Saat mula tumbuh gigi, adalah masa anak suka menggigit. Semua barang yang berjaya dicapai pasti dimasukkan ke dalam mulut dan menjadi “mangsa” gigitannya.
Jika ibu bapa suka meninggalkan handphone merata-rata dan tidak berhati-hati, handphone anda juga boleh menjadi “mangsa”.
Tapi siapa yang bakal menjadi mangsa sebenarnya kalau kebiasaan anak suka menggigit handphone ini boleh membahayakan diri dan orang-orang berdekatan dengannya? Mari kita baca tentang kejadian berikut!
Anak suka menggigit – hati-hati, jangan biar anak gigit telefon anda!
Baru-baru ini, seorang lelaki telah menjadi mangsa letupan kecil di China selepas menggigit bateri handphonenya.
Menurut Taiwan News, lelaki tersebut berada di kedai itu untuk menggantikan bateri iPhonenya.
Dalam video di bawah, lelaki itu kelihatan sedang memeriksa keadaan bateri gantian itu untuk memastikan sama ada ia bateri tulen ataupun tidak.
Kami kurang pasti mengapa dia memutuskan untuk menggigit bateri handphone tersebut, tapi perbuatan itu telah mencetuskan letupan.
Ish, ish, sungguh tidak disangka bukan?
Kejadian ini seolah-olah amaran untuk mengingatkan kita supaya lebih hati-hati apabila anak memulakan fasa menggigit.
Jangan biarkan handphone anda merata-rata atau membiarkan tabiat anak suka menggigit handphone sehingga menyebabkan kemalangan yang sama.
Apabila anak tumbuh gigi, mereka mula menggigit kerana gusi yang gatal dan sakit. Tekanan ke atas gusi mereka akan membantu melegakan rasa sakit dan mengurangkan rasa tidak selesa.
Tapi terdapat banyak sebab lain mengapa anak suka menggigit. Misalnya fasa bayi suka memasukkan benda ke dalam mulut, sebagai satu cara melakukan penerokaan atau untuk mengenali benda-benda baru, atau mungkin ini cara anak menunjukkan protes ataupun dia hanya meniru apa orang lain buat.
Ianya tidak semestinya kerana anak anda tumbuh gigi.
Apa ibu bapa boleh buat jika anak suka menggigit?
1. Selalu awasi anak
Pastikan benda yang masuk ke dalam mulutnya bukan barang yang berbahaya atau bukan bateri, seperti handphone ataupun remote control.
Apabila anak mula merangkak dia memang akan suka meneroka persekitarannya.
Apa sahaja yang dicapai pasti akan dimasuk ke dalam mulutnya. Oleh itu, pastikan rumah anda selamat dan cuba berikan teether atau finger food untuk mereka gigit.
2. Fahami keinginan anak
Cuba semak punca sebab anak suka menggigit.
Adakah ini kerana dia tumbuh gigi ataupun hanya mencari perhatian?
Kanak-kanak yang lebih besar mungkin boleh menyatakan hasratnya, tetapi kalau kanak-kanak itu masih bayi, ajak mereka untuk bermain untuk mengalihkan kebosanannya.
3. Ajar anak supaya tidak menggigit
Ajar anak yang perbuatan menggigit orang adalah perbuatan yang salah dan boleh menyakitkan diri sendiri dan orang lain.
Ibu bapa haruslah tegas dan mengatakan: “jangan” jika anak mula mengigit anda.
4. Jangan beri hukuman
Jangan buat seperti ibu ini yang telah menggigit anaknya balik! Biarpun menggigit adalah perbuatan yang tidak baik jangan sampai memberi hukuman kepada anak.
Ibu bapa perlu semak dulu kalau anak suka menggigit kerana keluar gigi ataupun tidak, dan berikan amaran yang tegas jika anak hanya mengigit kerana meminta perhatian.
Sumber: The Verge
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Anak Ini Meninggal Dunia Akibat Tercekik Rantai ‘Teething’ Untuk Gigi