8 Cara Berkesan Agar Berat Badan Bayi Naik Tiap Bulan, Tentu Ibu Tak Bimbang Lagi!

Bimbang berat badan bayi tak naik-naik sampai sudah masuk ke line merah? Tak usah risau, ibu boleh disiplinkan diri mengikut kaedah dalam artikel ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada banyak perkara dan aktiviti yang ibu boleh lakukan agar berat badan bayi naik tiap bulan. 

Hal ini kerana, bayi yang baru lahir dengan berat normal biasanya memiliki tahap kesihatan yang lebih baik. Namun, keadaan ini mungkin sulit bagi bayi yang dilahirkan secara pramatang kerana mereka boleh mengalami pelbagai risiko dan kemungkinan. 

Lumrah sebagai seorang ibu, tentunya kita mahu meningkatkan berat badan bayi yang baru lahir dengan memberinya susu badan atau susu formula. Berikut ini adalah cara yang boleh dilakukan agar berat badan bayi naik tiap bulan.

8 cara agar berat badan bayi naik tiap bulan 

#1. Agar berat badan bayi naik tiap bulan – Sentiasa tidur berdekatan dengan bayi 

Bayi sudah terbiasa dengan keadaan dalam rahim yang hangat dan aman, setelah lahir mereka mungkin akan ada rasa bimbang namun tidak mengerti apakah hal tersebut. 

Jadi, untuk mencegah bayi mengalami tekanan, maka temani si kecil ketika tidur supaya dia lebih tenang sekaligus memiliki berat badan yang cukup sesuai dengan pola tidur bayi satu bulan. 

#2. Agar berat badan bayi naik tiap bulan – Jangan memberi makanan pejal TERLALU AWAL! 

Jika anda ingin meningkatkan berat badan bayi, jangan memberinya makanan pejal terlalu awal kerana ia sangat berisiko dan boleh menyebabkan gangguan pencernaan bayi seperti kembung perut.

Tetapi, teruskan memberinya susu badan kerana ia adalah makanan pendamping yang paling utama untuk bayi baru lahir supaya mencapai berat badan ideal. 

#3. Agar berat badan bayi naik tiap bulan – Selalu mendukung bayi 

Kelebihan mendukung bayi baru lahir antara salah satunya adalah dapat meningkatkan berat badan bayi supaya mencapai pola perkembangan di usia satu bulan. 

Selain itu, mendukung bayi juga dapat mengurangkan bayi menangis dan membuatnya rasa lebih aman serta selamat. 

#4. Mengurut bayi 

Ya, mengurut bayi juga boleh meningkatkan berat badannya kerana dari rangsangan tersebut ia membuatkan si kecil rasa lebih nyaman dan selesa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, mengurut juga dapat membantu pencernaan dan peredaran darah bayi menjadi lebih baik. Anda boleh membaca cara mengurut bayi di sini. 

#5. Kerap menyusukan bayi 

Ibu disarankan untuk menyusukan bayi dengan susu badan sehingga umurnya dua tahun supaya perkembangannya sentiasa positif dan sihat. 

Memberikan susu ibu atau susu formula bukan hanya di waktu siang tapi juga di waktu malam. Hal ini kerana, dengan memberi bayi susu badan pada waktu malam dapat meningkatkan berat badan si kecil itu. 

Selain itu, ibu juga perlu menyusukan bayi dengan cara yang betul dan jika susu sudah terlalu penuh sentiasa pam mengikut jadual yang betul. 

Jika susu ibu semakin berkurang, anda boleh mendapatkan suplemen atau  milk booster supaya susu kembali meriah seperti di awal kelahiran dahulu. 

#6. Pola tidur yang baik 

Untuk mendapat berat badan yang sempurna, bayi juga memerlukan waktu tidur yang baik setelah penat bermain. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana, selain pemberian susu badan atau susu formula, tidur juga dapat membantu meningkatkan berat badan si manja. 

Malah bayi juga dapat tidur dengan tenang kerana perut sudah kenyang tanpa menganggu tidur malam ibu. 

#7. Memakai bedung bayi 

Bagi mendapatkan suasana yang nyaman selepas lahir, ibu perlu menggunakan bedong bayi. Dengan cara ini juga penyerapan susu ibu atau susu formula menjadi lebih baik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, suasana bedung yang hangat juga boleh membuatkan bayi tidur dengan selesa dan ketika itulah proses metabolisme bermula dan berat badan bayi boleh naik dengan cepat. 

#8. Jaga kualiti susu badan 

Jika anda memberikan susu badan sepenuhnya maka anda harus menjaga kualitinya. Kualiti susu ibu itu boleh dijaga dengan makanan yang anda ambil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adalah lebih baik jika anda mengamalkan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam, bijirin, kekacang dan sebagainya supaya membantu produksi susu badan. 

Makanan yang kurang sihat seperti berminyak, tinggi bahan pengawat, terlau banyak garam dan makanan segera harus dikurangkan. 

Punca berat badan bayi tak naik 

  • Anda tidak berusaha memberikan susu badan dengan baik kepada bayi. 
  • Anda tidak menggantikan susu formula yang sesuai dengan keperluan bayi hingga si kecil mengalami kekurangan nutrisi.
  • Cara menyusu yang salah hingga bayi mengalami masalah pencernaan kerana terlalu banyak menyerap udara ketika menghisap susu badan.
  • Kekurangan kalori kerana tidak menerima susu yang mencukupi.
  • Bayi mengalami masalah pencernaan. 
  • Bayi mengalami masalah alergi susu ibu. 
  • Membiarkan bayi merasa lapar dalam waktu yang sangat lama. 
  • Bayi terkena penyakit kuning hingga membuatnya sering mengantuk sekaligus tidak mendapat susu badan yang cukup.
  • Susu badan yang dihasilkan tidak berkualiti kerana ibu tidak menjaga pemakanan dengan baik.
  • Rendah berat badan sewaktu dilahirkan.
  • Menderita penyakit tertentu seperti gangguan penyerapan nutrisi .
  • Bayi mengalami penyakit seperti infeksi telinga, anemia, gangguan lidah dan lain-lain. 
  • Mempunyai masalah kesihatan sejak dilahirkan seperti cacat lelangit mulut, bibir sumbing dan kelainan bentuk lidah. 
  • Ibu mengalami  sindrom baby blues sehingga tidak boleh menjaga bayi selepas lahir. 

Semoga maklumat ini bermanfaat dan jangan lupa like Facebook page kami theAsianparent Malaysia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Hamil.co.id 

Baca juga:

Berat Normal Bayi Mengikut Umur & Jantina, Penting Pantau Perkembangan Si Manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan