Air Fryer Terbaik Untuk Hasilkan Makanan Sihat, Tak Perlu Guna Minyak Lagi Untuk Menggoreng

Air fryer terbaik adalah idaman setiap wanita untuk memasak tanpa minyak. Buat yang mencari, ini jenama air fryer yang bagus.

Peralatan dapur dengan teknologi yang canggih membuatkan kerja di dapur jadi lagi mudah. Salah satu alat yang membantu anda memasak dengan praktis tanpa menggunakan minyak ialah air fryer terbaik terutamanya ketika bulan puasa.

Populariti air fryer terus meningkat seiring dengan kesedaran masyarakat yang mulai menerapkan gaya hidup sihat menerusi amalan pemakanan.

Seperti kita sedia maklum, makanan yang dimasak dengan kaedah menggoreng atau deep fried memiliki cita rasa lebih enak, namun sayangnya, penggunaan minyak goreng yang berlebihan dapat memberikan impak buruk terhadap kesihatan.

Jika anda adalah penggemar makanan yang digoreng, dibakar, atau dipanggang maka air fryer boleh menjadi solusi memasak yang lebih sihat.

Kelebihan Air Fryer

Cara kerja air fryer pada makanan adalah dengan mengedarkan udara panas berkecepatan tinggi mengelilingi makanan yang mana udara panas tersebut didapati dari kipas mekanik yang terdapat di dalam alat tersebut.

Suhu panas yang tinggi akan membuat kandungan air dalam makanan menguap sehingga akan mematangkan sekaligus menghasilkan tekstur renyah pada gorengan atau masakan anda. 

Sekiranya anda sudah memiliki air fryer atau bercadang untuk mendapatkannya, anda perlu tahu bahawa tidak sama dengan penggoreng konvensional. Namun begitu, makanan yang dimasak masih terasa enak, rangup dan lembut. Antara kelebihan air fryer adalah;

1. Lebih sihat

Kerana tidak menggunakan minyak sama sekali atau menggunakan minyak dengan jumlah yang minimal yang mungkin ketika memasak, hasilnya masakan menjadi lebih sihat. Jadi anda tidak perlu lagi membeli minyak masak yang harganya sekarang semakin tak masuk akal kan?

2. Hasil gorengan lebih rangup

Kandungan air dalam makanan akan menguap sempurna ketika dimasak.

3. Tidak merubah rasa

Rasa gorengan tetap sedap sama seperti kita menggoreng dengan menggunakan minyak masak.

4. Multifungsi

Selain untuk menggoreng, air fryer terbaik juga boleh digunakan untuk memanggang dan membakar. Hal tersebut kerana terdapat beberapa pilihan seperti loyang, besi pemanggang dan lain-lain. 

5. Praktikal

Anda juga boleh menggunakannya sambil melakukan tugas lain tanpa takut akan makanan jadi hangus kerana ia anda boleh menetapkan masa dan suhu untuk memasak. Air fryer juga sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa di dapur. Ia juga mudah dibersihkan.

6. Aman

Memasak dengan menggunakan air fryer juga dapat meminimakan kecederaan di dapur seperti terkena minyak panas ataupun terkena haba panas. Jadi anda tidak perlu risau ketika menggunakan air fryer.

Impak Penggunaan Air Fryer Terhadap Kesihatan

Dalam banyak aspek, makanan yang dimasak menggunakan air fryer mungkin merupakan pilihan yang lebih sihat berbanding dengan makanan yang digoreng dengan minyak kerana mempunyai kurang lemak, kurang kolesterol dan sedikit bahan kimia berbahaya berbanding makanan bergoreng biasa.

Jika anda ingin mengurangkan berat badan atau mengurangkan pengambilan karbohidrat, menukar kepada kaedah air-fried berbanding deep-fried boleh menjadi pilihan yang bijak.

Namun jika anda bimbang tentang nilai pemakanan makanan yang dimasak menggunakan air fryer, anda boleh mencuba untuk mengamalkan salad dengan kuantiti sayur-sayuran yang sederhana sebagai sumber utama nutrien.

Anda boleh makan lebih banyak ikan dan ayam. Daging tanpa lemak adalah lebih sihat berbanding daging berlemak yang sering digunakan dalam hidangan daging bergoreng. Selain itu daripada mengambil makanan ringan, usahakan untuk mengambil pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan hijau.

Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa walaupun ia adalah alternatif yang lebih inovatif untuk menggoreng, ini tidak bermakna ia adalah pilihan terbaik untuk kesejahteraan kesihatan anda.

