Ketibaan cahaya mata pastinya sangat mengujakan ibu ayah namun jangan terlupa banyak wang perlu dibelanjakan untuk membeli barangan untuk bayi . Bukan sahaja ibu dan ayah perlu membeli pakaian, lampin, selimut atau mainan bayi, malah ibu ayah juga perlu membeli baby bib sebaik sahaja anak bersedia makan makanan pejal!
Ada ibu ayah yang beranggapan masih terlalu awal untuk menyediakan baby bib jika anak masih belum makan makanan pejal. Salah sekali! Untuk pengetahuan anda, baby bib bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung daripada kotoran makanan malah alat ini boleh menyerap air liur bayi daripada terkena pakaian.
Waktu makan bukan sahaja menggalakkan bayi makan makanan yang sedap tetapi sesi ini juga menjadi ‘play time’ untuk mereka lebih mengenali tekstur makanan. Anggap sahaja ini satu ‘messy playtime’. Oleh itu, penggunaan bib dapat mengelakkan baju menjadi kotor.
Mempunyai beberapa bib sahaja pastinya tidak akan mencukupi. Seorang ibu perlu mempunyai sekurang-kurangnya timbunan helaian bib supaya sebaik sahaja bayi membasahi atau mengotorkan bib, anda boleh menggantikannya dengan yang baru.
Jenis-Jenis Baby Bib
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan ketara dalam jenis bib bayi untuk memenuhi permintaan pasaran.
Memandangkan setiap jenis mempunyai faedah tersendiri, kadangkala agak mengelirukan untuk memilih yang sesuai untuk si manja anda. Untuk membantu anda, berikut ialah beberapa jenis bib bayi yang paling popular yang terdapat di pasaran hari ini:
Untuk aktiviti makan, sebarang bib boleh digunakan manakala gaya harus dipilih berdasarkan umur anak. Bib kain juga boleh digunakan untuk bayi yang baru mula makan.
Apabila anak semakin besar dan ingin makan sendiri, ibu dan ayah digalakkan membeli baby bib yang lebih besar dan dapat menutup permukaan kerusi makan. Reka bentuk yang paling biasa adalah getah silikon dengan palung tadahan di bahagian bawah. Ia mudah dibersihkan dan sesuai untuk menangkap makanan yang jatuh semasa sesi makan.
Drool bibs sangat mudah menyerap dan cukup selesa untuk dipakai oleh bayi sepanjang hari. Ia biasanya digunakan untuk mengelap air liur bayi yang meleleh. Saiz bib yang agak kecil berbanding bib semasa makan supaya bayi anda bebas bergerak.
Pilih bib baby dengan lapisan kalis air supaya baju anak tidak basah. Pastikan anda juga memilih baby bib yang sedikit besar untuk elak anak tercekik semasa pemakaian. Bib jenis ini juga digunakan ketika menyusukan bayi.
Bib bandana bayi berbeza daripada reka bentuk bib standard kerana bentuknya yang unik. Bib ini biasanya diperbuat daripada fabrik lembut dan merupakan bib yang ideal untuk kegunaan harian untuk bayi baru lahir sehingga kanak-kanak kecil.
Smock bibs atau bib berlengan panjang adalah alternatif lain semasa waktu makan. Bib berlengan panjang bukan sahaja tergantung di leher bayi anda, tetapi juga menutup lengan dan sebahagian besar badan menjadikannya sangat sukar untuk bayi anda dikotori makanan.
Bib ini mudah untuk dicuci anda juga boleh membasuhnya dengan mesin basuh. Selain digunakan semasa waktu makan, bib bayi ini juga boleh digunakan sewaktu anak melakukan aktiviti seperti melukis, seni dan kraf, dan juga menggali tanah.
Bahagian belakang bib juga boleh dibuka dengan mudah jadi baju atau seluar anak tidak akan terkena kotoran.
8 Baby Bib Terbaik Untuk Si Manja
Berikut adalah cadangan baby bib yang boleh ibu ayah belikan untuk si kecil.
