleh menjejaskan peluang anda dan pasangan untuk mendapatkan cahaya mata. Ketahui ada beberapa punca yang menyebabkan ia terjadi!

Bagi mana-mana pasangan yang berkahwin, pasti mengharapkan dikurniakan kehadiran cahaya mata. Ada yang memperoleh rezeki dengan cepat dan ada juga terpaksa menunggu lebih lama. Justeru sebagai isteri, apa kata anda ketahui ada beberapa tanda wanita tidak subur.

Antaranya ialah pengeluaran darah haid yang begitu banyak, pusingan haid tidak tetap, sakit perut luar biasa ketika datang bulan dan pertambahan berat badan dengan begitu mendadak. Sekiranya anda menghadapi salah satu petanda ini, segeralah untuk berjumpa doktor pakar.

Tanda wanita tidak subur- Ketahui 5 penyebab yang menjejaskan peluang untuk hamil

Anda cuba untuk hamil? Mesti anda telah dengar banyak rumors tentang tabiat yang boleh menjejaskan kesuburan wanita, kan? Ha… sekarang, kami di theAsianparent akan membawakan kepada anda apa kata doktor pakar pula.

Semua doktor pakar ini telah mendedahkan 5 faktor penting yang boleh menjejaskan tahap kesuburan anda, secara negatif atau positif. 

Anda pasti terkejut selepas habis membaca artikel ini, sebab ada sesetengah rutin yang “dikatakan bagus” sebenarnya tak bagus pun!

#1. Tanda wanita tidak subur berpunca dari penggunaan minyak pelincir (lubricant)

Antara salah satu kunci untuk segera hamil adalah dengan melakukan hubungan seks yang kerap? Tapi, berapa kerap anda buat seks pun… jangan guna minyak pelincir tau!

Minyak pelincir ini sebenarnya boleh “membantutkan” usaha anda untuk cuba hamil. Menurut Dr. Alyssa Dweck, seorang pakar sakit puan – minyak pelincir seperti KY Jelly atau Astroglide boleh menghalang keupayaan sperma untuk sampai ke telur.

Hal ini kerana sperma telah menyerap air yang ada dalam minyak pelincir.

Malah menurut Dr Kristin Bendikson, seorang pakar kesuburan di fasiliti USC pula, pelincir yang berasaskan petroleum mengubah pH vagina anda. Jadi, ia boleh membunuh sperma!

Gliserol – satu lagi bahan dalam pelincir boleh merosakkan keupayaan sperma. Tapi jika anda perlu memakai lubricant juga, cuba PreSeed. Ia khas untuk wanita yang cuba untuk hamil.

#2. Punca wanita tidak subur- Pengambilan ubat-ubatan tertentu

Ubat antidepresi juga tidak bagus kerana ia meningkatkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini boleh mengganggu proses ovulasi. 

Jika anda sedang cuba untuk hamil, lebih baik anda berbincang dengan doktor pakar tentang ubat-ubatan yang anda makan.

#3. Rutin senaman yang keterlaluan

Dr Kristin Bendikson menegaskan anda tak perlu bersenam secara berlebihan. Sekiranya memiliki berat badan berlebihan – ya anda perlu bersenam dan mengamalkan makanan yang sihat.

Tapi jika tak, anda hanya perlu bersenam secara sederhana. Bersenam secara berlebihan boleh menjejaskan tahap hormon, mengakibatkan kitaran haid yang tak teratur.

Bersenam secara sederhana boleh menggalakkan kesihatan jantung, paru-paru dan emosi, kata Dr Sheeva Talebian, seorang pakar endocrinologist dan pakar kesuburan. 

Jika anda bersenam secara sederhana, anda boleh menggalakkan proses kesuburan tanpa “terlebih” membuatnya. 

#4. Tanda wanita tidak subur- Masalah berat badan berlebihan 

Menurut Journal of the Turkish German Gynecological Association, wanita dengan berat badan berlebihan akan lebih cenderung menghadapi masalah kesuburan atau keguguran.

Tapi, kalau anda kurang berat badan pun, ia beri kesan negatif pada kesuburan anda! Apa yang penting di sini adalah mengekalkan berat badan yang sihat.

Berat badan berlebihan atau kurang berat badan akan menjejaskan tahap hormon, mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur sehingga boleh mengganggu ovulasi.

#5. Masalah genetik

Menurut Bendikson lagi, ada kaitan antara kesuburan seorang ibu dan anak perempuannya. Jadi, jika ibu anda menghadapi masalah untuk hamil atau beliau mengalami menopaus awal – anda mungkin akan menghadapi masalah sama.

Bincangkan sejarah keluarga anda dengan doktor pakar agar mereka boleh melakukan kajian ke atas gen anda untuk mengenalpasti peluang untuk anda hamil.

Jangan risau sangat, okay! Apa pun, jaga kesihatan dan dapatkan pandangan pakar tentang tahap kesuburan anda. Sama-sama kita berusaha, insyaAllah. Semoga artikel ini memberi sedikit pencerahan kepada semua wanita di luar sana!

Sumber rujukan: Women’s Health

Baca juga: Selain Susu Full Cream, Ini Makanan Untuk Suami Isteri Yang Disaran Oleh Pakar!

Baca juga: Kesan Kafein Boleh Menyebabkan Wanita Lambat Mengandung & Masalah Kesuburan

Baca juga: 26 Klinik Kesuburan Terbaik Di Malaysia Yang Membantu Isu Ketidaksuburan Untuk Hamil