Memang benar air fryer tidak perlu menggunakan minyak tetapi sebagai contoh jika kita memasak nugget dan sosej menggunakan air fryer, ia tetap sama memberi keburukan kepada kesihatan kita dek kerana makanan tersebut sememangnya adalah makanan tidak sihat.

Tip Memilih Air Fryer Terbaik

Sebelum membeli air fryer terbaik ada beberapa perkara dan kriteria utama yang perlu dipertimbangkan. Jangan lihat harga murah terus beli ya, baca maklumat produk terlebih dahulu tentang spesifikasinya sama ada bersesuaian dengan anda ataupun tidak. Berikut adalah beberapa tip dan panduan memilih air fryer terbaik;

1. Jenis air fryer

Terdapat 3 jenis air fryer iaitu jenis basket, turbo dan halogen. Air fryer jenis basket adalah paling popular biasanya terdapat tombol di depan, cara penggunaannya ialah dengan memasukkan makanan dari hadapan seperti membuka laci manakala jenis turbo pula mempunyai bentuk seperti periuk nasi, di mana ia boleh dibuka penutupnya ke atas.

Dibahagian tengah alat terdapat seperti kipas yang berfungsi mengalirkan udara panas pada makanan. Air fryer jenis halogen mungkin kurang popular dan rupanya seakan ketuhar. Jenis air fryer ni mempunyai fungsi sama seperti ketuhar dan microwave.

2. Bajet

Terdapat banyak jenis air fryer dengan pelbagai harga. Ada yang berharga di bawah RM200 dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Secara purata harga air fryer dalam anggaran RM300. Semuanya bergantung kepada jenama, kapasiti, model, dan fungsi yang diinginkan untuk sesebuah air fryer.

3. Saiz atau kapasiti

Kebanyakan air fryer yang dijual di pasaran mempunyai kapasiti yang bersesuaian untuk 4 orang ahli keluarga. Ada air fryer yang saiz paling kecil kurang dari 1L hinggalah lebih dari 5L (untuk keluarga besar).

Kalau anda nak masak seekor ayam terus ke dalam air fryer tanpa dipotong, boleh cari saiz 4L ke atas.

4. Fungsi

Sesetengah air fryer ada didatangkan dengan teknologi canggih dan fungsi istimewa. Contohnya ada yang boleh masak makanan tanpa perlu defrost dulu, dan ada juga yang multi-function sesuai untuk pelbagai jenis masakan seperti kek, roti, grill, memasak lauk, panaskan makanan dan pelbagai lagi.

Jenama air fryer yang baik juga sepatutnya boleh masak sekata tanpa perlu diterbalikkan masakan didalamnya.

5. Digital atau manual

Adakah anda seorang yang suka air fryer canggih jenis touch screen (digital) atau anda seorang yang bimbang tidak pandai, hanya tahu setting manual pusing tombol sahaja? Ini juga salah satu faktor yang boleh dipertimbangkan untuk membeli air fryer.

6. Mudah dicuci

Kalau kita jenis yang agak cerewet, faktor ini sangat perlu diambil kira kerana ada jenis air fryer yang partnya tidak boleh diasingkan dari badan (non-detachable) dan ada yang direka khas supaya setiap bahagian seperti bakul dan jaringnya boleh ditanggal dan dicuci dengan mudah. Pastikan juga komponennya anti-lekat.

7. Kuasa watt

Umumnya kita tahu bahawa kuasa air fryer yang tinggi, masa memasak pun singkat. Penggunaan elektrik bergantung kepada nilai kuasa watt dan jumlah masa yang digunakan untuk siap memasak.

Saiz air fryer yang besar memerlukan kuasa yang lebih tinggi untuk memanaskan ruangnya yang besar dan memasak makanan yang banyak. Kebanyakan air fryer dilengkapi dengan kuasanya antara 1300 hingga 2000+ watt.

Kalau ada air fryer kuasa rendah daripada range ini, ia akan memerlukan masa memasak yang lebih lama.

8. Label SIRIM

Penggunaan kelengkapan elektrik tanpa kelulusan SIRIM adalah berisiko tinggi untuk digunakan. Barangan yang telah diluluskan sudah diuji dan diperiksa dari segi keselamatan mengikut standard keselamatan yang ditetapkan.

8 Air Fryer Terbaik Dan Popular Di Pasaran

Air Fryer Terbaik
Philips Essential Digital Air Fryer HD9270 (6.2 L)
Air Fryer Terbaik Keseluruhan
Beli di Shopee
Khind Air Fryer ARF3000
Air Fryer Terbaik Dengan Panel Kawalan Sentuhan Sensor
Beli di Shopee
PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth II Series PS1530 (4.2 L)
Air Fryer Terbaik Dengan Rekaan Menarik Pada Harga Berpatutan
Beli di Shopee
Russell Taylors Oven Air Fryer AF-50 (12 L)
Air Fryer Terbaik Dengan Kapasiti Paling Besar
Beli di Shopee
Dessini Italy Electric Air Fryer Timer Oven Cooker Non-Stick Fry Roast Grill Bake Machine (4.3 L)
Air Fryer Terbaik Dengan Pilihan Warna Merah Jambu
Beli di Shopee
Tefal 3-in-1 Multifunction Easy Fry, Grill & Steam Air Fryer FW2018 (6.5 L)
Air Fryer Terbaik Premium Dengan Multi Fungsi
Beli di Shopee
Xiomi Mijia Smart Air Fryer (3.5 L)
Air Fryer Terbaik Dengan Kawalan Pintar
Beli di Shopee
Riino Turbo Air Fryer Advance YJ928A (7.5L)
Air Fryer Terbaik Jenis Turbo
Beli di Shopee

Philips Essential Digital Air Fryer HD9270 (6.2 L)

Air Fryer Terbaik Keseluruhan

Jenama Philips sentiasa menjadi pilihan dan popular dalam kalangan pengguna kerana merupakan antara jenama pioneer yang sangat dipercayai dan paling awal memperkenalkan air fryer.

Air fryer Philips menggunakan teknologi rapid air untuk menghasilkan makanan yang rangup, lembut dan masak sekata. Dengan paparan digital, lebih mudah untuk menekan panel air fryer.

Kapasiti besar 6.2 liter sesuai untuk hidangan keluarga besar. Jadi, anda boleh gunakan air fryer Philips untuk menggoreng, panaskan makanan, membakar ataupun memanggang ayam. Mudah kerja memasak, makanan yang dimasak pun sihat tanpa minyak untuk dinikmati seisi keluarga.

Walaupun harga air fryer Philips ini agak mahal, tapi ia berbaloi kerana anda boleh masak untuk kuantiti yang banyak. Tempoh jaminan juga panjang sehingga 2 tahun. Tidak perlu risau jika rosak, hantar sahaja kepada Philips.

Spesikasi produk :

  • Kuasa – 2000 W
  • Berat – 5.55 KG
  • Saiz kapasiti – 6.2 L/1.2KG
  • Warna – Hitam
  • Jaminan produk – 2 tahun

Apa yang kami suka :

  • Jenama paling dipercayai
  • Memasak dengan mengurangkan 90% lemak
  • 7 pilihan menu preset
  • Mempunyai fungsi Keep Warm
  • Paparan digital LED
  • Boleh dicuci dengan dishwasher

Khind Air Fryer ARF3000

Air Fryer Terbaik Dengan Panel Kawalan Sentuhan Sensor

Paparan digital boleh sentuh menampilkan rekaan moden yang buatkan ramai tertarik dengan air fryer jenama Khind ini.

Menggunakan sistem high speed air circulation untuk masakan dimasak sempurna. Bukan saja untuk menggoreng, anda juga boleh membakar kek menggunakan air fryer Khind dengan mudah kerana telah tersedia bekas untuk membuat kek, tak perlu pakai loyang lain.

Air fryer Khind ini juga menggunakan bekas masakan jenis stainless steel yang tahan karat jadi ia menepati piawaian keselamatan makanan dan turut dilengkapi dengan ciri Auto Shutdown jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini ketika sedang memasak.

Untuk memudahkan anda menggunakan air fryer ini, 7 menu telah tersedia, anda hanya perlu tekan menu pilihan dan tunggu sehingga makanan siap dimasak.

Spesifikasi produk :

  • Kuasa – 1800W
  • Berat : 5.5 KG
  • Saiz kapasiti – Frying Basket Capacity, 6.0L / Outer Frying Pot Capacity, 7.7L
  • Warna : Hitam
  • Jaminan produk – 1 tahun

Apa yang kami suka :

  • Menggunakan teknologi sensor sentuhan
  • Kapasitinya yang besar
  • Mudah dicuci kerana menggunakan Non-stick Detachable Frying Basket
  • Suhu sehingga 200’c

PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth II Series PS1530 (4.2 L)

Air Fryer Terbaik Dengan Rekaan Menarik Pada Harga Berpatutan

Produk dengan kapasiti 4.2 liter ini sesuai untuk yang sedang menjaga kesihatan kerana menggunakan teknologi Ecohealth yang dapat menghasilkan makanan bergoreng dengan 80% kurang minyak malah bakulnya pula direka dengan penapis yang akan mengasingkan minyak daripada makanan.  

Dengan sistem pemanasan udara 3D, masakan boleh masak dengan cepat dan tidak menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Air fryer PerySmith ini juga menggunakan tempat memasak jenis stainless steel yang selamat untuk kegunaan memasak.

Tampil dengan rekaan yang ringkas namun dalam bentuk yang lebih elegan, anda hanya perlu putarkan suhu dan masa untuk memasak. Dengan pilihan warna biru dan kelabu yang menawan, ia sesuai diletakkan di pelbagai jenis tema dapur.

Spesifikasi produk :

  • Kuasa – 1400W
  • Berat : 5 KG
  • Saiz kapasiti – 4.2 L
  • Warna : Biru/Kelabu
  • Jaminan produk – 2 tahun

Apa yang kami suka :

  • Mempunyai kelulusan SIRIM
  • Perlindungan smart overheat untuk mematikan mesin secara automatik apabila terlalu panas.
  • Sangat mudah untuk dibersihkan dan selamat dimasukkan dalam dishwasher

Russell Taylors Oven Air Fryer AF-50 (12 L)

Air Fryer Terbaik Dengan Kapasiti Paling Besar

Walaupun berkapasiti besar, harga air fryer Russell Taylors ini antara yang murah di pasaran mungkin kerana itu ia menjadi pilihan ramai.

Dengan kuasa 1700W yang dimiliki air fryer Russell Taylors ini, masa memasak anda akan jadi lebih mudah kerana mampu memasak sekitar 7 hingga 9 hidangan dengan lebih cepat yang turut dilengkapi dengan 8 program memasak yang telah diset.

Dengan suhu 65 hingga 200°C, anda boleh membakar pizza sebesar 10 inci dan memasak ayam bersaiz sehingga 2 kilogram! Selain itu anda boleh menggoreng kentang, membuat kebab, stik, buah kering dan membakar kek. 

Kipas besar dan elemen pemanas atas berfungsi bersama untuk mengedarkan udara panas dari atas ke bawah, jadi ia memasak makanan dengan lebih cepat namun mengekalkan kelembapan di dalamnya.

Lagi menarik lagi, ia direka dengan lampu dan tingkap kaca di depannya, jadi anda boleh perhatikan proses memasak sekaligus dapat mengelakkan makanan daripada hangit.

Spesifikasi produk :

  • Kuasa – 1700W
  • Berat : Tidak dinyatakan
  • Saiz kapasiti – 12 L
  • Warna : Hitam
  • Jaminan produk – 2 tahun

Apa yang kami suka :

  • Turut disertakan dengan pelbagai aksesori memasak seperti rotating mesh basket, drip tray, rotisseries spit, skewer dan rotisseries fetch tool.
  • Kawalan skrin sesentuh LED
  • Turut tersedia dengan fungsi mesin defrost untuk memudahkan tugas di dapur. 
  • Dilengkapi sistem pemadaman kuasa automatik.

Dessini Italy Electric Air Fryer Timer Oven Cooker Non-Stick Fry Roast Grill Bake Machine (4.3 L)

Air Fryer Terbaik Dengan Pilihan Warna Merah Jambu

Bagi peminat warna merah jambu, tentunya air fryer terbaik daripada Dessini ini menjadi idaman anda. Direka dengan kawalan analog, sesuai bagi anda yang tidak gemarkan kawalan digital.

Mudah untuk digunakan, hanya laraskan suhu dan juga masa untuk memasak. Suhu air fryer ini boleh dinaikkan sehingga 200 darjah celcius. Di bahagian atasnya telah dinyatakan suhu dan tetapan masa untuk setiap jenis masakan, anda hanya perlu ikut saja tetapan suhu itu.

Sesuai untuk anda yang baru kali pertama nak gunakan air fryer.

Tempat memasak juga boleh dikeluarkan dari bekas masakan dan tidak melekat (non-stick) jadi lebih senang untuk anda cuci selepas memasak.

Spesifikasi produk : 

  • Kuasa – 1300W
  • Berat : 5 KG
  • Saiz kapasiti – 4.3 L
  • Warna : Merah jambu/hitam/hijau
  • Jaminan produk – 1 tahun

Apa yang kami suka :

  • Warna merah jambu, agak berlainan dari jenama lain yang sinonim dengan warna hitam.
  • Kaedah penggunaan yang ringkas dan mudah sesuai untuk digunakan oleh orang tua.
  • Kapasiti besar pada harga murah.

Tefal 3-in-1 Multifunction Easy Fry, Grill & Steam Air Fryer FW2018 (6.5 L)

Air Fryer Terbaik Premium Dengan Multi Fungsi

Penyelesaian 3 dalam 1 pada air fryer Tefal yang menjimatkan ruang ini menggabungkan air fryer, gril dan pengukus kesemuanya dalam satu perkakas yang mudah. Dengan menggunakan mod air fryer, anda boleh menghasilkan makanan  yang rangup dan keemasan pada semua hidangan gorengen kegemaran anda dengan sedikit atau tanpa minyak tambahan.

Beralih kepada mod stim dan masak apa sahaja lauk berkuah daripada ikan, ayam, daging sehingga kepada sayur-sayuran yang lazat sambil mengekalkan vitamin dan nutriennya atau gunakan mod gril dengan grid aluminium die cast untuk memanggang sayur-sayuran atau daging supaya lembut dan kekal juicy.

Nikmati 7 program automatik untuk memudahkan anda memasak, serta hasil pantas yang menjimatkan masa anda tanpa memerlukan prapemanasan.

Walaupun harganya lebih premium berbanding air fryer yang lain, namun kepelbagaian fungsinya terutamanya pada fungsi pengukus yang jarang ada pada air fryer jenama lain menjadikan ia perkakas dapur yang berbaloi untuk dimiliki.

Spesifikasi produk : 

  • Kuasa – 1700W
  • Berat : Tidak dinyatakan
  • Saiz kapasiti – 6.5 L
  • Warna : Hitam
  • Jaminan produk – 2 tahun

Apa yang kami suka :

  • Fungsi 3 dalam 1, mempunyai fungsi pengukus.
  • Kapasiti yang besar, cukup untuk memasak seisi keluarga
  • Menggunakan paparan digital
  • Rekaan yang moden

Xiomi Mijia Smart Air Fryer (3.5 L)

Air Fryer Terbaik Dengan Kawalan Pintar

Jika anda mencari air fryer yang lebih pintar, Xiomi Mijia adalah pilihan yang tepat. Air fryer pelbagai fungsi yang mempunyai kapasiti dalaman 3.5 liter dan pemanasan peredaran udara panas 360 darjah, anda dapat mengawal suhu dengan baik dengan adanya panel sentuh OLED dengan roda berputar.

Selain menggoreng pada udara suhu tinggi, tetapan kelajuan dwi juga boleh mencair beku, membakar, mengeringkan dan memasak pada suhu rendah, malah makanan boleh ditapai pada suhu malar.

Sambungkannya ke telefon pintar menerusi aplikasi Mi Home, yang mana anda akan mempunyai beberapa kelebihan seperti mendapat lebih daripada 100 resipi masakan air fryer, kawalan hanya daripada telefon pintar dengan mengawal timer.

Kerana fungsinya yang pintar, walau sesibuk mana pun anda, anda boleh menyiapkan hidangan mengikut masa yang diingini. Masukkan bahan dalam air fryer terlebih dahulu sebelum pergi kerja pada waktu pagi, tetapkan masa untuk ia berfungsi, dan anda boleh menikmati makanan apabila anda pulang dari kerja.

Spesifikasi produk : 

  • Kuasa – 1700W
  • Berat : 3.9 KG
  • Saiz kapasiti – 3.5 L
  • Warna : Putih
  • Jaminan produk – 6 bulan

Apa yang kami suka :

  • Rekaan yang menarik, saiznya yang kecil sesuai untuk dapur dengan ruang kecil
  • 80% masakan kurang minyak dan kurang lemak
  • Sistem pintar boleh dikawal menerusi telefon bimbit

Riino Turbo Air Fryer Advance YJ928A (7.5L)

Air Fryer Terbaik Jenis Turbo

Air fryer jenis turbo ini menggunakan teknologi rapid air untuk menghasilkan makanan yang rangup, lembut dan masak sekata. Dengan paparan digital, lebih mudah untuk menekan panel air fryer.

Mempunyai fungsi kacau putaran automatik untuk memastikan masakan masak sekata, ia juga mempunyai bilah pengacau di dalam bekas memasak jadi anda tidak perlu lagi untuk membalikkan makanan dalam air fryer.

Bekas memasaknya bersaiz besar dan boleh dikeluarkan, jadi lebih mudah untuk anda bersihkan air fryer selepas memasak.

Mempunyai bentuk seperti periuk nasi, di mana ia boleh dibuka penutupnya ke atas, pemegang air fryer pula sejuk bila dipegang dan selamat untuk anda terus keluarkan makanan setelah siap masak.

Dengan kapasitinya yang besar,  ini adalah air fryer terbaik untuk anda yang berkeluarga.

Spesifikasi produk : 

  • Kuasa – 1800W
  • Berat : 6.4 KG
  • Saiz kapasiti – 7.5 L
  • Warna : Hitam
  • Jaminan produk – 2 tahun

Apa yang kami suka :

  • Kapasiti yang besar
  • Paparan panel digital pintar
  • Masakan masak sekata

Perbandingan Harga Air Fryer Terbaik

Jenama Kapasiti Harga (RM)
Philips Essential Digital Air Fryer HD9270 6.2 L RM438
Khind One-Touch Panel Digital Air Fryer ARF77D 7.7 L RM379
PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth II Series PS153 4.2 L RM168
Russell Taylors Oven Air Fryer AF-50 12 L RM389.99
Dessini Italy Electric Air Fryer Timer Oven Cooker Non-Stick Fry Roast Grill Bake Machine 4.3 L RM169
Tefal 3-in-1 Multifunction Easy Fry, Grill & Steam Air Fryer FW2018 6.5 L RM1539
Xiomi Mijia Smart Air Fryer 3.5 L RM269
Riino Turbo Air Fryer Advance YJ928A 7.5 L RM409

Cara Penjagaan Air Fryer Supaya Tahan Lama

Tidak kiralah mahal atau murah air fryer tersebut, anda semua wajib mengetahui tip penggunaan air fryer yang betul agar dapat memasak dengan selesa dan air fryer dapat digunakan dalam tempoh yang lama.

  1. Pastikan air fryer berada 15 cm atau lebih jarak dari dinding dan sekeliling. Air fryer boleh cair jika berlaku pantulan haba.
  2. Jangan tutup suis semasa sedang memasak. Jika masakan dah masak tetapi minit masih berjalan, boleh tarik keluarkan loyang. Pemanasan akan terhenti (untuk sesetengah jenama). Tutup suis dan biarkan minit tersebut kembali ke kosong dengan sendiri. Elakkan daripada undur timer kerana akan menjadikan air fryer jadi mudah rosak.
  3. Jangan masukkan bahan ringan mudah terbang dalam air fryer kerana di dalam air fryer ada putaran angin yang kuat. Bahan ringan akan terbang dan terbakar bila terkena pemanas. Contohnya kulit popia, kertas pelapik akan menyebabkan air fryer terbakar.
  4. Pastikan loyang tidak menutup terus tapak air fryer jika tidak haba bahagian bawah tidak dapat berputar dengan lancar. Letakkan loyang di dalam bekas raga yang disediakan.
  5. Jangan terus basuh bekas nonstick sewaktu panas. Nonstick akan cepat tertanggal.
  6. Elakkan masakan berair di dalam air fryer.
  7. Kuantiti makanan yang dimasak boleh mempengaruhi penggunaan suhu dan masa. 
  8. Boleh lap pemanas (gegelung) dengan tisu basah tanpa bau kalau ada kotoran seperti minyak atau air dari ayam bakar terpercik. Anda juga boleh rendam bekas dengan pencuci jika ada kotoran degil. Tunggu sehingga kering dahulu barulah anda boleh menggunakan semula.
  9. Makanan beku boleh dimasukkan terus ke dalam air fryer, asalkan ada jarak antara satu sama lain.

Memang banyak keistimewaan air fryer kerana ia menggalakkan kita memasak dengan sihat dan tambahan pula, dapur lebih kemas kerana tidak ada kesan minyak merecik apabila memasak.

Namun nak beli air fryer yang bagus dan jimat itu sebenarnya bergantung pada cara kita menggunakannya setiap hari. Jadi yang penting kita fahamkan tujuan kita membeli air fryer, sesuaikan dengan fungsinya, lihat spesifikasi dan baca manualnya dengan teliti.

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Harga Barang Naik, Doktor Kongsi Cara Jimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

Baca juga: 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

Baca juga : Bahaya Guna Minyak Masak Terpakai Berulang Kali, Boleh Jadi Punca Kanser!

Penulis

Nursyamimi