Baby Bib Terbaik
| Snapkis Oh-So-Soft Silicone Bib Baby Baby Bib Terbaik Jenis Silikon | | View Details | Beli di Shopee |
| IKEA KLADDIG Bib Baby Bib Terbaik Jenis Lengan Panjang | | View Details | Beli di Ikea |
| Konny Baby Bibs Baby Bib Terbaik Cepat Kering | | View Details | Beli di Shopee |
| Baby Bibs Organic Cotton Muslin Baby Bib Terbaik Dengan Material Organik | | View Details | Beli di Shopee |
| Bevavar Baby Bibs Baby Bib Terbaik Dengan Rekaan Kartun Comel | | View Details | Beli di Shopee |
| ECO BB Disposable Waterproof Baby Bibs Baby Bib Terbaik Jenis Pakai Buang | | View Details | Beli di Shopee |
| Einmilk U-style Baby Bibs Baby Bib Terbaik Dengan Material Kapas Asli | | View Details | Beli di Shopee |
| HONEYBABY Bibs Baby With Button Baby Bib Terbaik Jenis Bandana | | View Details | Beli di Shopee |
Baby Bib Terbaik Jenis Silikon
Snapkis Oh-So-Soft Silicone Bib memastikan bayi anda kering dan bebas daripada tumpahan dan kotoran.
Ia lembut untuk disentuh dan selesa pada kulit sensitif bayi, bib dengan penadah ini mempunyai tali leher boleh laras yang sesuai untuk bayi 4 bulan ke atas.
Bib ini dapat dibersihkan dengan cepat, hanya memerlukan sapuan mudah selepas makan untuk mengelakkan warnanya menjadi pudar.
Apa yang kami suka :
- Silikon lembut mengurangkan penolakan oleh bayi
- SGS diuji untuk: Bahan gred makanan & bebas BPA
- Mudah digulung, sesuai untuk perjalanan
- Kalis air, dan mudah dibersihkan
- Selamat untuk dicuci dalam dishwasher
Baby Bib Terbaik Jenis Lengan Panjang
IKEA KLADDIG ialah bib bayi yang kelihatan seperti baju bayi. Anda boleh memilih apron makan ini jika si manja tidak selesa memakai bib biasa kerana dia akan sering menanggalkannya.
Bib jenis lengan panjang ini lebih praktikal kerana bahagian leher boleh laras, mempunyai pengancing cangkuk dan gelung serta lengan panjang dengan material yang anjal.
Bib bayi IKEA KLADDIG diperbuat daripada poliester kalis air yang selamat dan tidak mengandungi bahan berbahaya, PVC atau phthalates yang boleh membahayakan kulit atau kesihatan anak anda.
Produk ini sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas.
Apa yang kami suka :
- Mudah dibersihkan.
- Mengekalkan kotoran dan kelembapan daripada pakaian kanak-kanak kerana ia diperbuat daripada poliester dengan getah sintetik.
- Boleh juga dipakaikan ketika bermain, melukis, membuat kraf atau membakar kek.
Baby Bib Terbaik Cepat Kering
Bib pelbagai guna ini diperbuat daripada fabrik Konny Baby Carrier yang lembut namun padat dengan fungsi penyerapan dan pengeringan yang cepat.
Ia juga memiliki rekaan yang dapat menutupi leher secara melingkar 360 darjah, reka bentuk dua muka 360 darjah membolehkan penggunaan yang mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Anda boleh menukar kedudukan logo dan snap untuk mencipta 3 gaya berbeza iaitu bahagian kelopak ke hadapan, snap dan logo ke hadapan atau snap ke hadapan.
Dengan penyerapan dan pengeringan yang cepat, air liur dan peluh menyejat dengan cepat. Selain itu, ia menyekat 98.5% sinaran UV berbahaya daripada kulit halus bayi.
Apa yang kami suka :
- Fabrik yang digunakan dapat menghalang pertumbuhan dan penyebaran pelbagai jenis mikrob.
- Menerima pensijilan tekstil bayi daripada agensi ujian yang diiktiraf secara nasional.
- Agen pemutih pendarfluor yang menyebabkan atopi dan penyakit kulit tidak digunakan.
Baby Bib Terbaik Dengan Material Organik
Untuk anak yang berkulit sensitif, ibu dan ayah boleh pakaikan baby bib yang diperbuat daripada kapas muslin organik yang lebih kulit pada kulit.
Ia bukan sahaja digunakan bib tetapi boleh juga digunakan sebagai pengikat kepala dan selendang. Malah, kainnya yang lembut juga mungkin lebih selesa untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Penggunaan bib ini juga dapat memastikan bayi anda kekal kering lebih lama dan melindungi bayi daripada air liur dan benda kotor.
Apa yang kami suka :
- Ringan dan lembut.
- Mudah dibersihkan, masukkan sahaja dalam mesin basuh.
- Harganya yang murah.
Baby Bib Terbaik Dengan Rekaan Kartun Comel
Dengan rekaan butang di belakang leher, bib ini sangat mudah untuk disarung pakai pada bayi lagi-lagi sekiranya bayi anda sedang moody.
Lapisan pertama bib bayi ini diperbuat daripada kain baldu yang lembut dan selesa, manakala lapisan kedua pula diperbuat daripada bahan PU kalis air, yang boleh menghalang kotoran daripada terkena pada pakaian bayi.
Bib ini boleh didapati dalam pelbagai motif haiwan yang comel supaya dapat menarik perhatian si manja anda. Lagi mudah kan nak bagi anak makan kalau ada bib comel macam ni?
Apa yang kami suka :
- Mempunyai pilihan kartun haiwan pelbagai jenis.
- Warna yang ceria dan menarik perhatian anak.
- Saiz yang besar boleh dipakai sehingga usia 3 tahun.
Baby Bib Terbaik Jenis Pakai Buang
Jika ibu ayah tidak mahu pening ketika makan di luar, sediakan bib jenis pakai buang ini untuk si manja anda! Jadi ibu boleh biarkan anak-anak makan sendiri tanpa risau baju mereka kotor.
Mempunyai 3 lapisan yang tahan basah dan kotor, ia senang dipakai dan boleh dibawah ke mana-mana jua. Tak perlu cuci selepas makan, buangkan sahaja.
Saiznya yang besar juga hampir menutupi separuh badan bayi. Turut mempunyai poket penadah makanan jika makanan bayi terjatuh.
Apa yang kami suka :
- Sesuai digunakan sehingga usia 6 tahun.
- Jenis pakai buang, mudah diuruskan.
- Sesuai dibawa dalam perjalanan.
Baby Bib Terbaik Dengan Material Kapas Asli
Diperbuat daripada bahan kasa kapas tulen dengan lapan lapisan, produk ini sangat mesra kulit, lembut, bernafas dan selesa pada kulit bayi.
Kalis air dan kalis kotor, kebolehserapan air juga sangat baik dan cepat mengering. Tuala bib ini juga boleh digunakan sebagai kain lap air liur bayi selain menjadi bib ketika sesi makan anak.
Apa yang kami suka :
- Tekstur yang sesuai untuk bayi berkulit sensitif.
- Kain yang ringan.
- Mudah dibersihkan
Baby Bib Terbaik Jenis Bandana
Nah, baby bib dari HoneyBaby yang merupakan bib jenis bandana. Material diperbuat daripada material tuala di bahagian dalam, dan t-shirt di bahagian hadapan.
Bib bayi ini mampu menyerap air atau makanan yang tumpah dengan cepat. Bib ini mempunyai butang yang boleh dilaraskan mengikut saiz lilitan leher bayi.
Selesa digunakan pada bayi, rekaannya motif haiwan yang comel dengan warna terang juga pastinya disukai anak anda!
Apa yang kami suka :
- Material lembut dan bernafas.
- Bahan bukan toksik, tiada agen pendarfluor, dan selamat untuk bayi.
- Mudah dibersihkan.
- Pelbagai guna.
Tips Pemilihan Baby Bib
Memandangkan anda telah memahami kepentingan menggunakan bib bayi, mari lihat beberapa perkara praktikal yang perlu anda pertimbangkan semasa membeli bib bayi untuk anak anda.
1. Mudah untuk disimpan
Percaya atau tidak, bib adalah barangan bayi kedua paling banyak digunakan selepas lampin. Kebanyakan ibu menggunakan bib ini untuk makan ataupun untuk memastikan baju bayi tidak mudah basah lagi-lagi jika bayi mempunyai air liur yang banyak.
Selain itu, apabila membeli bib bayi, pastikan anda mengambil kira sama ada bib ini mudah untuk disimpan dan dilipat. Ini penting supaya ia tidak memakan terlalu banyak ruang dalam bag anda semasa travel.
2. Material yang lembut dan menyerap
Bib diperbuat daripada pelbagai bahan seperti kapas, getah dan plastik. Jika anda membeli bib untuk pemakaian harian bayi, pastikan bib yang anda beli mampu menyerap untuk tumpahan dan air liur yang meleleh.
Baby bib yang diperbuat daripada getah dan plastik pula lebih mudah untuk dikemas dan sesuai digunakan semasa memberi bayi makan.
3. Mudah dicuci
Bergantung kepada jenis baby bib pilihan anda, ada sesetengah bib boleh dicuci dengan mesin basuh atau dishwasher. Ada pula hanya boleh dilap atau dicuci dengan tangan. Bergantung kepada pemilihan anda, pastikan anda membaca arahan pembersihan dengan betul-betul agar baby bib tahan lebih lama.
4. Kesesuaian dan saiz
Perkara penting seterusnya yang perlu dipertimbangkan ialah saiz bib. Sentiasa beli bib yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil untuk dipakai oleh si kecil anda.
Pilih bib mengikut ketinggian anak, namun jika anda tidak pasti ketinggiannya, pilih mengikut umur. Pastikan ia selesa dan terletak elok agar anak tidak tercekik.
5. Selesa
Masa suapan akan menjadi lebih drama daripada biasa jika bayi tidak selesa atau enggan memakai bib bayi. Bayi anda akan hanya tertumpu pada usaha mengeluarkan bib tanpa menghiraukan makanannya.
Untuk pengetahuan ibu dan ayah, ada tiga sebab utama mengapa bayi anda berasa tidak selesa apabila memakai bib:
- Terlalu ketat: Pastikan bib yang dipakaikan tidak terlalu ketat sehingga bayi anda tidak boleh bergerak langsung. Jika bib terlalu kecil untuk bayi anda, anda mungkin perlu membeli saiz yang lebih besar.
- Garis leher yang merengsakan: Ikatan kasar atau Velcro yang menahan bib pada tempatnya boleh merengsakan garis leher. Jadi jika velcro menyebabkan anak tidak selesa, cuba gunakan bib jenis butang kacup atau butang biasa. Selain itu, anda juga boleh membeli bib yang meletakkan velcro pada bahagian sisi penatup bib, bukannya pada bahagian belakang leher.
- Geseran pada kulit: Jika bib bayi anda sedikit kasar, ia akan menggesel kulit yang terdedah maka bayi anda mungkin gelisah dengan ketidakselesaan. Pilih bahan bib yang lembut jika boleh.
Perbandingan Harga Baby Bib Terbaik
|
Jenama |
Harga |
Snapkis Oh-So-Soft Silicone Bib Baby |
RM18.80 |
|
RM19.00 |
Konny Baby Bibs |
RM26.98 |
Baby Bibs Organic Cotton Muslin |
RM3.99 |
Bevavar Cartoon Baby Bibs |
RM2.92 |
ECO BB Disposable Waterproof Baby Bibs |
RM6.84 (10 keping) |
Einmilk U-style Baby Bibs |
RM4.99 |
HONEYBABY Bibs Baby With Button |
RM7.89 |
Semoga artikel ini bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sediakan Pinggan Mangkuk Khas Untuk Bayi Pelajari Sendiri Cara Makan Serta Mempunyai Hubungan Baik Dengan Makanan
Baca juga: Anak Sudah Bersedia Untuk Makan? Cuba Perkenalkan Si Manja Menu Makanan Bayi 6 Bulan Ini
Baca juga: Bukan Tak Sedap, Bayi Sembur Makanan Sebab Dia Menguji Mulut Untuk Cepat Bercakap!